- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perkara yang berlaku dipenjara...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 37
Date:
Perkara yang berlaku dipenjara...


MENGAPA PENJARA PUDU DITUTUP. ADAKAH ADA KISAH DISEBALIKNYA? IKUTI KISAH
INI.....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh
disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu
bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian
pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman
terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit,
bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak
kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong,suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik
Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor
kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan
kemudiantidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari
Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung
tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan
cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau
terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik
tersebut.

Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa
hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir
itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua.

Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun
diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil
meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya
beliau bila didapati banyak harta karun dalamnya.

Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kamu sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu
yang punyaaaa "
" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha
" Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa... "

__________________
Love-Unity-Nobility-Carefree-Attributes-Innovation
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard