- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Litar Batu Tiga Shah Alam dilupuskan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Litar Batu Tiga Shah Alam dilupuskan


LITAR Batu Tiga Shah Alam tidak lagi gamat dengan deruman dan kebingitan bunyi enjin kereta dan motosikal yang menyertai perlumbaan seperti tahun 1970-an dan 80-an lalu. Kini, tempat itu bakal menjadi legenda apabila tapaknya dimajukan untuk satu projek perumahan komersial.

Apa yang jelas Litar Batu Tiga akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah bukan saja kepada pelumba yang pernah beraksi di situ tetapi ahli keluarga yang anak mereka terkorban kerana kemalangan di litar berkenaan.

Catatan sejarah hitam pada April 1977 membabitkan enam kanak-kanak terbunuh apabila pemandu kereta, Harvey Yap yang menyertai perlumbaan terbabas dan melanggar sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Ia adalah nahas paling ngeri dalam sejarah lumba kereta kerana turut mencederakan 23 orang. Empat daripada kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.

Yap sendiri cedera dalam kejadian itu dan ia berlaku begitu pantas sehingga kebanyakan penonton tidak sempat melarikan diri.

Ekoran kejadian itu, Menteri Besar Selangor Ketika itu, Allahyarham Datuk Hormat Rafie mengarahkan litar itu ditutup beberapa bulan untuk kerja pengubahsuaian dan meningkatkan taraf khususnya ciri keselamatan seperti spesifikasi yang ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Bagaimanapun selepas menaikkan taraf dengan tumpuan kepada aspek keselamatan, litar itu kembali digunakan dan banyak kejohanan dilangsungkan. Walaupun litar itu berjaya mengukir nama tersendiri hampir empat dekad, tetapi dengan pembinaan Litar Formula Satu di Sepang, Litar Batu Tiga makin hilang serinya.

Sebenarnya, kelahiran Litar Batu Tiga, sebuah litar terbaik di Asia Tenggara ketika itu adalah sebuah perjuangan panjang Kelab Sukan Motor Malaysia (MMSC). Litar itu menjadi kenyataan apabila persatuan berkenaan memohon tanah dengan kerajaan Selangor ketika Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor.


Bagi memajukan bidang permotoran negara dan memenuhi minat mendalam rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya pada perlumbaan itu, kerajaan Selangor bersetuju dan mengenal pasti kawasan Sungai Renggam, Batu Tiga untuk menjadi tapak trek.

Tapak litar itu asalnya sebuah kawasan hutan dara selain ada penduduk tempatan menjalankan ternakan di situ.

Kos pembinaan litar sepanjang 3.4 kilometer itu kurang dari sejuta ringgit ketika itu tetapi kerana kehadirannya ketika minat mendalam orang ramai dalam bidang permotoran, pihak swasta turut menghulur bantuan untuk menyediakan kemudahan di litar itu.

Persatuan Perlumbaan Motor Shah Alam (Samra) yang ditubuhkan pada 1978 adalah pihak yang diberi tanggungjawab menganjur dan mempromosikan litar berkenaan. Sultan Selangor merasmikan pembukaan litar itu pada 1967 dan kejohanan pertama diadakan di situ ialah Sirkit Tuanku Abdul Rahman pada September 1967.

Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui Litar Batu Tiga sebuah trek yang terbaik di Asia Tenggara dan kedua terbaik selepas Jepun di Asia. Malah ada sesetengah pemandu mengatakan litar itu antara yang terbaik di dunia.

Selain litar itu menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah menjadi tempat perlumbaan jalan kaki bagi orang buta Malaysia.

Selepas agak lama terbiar, kedudukan litar itu tersepit. Walaupun ada pihak yang memperjuangkan Selamatkan Litar Batu Tiga tetapi kerajaan Selangor berpendapat membiarkannya bukan suatu tindakan bijak.

Walaupun litar itu meninggalkan nostalgia tersendiri khususnya kepada mereka yang pernah beraksi di litar berkenaan, tetapi dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, tanah emas itu tidak boleh dibiarkan.

Tambahan pula kerajaan negeri dikatakan menanggung kerugian kira-kira RM5 juta setahun untuk penyelenggaraan dan kos lain. Jalan yang terbentang luas ialah menswastakannya.

Kumpulan Lebar Daun adalah syarikat yang akan memajukan tanah kerajaan negeri di situ. Untuk kawasan Batu Tiga, syarikat itu dikatakan akan membangunkan Dkayangan, sebuah projek pembandaran.

Syarikat itu akan membangunkan kawasan pembandaran membabitkan pusat rekreasi, komersial, rumah berangkai, teres dan apartmen. Antara projek perumahan yang dipilih ialah berkonsepkan Andalusia, yang menerapkan seni bina Islam dan Sepanyol.



__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

huhuuuuuhhuuuuu

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Ni la kenangan yang aku ada masa Litar Bt3 Shah Alam masih wujud...cry


dengan rider2 sunday track day....

zahar first time layan bt3

grandstand

pit lane...







__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

litar batu tiga dalam proses dirobohkan bagi membina banglo2....cry



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 158
Date:

sayang seribu kali sayang......s.alam maju..tp anak remaja nye...klu la x dirobohkan..mesti xbyk sgt gejala mat rempit ni kan...

__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

tau x per wong jowo
aku pun dulu lepak saner gak tapi skrang dah x tau nak lepak maner
klau x dulu malam minggu masing2 ader tujuan btsc niee
tapi aper kan daya bukan kiter punyer tanah jadi kene la beredar juga

huhuhhuuuuu

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Guru

Status: Offline
Posts: 661
Date:

long lokasi nya kat bla mane arrr . skarang jadi ape tempat tu

__________________
m_da075a7989c14e99bdd493bfdb6e9f9f.jpg


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 64
Date:

tabik spering untuk rider dahulu kala di BTSC...
rasanya sticker BTSC ada lagi kot....nanti saya uploadkan...
maksud saya gambar litar........

__________________
"STanD YouR GrouND"


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

stiker BTSC bentuk litar tu ker?

hahahaha...dah dijual bersama motor trek aku...hahahahahbiggrin




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

tak sepatut nye jd cam ni...
sedih melihatnye...
huhuhuhhuhu...

__________________
..SEBERANG TAKIR POWER..


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

apa nak buat....

kemudahan rakyat dikorbankan atas alasan untuk pembangunan....

ke untuk pembangunan duit sesetengah pihak.....????

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 82
Date:

peh gile lh 
mst meriah mse dlu2
kat batu 3


__________________
  1. Retro Doh


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

ni event kat bt 3 shah alam dulu....



pinjam pic brader awi..


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard