RD CLUB kali ini telah dipelawa oleh Wazi bagi menyertai program MotoGP beliau. Program Moh Ke Sepang itu merupakan ride sambil berkhemah di Sepang Circuit. Mengenangkan ramai juga ahli-ahli RD CLUB dari luar seperti Utara dan Pantai Timur, pihak pengurusan RD CLUB bersetuju untuk turut serta. Pakej yang bernilai RM50 itu merangkumi dua hari dua malam di camp area Sepang Circuit, Tshirt, makan malam, sarapan & makan tengahari, cenderahati, peluang pandu uji motorsikal showroom dan sewaan khemah percuma. Kemudahan bilik air disediakan.
Peserta boleh keluar masuk tidak mengira masa bagi pemegang pakej ini. Malah pada malam minggu tersebut, peserta boleh menyaksikan konsert MotoGP dan DragRace ataupun berjalan-jalan ke KL.
Bagi yang hendak bersama-sama dan juga menonton MotoGP, tetapi tidak mahu bermalam, boleh membayar RM20 bagi kawasan yang sama iaitu camp area. Juga merangkumi dua hari dua malam tetapi tanpa kemudahan atau pakej yang disebutkan seperti diatas.
Tujuan utama pakej ini adalah bagi menghimpunkan rakan-rakan RD CLUB sambil mengeratkan silratulrahim dan sebagai ghatering mini disamping menitikberatkan kebajikan tempat tidur dan makan bagi ahli-ahli RD CLUB yang datang dari luar Lembah Klang.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Nizam >0133501767/012-6931005. Semua jenis motorsikal boleh menyertai, malah berkereta juga boleh. :)
Yang pogang ular kek PD tu mak nyah. Ni bukan mak nyah, den dah check. Tapi ado mirip macam amoi kek PD, tapi yg masuk dalam air tu. Try tengok botol2 gambar tu, tengok lamo2 sampai juling bijik mato. Hehehehehe....juling tu.....
Hahaha..ingat lagi kau yo.ingat an daa lupo..Sori arr geng.Den daa lamo x join konvoi.bukan apo kau tau arr orang daa kawin nie.Mano² poie nak ikut.Kalau moto tip top xpo ini moto pon ting tong.Mono daa out.Taya botak lak tuh.Kalau dokek tuh insyaallah arr den join..Macam kek PD tuh memang kono poie tuh..
Takpo. Den paham. Dah jadi lumrah, kalau dah kawin memang tak nampak muko punyo. Biaso la tu. Tapi kalau den buek kek PD ekau jangan tak do lak. Ramai saksi ni ha. :)