- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Zack & Azura kembali,..kita tunggu!!!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:
Zack & Azura kembali,..kita tunggu!!!!


Yusof, Aziz buat versi baru Azura
Oleh Hardi Effendi Yaacob
mainpix1.jpg
Pasangan ideal Zack (Jamal Abdillah) dan Azura (Fauziah Ahmad Daud).

Tema penceritaan asal dikekalkan tetapi pendekatan baru, termasuk pelakon muda mampu ulangi kejayaan filem box-office

MASIH ingatkah anda terhadap kisah cinta terlarang antara anak hartawan, Zack (lakonan Jamal Abdillah) dan gadis teraniaya, Azura (Fauziah Ahmad Daud) yang pernah menggegarkan pawagam pada 1984? Filem itu mencipta fenomena luar biasa sinema tempatan pada pertengahan era 1980-an sekali gus mencipta sejarah sebagai filem Melayu pertama meraih kutipan box-office ketika itu.

Walaupun 24 tahun berlalu, filem cinta muzikal arahan Deddy M Borhan itu masih popular hingga ke hari ini, malah kehebatan tema percintaannya tidak mampu ditandingi mana-mana filem cinta seumpamanya di negara ini selepas itu.

Justeru, Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dengan kerjasama pengarah popular, Aziz M Osman mengambil inisiatif menerbitkan semula filem berkenaan, dengan penggambarannya dijangka bermula pada bila-bila masa.

Sambil memberitahu penerbitan semula filem itu sebahagian daripada projek terbesarnya untuk tahun ini, Yusof berkata, ia bukan hanya diharapkan mampu mengembalikan zaman kegemilangan Azura, malah menghasilkan satu pembaharuan terhadap industri perfileman tempatan.

Selepas 25 tahun ditayangkan, siapa sangka timbul idea untuk menerbitkan semula filem ini. Ini bagi saya satu nostalgia, seolah-olah mengingatkan saya kembali kepada bermulanya era kegemilangan filem tempatan apabila filem ini yang pertama berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta.

Jika semuanya berjalan lancar, saya menjangkakan filem ini bakal mendapat sambutan menggalakkan, malah sudah tentu ramai peminat Azura tertunggu-tunggu kemunculannya di pawagam nanti, kata Yusof ketika ditemui B*Pop, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, berkemungkinan besar konsep asalnya dikekalkan, terutama kisah percintaan pasangan kekasih berbeza taraf kedudukan, dengan turut disulami unsur muzikal yang menjadi trademark filem berkenaan.

Agak terlalu awal untuk bercerita fasal filem ini... masih banyak perkara sedang dibincangkan, termasuk soal bajet. Namun, berdasarkan perbincangan sebelum ini, kemungkinan besar konsep asal dikekalkan. Cuma, kita akan menggunakan pendekatan baru sejajar dengan perkembangan semasa, katanya.

Aziz pula ketika dihubungi berkata, beliau terpanggil untuk menerbitkan versi baru Azura empat tahun lalu, sebaik memperoleh hak cipta filem berkenaan daripada Sabah Film Productions, malah menganggapnya sebahagian impian selama 23 tahun bergelar pengarah.

Mungkin ramai beranggapan tema penceritaannya sudah basi tetapi tidak bagi saya. Percaya atau tidak, kisah cinta terlarang masih lagi berlaku dalam masyarakat hari ini, tidak kiralah apa juga bangsa sekalipun. Justeru, saya akan terus mengekalkan konsep asal filem, termasuk adegan yang menjadi trademark Azura. Malah, lagu latarnya iaitu Sandarkan Pada Kenangan dan Azura akan turut dikekalkan. Cuma, saya akan memastikan suasananya relevan dengan perkembangan semasa, katanya.

Ditanya mengenai pemilihan pelakon, Aziz berkata, besar kemungkinan beliau dan Yusof akan menggunakan bakat baru yang belum pernah muncul dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini dalam usaha melahirkan generasi pelapis pelakon sedia ada.

Ini memang cara saya bekerja. Dalam mana-mana drama atau filem yang saya hasilkan, seboleh-bolehnya saya akan menggilap bakat baru yang berpotensi dijadikan ikon. Justeru, saya dan Datuk Yusof akan memulakan misi pencarian pelakon ini. Kami akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara tidak lama lagi untuk tujuan ini menerusi program yang dinamakan Mencari Azura. Kami berharap program ini berjaya mencapai matlamatnya, sekali gus membolehkan kerja penggambaran dimulakan seperti dirancangkan, katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengundang Jamal dan Fauziah untuk beraksi dalam Azura versi baru jika kedua-dua pelakon itu sudi memberikan kerjasama, malah kehadiran mereka turut dijangka mampu menarik penonton ke pawagam. Malah, perbincangan akan turut diadakan bersama M Nasir dalam waktu terdekat untuk menggunakan semula lagu gubahannya, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura.

Filem Azura versi 1984, yang skrip asalnya ditulis pengarah filem veteran, M Amin (Allahyarham) mula ditayangkan kepada umum pada Disember 1984. Ia mengisahkan percintaan Zack, anak seorang jutawan dari Sabah, dan kekasihnya, Azura yang mendapat tentangan keluarganya kerana perbezaan taraf hidup. Pada Festival Filem Malaysia Ke-5, filem itu terpilih sebagai pemenang kategori Lagu Terbaik (M Nasir) dan Anugerah Khas Juri (Sabah Film Productions) kerana memaparkan kisah masyarakat semasa.



__________________
dlm kenangan 97~2000
3084004540_bc9acaa916_m.jpg


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

jai...gambo tu yg tak tahan tu...hehehehehe

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

zackbikers wrote:

jai...gambo tu yg tak tahan tu...hehehehehe



tu la pasai,..hahaha,...teringat kisah saya bercinta ngan mem dulo,.sebijik la cam citer azura,....kawan time sekolah,masa tu saya dh pakai YP kira tahun 1997 dulo2 la...blk amik,..pi anto,..sampai la nak kawin,....lepas kawin jer juai,..hahahahhah,...

 wink



__________________
dlm kenangan 97~2000
3084004540_bc9acaa916_m.jpg


Guru

Status: Offline
Posts: 661
Date:

macam mane dengan jentera yang digunakan .
diorang nak guna geng rd ke

__________________
m_da075a7989c14e99bdd493bfdb6e9f9f.jpg
lo'


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

walaupun aku x hidup dlm zaman azura ni, tp aku dpt mrasakan khangatan pcintaan mereka melalui crita2 org tuaku... maklumlah, org lame ni byk pngalaman... dr maklumat mereka, zaman disco dulu punyelah gempak... pakaian pelik2... abg aku bgtau, klu kaum lelaki shopping, smua angkat kat butik pompuan... mcm amy (search) lah katakan... amcam bro... btul tak... respon skit... tq slm pkenaln... dr negeri d bwh bayu...!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

motor ape la plak yang bakalan jadi star tuk azura new version nihh.. heheheh

__________________
lo'


Senior Member

Status: Offline
Posts: 195
Date:

rasenye rd je yg ssuai ngan zack... takkanlah zack nak pakai aprillia... tak nostalgila lah... btui tak...?

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

mesti mengancam punye la azura kembali ni...
daus jd zack sukun jd azura,,,,
kakakaka

__________________
Balistix JoNn!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 100
Date:

gile mesti besh ni.......

__________________
ape lah yg ada pada nama
ape lah yg ada pada gelaran
sampai masa kite akan jatuh

beringatlah

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard