Untuk makluman, RD CLUB telah dijemput oleh Kelab Vespa Mastana dan Kelab Honda Klasik Melaka bagi memeriahkan D'Ambang Klasik 60'an yang akan diadakan di Kompleks Belia & Sukan Ayer Keroh, Melaka pada 17, 18 dan 19 Februari 2007.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Admin RD CLUB.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekian terima kasih.
RD CLUB akan hadir kat D'Ambang Klasik 60'an pada malam minggu tu sahaja iaitu ketika perasmian. Lepas tu acara bebas RD CLUB. Jadi satu malam je la kat Melaka kecuali ada permintaan khas dari geng Melaka atau Muar.
Kemungkinan akan sewa banglo berdekatan Ayer Keroh.
Wahahaaaa....Mr. Prez xnak invite geng pantai timur ker? sedih bangat camni. Pe ni prez lepak jap sgt.stay kat melake la.kite lepak klebang & gi umbai makan ikan bakar. Prez belanje.amacam?kat sane budak2 ramai.kalau nak lepak apartment boleh mintak wan YP uruskan.maybe koi dgn geng2 dari Pahang akan turun memeriahkan D'AmBang Klasik tu jugak.Tapi xde invitation lagiiiiiiii...
Erm..sebenonyer koi pun tengah tunggu confirmation balik dari penganjur sebab D'Ambang 60 an tu sebenarnya kena bayar fees selama tiga hari program berjalan. Tapi koi malas la sampai 3 hari. Time perasmian boleh la. Tu tengah tunggu depa bagi tak kita datang malam perasmian jer. Pasal invitation geng Pahang dalam proses. Koi dah contact Adi, tapi lom sebut pasal ride tu.
Wan boleh adjust penginapan ker? Cantik gak. Bagi detail kat koi. Kalau tak koi ingat nak sewa Berjaya punya banglo kat Klebang. Harga dalam RM300 hingga RM500.
Get back to me yer Gabanz..ceewah..cakap omputih lak kome.
Mr Prez i thing no need to join the program.ewaaahhh!!!nak ckp orang putih gak tu.heheee.. kite wat program sendiri jek.lepak2 kat melake.sane byk port.aku aku detail apartment tu. apartment ni Koperasi Polis punyer.ade 1 rumah 3 bilik (Rm100),1 rumah 2 bilik (90) and untuk 1 rumah 1 bilik aku xpasti lak.dah lupe.awok contact Mr. Wan YP melake k.die boleh tolong booking kan.sebab kalau lambat penuh nanti.aku penah lepak apartment tu tahun lepas dgn geng2 pahang.012-2582284 (Wan).apartment nie ade yg sea view n road view.sea view mahal cket.untuk booking cepat cket nanti penuh.raye cine lak tu.
17 hb Sabtu pagi tu bila bangun hujan dah mencurah2. Aiseh...camner nak ride nih? Si Khairol datang umah neman siap2kan motor. Menjelang petang jam 4pm, hujan berenti. Terus bergerak ke Tol Sg. Besi. Geng2 dah siap nunggu. Terus gerak menuju ke Melaka. Jalan banyak kereta, so kena slow2. Brader Ujang LC lak silencer tercabut tengah highway. Gerak slow2 ler. Dah nak sampai Hentian Ayer Keroh, hujan mula turun. Masuk ke Hentian Ayer Keroh. Hujan lak tak berenti2, makin lebat lak. Nak tak nak gerak ke Tol Ayer Keroh sebab Wan Melaka on the way. Sampai Tol Ayer Keroh, Wan dan nunggu dengan CB4. Terus dia bawak konvoi gi ke penginapan kat Bandar Hilir. Sampai2 terus mandi dan berehat.
Kul 10pm, Wan, Gaban & geng Melaka datang bawak gi Umbai. Sampai Umbai, mana yang lapar terus melantak la di ketuai oleh si Khairul. Hidang kira RM15 sorang. Makanan okay jugak. Puas hati la. Dengan sotong goreng, ikan bakar, nasi lemak.... Erm..nanti aku nak gi sorang2. Makan sorang2 sampai senak.
Dah kenyang tu, terus ke Bandar Hilir sebab brader Ujang nunggu kat apartment dengan Shukur, geng Melaka. Suria YP dah balik KL sebab duty esoknya. Semangat betul la mat motor sorang tu. Cayalah Suria!
Pagi esoknya, kul 11am Wan dan geng2 Melaka dan sampai kat apt ajak sarapan. Geng Banting lak dah sampai kat Pantai Klebang. Mula ingat nak terus ke Pantai Klebang, tapi geng Melaka ajak lepak Bandar Hilir. So sarapan kat Bandar Hilir sementara sorang geng Melaka gi jemput geng Banting. Kena hormat tuan rumah. Derang yang lebih arif.
Lepas makan, Wan terus lead masuk Bandar Hilir. Tempat parking memang cun la. Tak kacau orang. Susun cantek2...memang caro ler. Tak lama lepas tu geng banting lak sampai..erm..bertambah la panjangnya. Sempat gak la derang lepak sebab penat bertolak awal subuh. Sambil tu berkenal2an, borak2, cuci mata, kacau awek, edar risalah, dan lain2 perkara yang berfaedah.
Dah lega penat dan dahaga, bergerak ke D' Ambang 60 an. Tiba di tapak program, sorang marshall event bawak masuk ke padang. Terus susun motor. Memang panjang ler. Syok.
Sambil tu, pengedar2 risalah RD CLUB tetap menjalankan tugas mengedar risalah Agensi Dadah Kebangsaan tentang bahaya dadah serta risalah banteras rempit.
Penutup kehadiran RD CLUB kat sana dengan persembahan karaoke. Walau pitching lari, melalak tetap melalak. Biasa la, niat nak hiburkan hati sendiri katakan. Hahahaha. Janji happy. Lagu Sandarkan Pada Kenangan & Azura mesti ada. Lagu rasmi.
RD CLUB Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tak terhingga kepada geng Melaka yang bertungkus lumus membantu kami semasa kehadiran kami di Melaka. Semoga jalinan talian persahabatan ini akan terus berpanjangan. Terima kasih kepada Wan, Shukur, Ameer, bro RZ lawa (aku ni pelupa sikit, bukan sikit...banyak), Gabanz, bro TZ biru pakai helmet Arai Ram, dan semua la geng Melaka samada yang kami jumpa dan tak jumpa. Korang memang best dan sempoi.
zackbikers wrote: Terima kasih kepada Wan, Shukur, Ameer, bro RZ lawa (aku ni pelupa sikit, bukan sikit...banyak), Gabanz, bro TZ biru pakai helmet Arai Ram, dan semua la geng Melaka samada yang kami jumpa dan tak jumpa. Korang memang best dan sempoi.
bro rz lawa nie namanya yasin.... ni lah orangnya.. berkilat tue motornya.... geng melaka sempoi....