- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dua geng Mat Rempit gaduh


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Dua geng Mat Rempit gaduh


Edisi KL : Dua geng Mat Rempit gaduh

Oleh Zainal Zawawi Mohamed



KUALA LUMPUR: Mat Rempit lawan Mat Rempit. Itulah episod terbaru membabitkan dua kumpulan remaja yang gemar bersaing sesama sendiri hingga mengorbankan seorang daripada mereka akibat ditikam dalam satu pergaduhan.

Pada mulanya, dua kumpulan itu, masing-masing empat Mat Rempit dari Hulu Langat dan 40 Mat Rempit dari Kampung Pandan, terbabit dalam kemalangan kecil di Bukit Damansara kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Mereka cuba berunding bagi menyelesaikan pertikaian itu tetapi tercetus pergaduhan apabila sebahagian ahli daripada kedua-dua kumpulan itu berdegil dan tidak mahu mengalah.

Dalam pergaduhan itu, Mat Rempit dari Hulu Langat, Agus Asrafi Sumarji, 21, ditikam dengan pisau dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua rakannya cedera.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata polis percaya pergaduhan itu tercetus apabila dua kumpulan Mat Rempit berkenaan gagal menyelesaikan masalah kemalangan kecil membabitkan ahli masing-masing.

Katanya, kumpulan 40 Mat Rempit berusia 18 hingga 22 tahun mengejar dua motosikal dinaiki Mat Rempit dari Hulu Langat itu yang melarikan diri ke Bukit Damansara.

“Siasatan mendapati sebaik mengepung Mat Rempit dari Hulu Langat itu, berlaku lagi perlanggaran kecil antara motosikal kedua-dua kumpulan sebelum tercetusnya pergaduhan.

“Seorang daripada empat Mat Rempit itu mempunyai senjata tajam dipercayai pisau tetapi ketika bergaduh, seorang daripada mereka ditikam di dada kanan, manakala dua rakan cedera,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, seorang daripada empat Mat Rempit itu menahan kereta peronda polis di hadapan sebuah stesen minyak melaporkan Agus ditikam kumpulan Mat Rempit lain.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah ditikam di dada kanan dan terus menghubungi ambulans.

Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi semalam di PPUM.

Sehingga petang semalam, kata Mohd Dzuraidi, polis menahan 11 remaja bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai milik mangsa.

Ini tidak termasuk empat Mat Rempit dari Hulu Langat itu.

“Polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur di atas jalan raya, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, tetapi kita belum pasti sama ada ia digunakan dalam pergaduhan terbabit,” katanya.

Beliau meminta semua ahli kumpulan dari Kampung Pandan itu menyerah diri untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membuat aduan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.  Angry Angry Angry Angry

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:





Member

Posts: 17
Date: 26 min, 19 sec. ago
Views: 13


Ban IP | Delete Post | Report Spam | Edit Post | Quote | ReplyRE: Corner paling best???




aku lak dulu masa bujang asal gi town je mesti main parlimen... 2-3 lap... atas bawah la main.... tapi parlimen bawah tuh ada minyak la... pernah gak aku nak tersarung kat situ huhuhu sekali sekala masuk istana ngan kalkosa... tapi aku kat situ tak kering sangat pasai jalan sempit.... skang nih dah ada anak duk umah je la hheheheh member je yang teruskan perjuangan rempit nih... tuh pun ada 2-3 orang kat lokap brickfield tuh... pasai kes gaduh ngan budak kg. pandan... ari tuh... macam2 la diorang nih...



__________________
...

zackbikers



Presiden


Posts: 1048
Date: 15 min, 49 sec. ago
Views: 9


Ban IP | Delete Post | Report Spam | Edit Post | Quote | ReplyRE: Corner paling best???




adik_langat wrote:






tuh pun ada 2-3 orang kat lokap brickfield tuh... pasai kes gaduh ngan budak kg. pandan... ari tuh... macam2 la diorang nih...






tu budak mana member ko tu dik? dusun tua ker? aku dengar budak lui. camne kes nyer? bukak topic baru la citer mende ni, amacam? boleh dengar cerita dari sumber terdekat.

__________________
Sandarkan Pada Kenangan

adik_langat
Member

Posts: 17
Date: 12 min, 12 sec. ago
Views: 6


Ban IP | Delete Post | Report Spam | Edit Post | Quote | ReplyRE: Corner paling best???



topik baru? boleh takde hal nyer ... bukan budak lui bro! dak dusun tua! klip2 saya gak.... nak citer lebih pun takut gak sbb kes jalan lagi bro...

__________________
...

zackbikers



Presiden


Posts: 1048
Date: 5 min, 13 sec. ago
Views: 4


Ban IP | Delete Post | Report Spam | Edit Post | Quote | ReplyRE: Corner paling best???



ala..citer cover2...member2 nak gak tau. lagipun takde perintah mahkamah tak leh cerita kat sini. sampai surat mahkamah, baru kita stop. aku dah bukak topic baru tu.

__________________
Sandarkan Pada Kenangan

adik_langat
Member

Posts: 17
Date: 1 min, 51 sec. ago
Views: 2


Ban IP | Delete Post | Report Spam | Edit Post | Quote | ReplyRE: Corner paling best???



k. bro

__________________
...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

actually statement paper tuh tak berapa betul tuh... paper nih main sedal jee... ada lak yang kena tikam tuh dak langat? yang kena tuh dak pandan... pastu bukan 40 lawan 4 bro tapi lawan 1... ada ke patut 40 orang tibai sorang? mana leh tahan... sampai lunyai dak tuh dikerjakan... tak agak2 diorang nih...



__________________
...


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Biasa la tu paper. Aku biasa deal ngan paper ni tau sangat. Kira terbalik le citer ni yer. Budak pandan yg kena tikam camtu. Apa kes sebenar? Takkan pasal tengkar je terus tikam?

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 65
Date:

teringat kisah dulu..bebudak ranggi ngan bebudak raden gaduh..
lebih kurang camni gak la..

takde kesudahannya..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard