Saja nak kongsi imej, kalau water pump oil seal pecah atau bocor. Baru ni repair motor member, bukak takung minya hitam, ingatkan yang kuar air campur minyak enjin langsung jadi coklat susu. Tapi ni bukak nat minyak enjin tu, yang keluar air jernih macam air akuarium lak. Ada la minyak hitam yang tak bercampur tu. Nasib baik tak kuar ikan.
Tapi moto dah settle repair, oil seal water pump dah tukar, dan minyak enjin seperti asal.
banyak cara nak kesan waterpum oil seal ni pecah atau leaking.
antaranya:
1) bukak penutup minyak pelincir dah boleh nampak minyak pelincir bertukar warna coklat atau keputihan macam susu sebab dah bercampur dengan air coolant.
2) air dalam radiator berkurangan secara mendadak walaupun radiator tidak bocor
3) minyak pelincir yang dah bertukar warna tu keluar dari lubang reserve enjin kerana lebihan bendalir dalam enjin
4) sistem clutch jadi keras atau berat kerana kelikatan minyak pelincir tak sempurna