Adalah dimaklumkan bahawa Bob Piza telah mengalami kemalangan pada Ahad baru ni. Dengarnya xcident overshot layan corner ride Yamaha R1 kat Bukit Tinggi. Tapi kecederaan cuma patah tangan dan kaki jer.
Bob Piza ni dulu lama lepak dengan RD CLUB. Bermula dari Panther Jerung, meminati RD CLUB hingga datang dua tiga kali ke rumah aku nak join RD CLUB. Kebetulan aku takde sebab bekerja, sampai naik pening mak aku. Dah join, dari Panther beliau beralih ke MVX250, LC Tong, V4 dan seterusnya superbike. Bermula dari memiliki V4 hasil duit insuran, Bob Piza mula lupa daratan dan juga RD CLUB. Selepas beliau mendapat duit claim insuran yang berpuluh ribu, beliau terus menghilangkan diri dan tidak mebuat apa2 perhubungan dengan RD CLUB sehinggalah Admin RD CLUB diberitahu beliau xcident.
Agaknya dia takut bebudak RD CLUB mintak duit dia tu agaknya, tu yang dia menghilang. Namun, seberlagak-seberlagak rider pun akhirnya overshot dan jatuh ke tanah jugak. Dan RD CLUB tetap tidak melupakan dia dengan turut menziarahi beliau di HKL.
Daripada kisah diatas, jadikanlah contoh teladan. Dengarnya juga memang ramai ex RD CLUB yang dah pakai superbike tak nak pandang lagi RD CLUB. Langsung tak jengok, tengok2 ataupun sekadar bertanya khabar. Ye la..RD CLUB ni geng motor tukun. Tak laju. Nak buat camner. Tapi Tuhan tu Maha Kaya. Hukum karma terus berjalan.
huih, saper cakap rd ni moto tukun, kalo tukun takdenyer aku tercicit kat bukit ampang tu.. tunggu- tunggu, impian aku menjadi kenyataan.. haa,, tahu la wahai YP was dan NSR 250. huhuhu