- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kemunculan Rock lagenda 80an


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
RE: Kemunculan Rock lagenda 80an


MENCARI ASAL USUL - WINGS

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Disitulah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan terlampau meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll disepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.



Anggota asal kumpulan WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama grup dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot (muscle) atau lebih tepat seperti 'sesayap' (WING). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman. (kini pengacara TELEBRITI di TV2)
Album pengenalan WINGS 'Belenggu Irama' telah diedarkan diakhir tahun 1987 dan mendapat jualan yang begitu membanggakan. Mereka berjaya kerana faktor-faktor berikut:-
Promosi yang kuat di konsert-konsert.
Mampu beraksi secara langsung.



Gaya,personaliti,suara,aksi penyanyi utama iaitu Awie telah menarik perhatian pendengar muzik.
Dekat dengan peminat. Mereka kerap berada di pertunjukan pentas di serata Malaysia.
Sumbangan lagu balada dan rock N roll dari beberapa komposer yang hebat seperti M.NASIR, J.S KEVIN, dan USOP KOPRATASA.



Malang sungguh bagi WINGS apabila nama mereka telah disenarai hitamkan dari muncul di TV milik Kerajaan dan lagu mereka dilarang penyiaran dicorong radio kerana keengganan WINGS memotong rambut mereka yang panjang (ketika itu isu rambut panjang sangat kontroversi sehinggakan RTM mengetatkan syarat pada setiap artis yang ingin dipromosi di TV dan radio, berbeza dengan TV swasta seperti TV3 yang membenarkan WINGS muncul dan bertanding di Muzik-Muzik '88.) Pada sekitar Januari 1988, setelah lebih kurang 2 bulan WINGS mempromosikan album, Syam telah mengambil keputusan untuk meninggalkan WINGS dengan alasan tidak sebulu dengan pengurus WINGS, Bob Lokman. Tham Wing Kwan adalah penggantinya tetapi tidak lama. Sesudah itu tempat Tham diisi oleh Joe yang merupakan bekas ahli kumpulan Scandals.
Proses rakaman album kedua pun bermula dan selesai lalu dipasarkan diakhir tahun 1988. Seperti album pertama WINGS, 'Hukum Karma' juga mengecap jualan yang tinggi. 2 lagu 'slow-rock' dari album kedua mereka telah berjaya melonjakkan lagi nama WINGS untuk kekal popular. Lagu berentak balada itu ialah Taman Rashidah Utama (ciptaan Bob Lokman) dan Misteri Mimpi Syakilla (Ciptaan JS Kevin) yang berjaya memasuki pertandingan Juara Lagu '89.
Persembahan mereka ketika Juara Lagu '89 sungguh memikat. Awie dengan kekuatan vokalnya yang mampu menjerit lantang dan berqasidah, Joe dengan petikan gitarnya yang bermutu seperti dalam rakaman, Eddie pula dengan gerak kawalan gitar bass yang licin manakala Black dengan paluan dram yang menggegarkan sambil dia dan Eddie mencipta kesan bunyi gitar karan 'distortion'. Kerjasama itu bagi menolong Joe mengalunkan gitar solo dengan baik. Jika hendak dibandingkan dengan kumpulan lain yang turut bertanding dalam Juara Lagu '89 hanya kumpulan ILUSSI dan GERSANG sahaja yang tidak menggunakan gitar kedua, tetapi mereka telah diiring oleh keyboard. Untuk lagu Taman Rashidah Utama, WINGS memaparkan persembahan yang bernada sedih dengan mengena pakaian 'suit' serba putih dan diiringi oleh pasukan kuaiyer berlainan pula dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla yang bernada ceria , WINGS mengena pula baju berwarna-warni seperti lagak 'rockers' dengan menyarung jaket dan berseluar ketat. Kedua-dua lagu itu dipersembahkan oleh WINGS dengan mengikat rambut supaya kelihatan kemas dan rapi. Corak persembahan WINGS yang bersungguh-sungguh telah menawan hati juri pertandingan. Mereka telah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik di Juara Lagu'89. Tempat pertama pula telah dimiliki oleh kumpulan SEARCH dengan lagu Isabella.

Setelah berakhirnya Juara Lagu'89, setelah 3 tahun bersama ASP, WINGS telah mengikat kontrak dengan BMG Pacifik (kini BMG Music Malaysia). Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, WINGS dapat tawaran tersebut kerana SEARCH telah mencadangkan pengambilan WINGS kepada BMG Pacific. Berikutan itu Bob Lokman telah mengundurkan diri dari menjadi pengurus mereka dan tempatnya telah diisi oleh Ali Bakar sehingga sekarang. WINGS kemudiannya telah menubuhkan sebuah syarikat kecil bagi menguruskan sendiri siri konsert mereka disamping pengurusan dibawah Ali Bakar iaitu FLY-WINGS sdn bhd. WINGS pun memasuki studio dan menyiapkan album ketiga berjudul Teori Domino dan diedarkan kepada umum pada bulan MAC 1990 dan diterbitkan oleh M.Nasir dan WINGS. Album ini juga mencatatkan angka jualan yang bagus. Lagu SEJATI ciptaan M.Nasir telah menjulang sekali lagi nama WINGS dan terus popular sehinggakan telah memenangi undian Bintang-Bintang Popular tajaan Berita Harian dan Utusan Malaysia dipertengahan 1990. WINGS juga menjadi pujaan di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah ada permintaan untuk mengadakan konsert disana. WINGS mula ligat untuk memenuhi permintaan itu. Pada sekitar Oktober 1990, Wings telah diberi penghormatan menjadi pembuka tirai untuk kumpulan Europe (popular dengan lagu FINAL COUNTDOWN)beraksi pertama kali di Malaysia.Oleh kerana terlalu banyak 'show', WINGS telah menyingkirkan Black kerana menghidap asma. Disaat akhir itulah WINGS memasuki pertandingan Juara Lagu '90 dengan lagu Sejati. Jojet telah diambil untuk menggantikan tempat Black selepas kumpulan GERSANG dibubarkan untuk pertandingan Juara Lagu '90. Seperti kebiasaannya WINGS pasti membuat persembahan yang berlainan dari peserta lain, dengan menonjolkan imej kebaratan dan sedikit kemelayuan. Awie memakai seluar dan jaket 'Mosiac' berwarna merah sambil rambutnya dihias dengan anting-anting serta berkaca mata hitam. Joe pula memakai jacket merah dan topi 'koboi' manakala Eddie dan Black masing-masing mengenakan pakaian tuxeido hitam. Persembahan mereka telah diiring oleh alat-alat muzik tradisional seperti paluan gong dan serunai. Vokal Awie tidak perlu dipertikaikan lagi, tetapi kali ini beliau menjerit sekuat hati bagi menutupkan lagu sejati; SEJATEEEEEEEY!. Eddie pula sambil memetik gitar bass turut menjadi penyanyi latar kepada Awie semasa harmoni dan ketika membuat gema suara. WINGS berjaya jua untuk merebut tempat pertama bagi kategori Persembahan Terbaik dan tempat ketiga bagi kategori Juara Lagu pada Juara Lagu '90 itu. WINGS boleh berbangga dengan Juara Lagu '90 tetapi mereka juga patut berasa malu, kerana Black yang disingkirkan muncul jua dalam majlis berkenaan apabila dia menjadi pemain dram undangan kumpulan XPDC.
Tahun 1991 telah menyaksikan pemilihan Jojet sebagai anggota baru WINGS serta penyiapan album keempat 'Jerangkung dalam almari' Tetapi sambutan kepada album kali ini kurang memberangsangkan. Hal ini berlaku oleh kerana:-
Kurang promosi di radio atau TV berikutan isu rambut panjang yang makin memuncak.
Mereka juga tidak lagi bermain di ekspo, 'funfair' atau pertunjukan pentas di daerah-daerah kecuali konsert besar di ibukota atau bandar-bandar.
 
•   Imej WINGS terjejas disebabkan beberapa peristiwa hitam. Salah satunya ialah berita Awie ditangkap khalwat bersama seorang gadis.
•   Album ini tidak menyengat kerana hanya 1 lagu balada yang menjadi lagu 'killer' iaitu 'Aku pun tahu'.
•   Persaingan dengan album ROCK berkumpulan mahupun solo seperti CRK, BLACKROSE, OLAN, SHIMA, HATTAN dan ELLA
•   Pengharaman konsert artis Rock berambut panjang.



Oleh itu sepanjang tahun 1991, WINGS tidak lagi menyerlah seperti dahulu. Malah WINGS juga tidak memasuki Juara Lagu '91 cuma mereka ditawar untuk berlakon dibawah arahan Yusof Haslam didalam filem 'Pemburu Bayang'. Walaubagaimanapun filem berkenaan hanya mempromosikan lagu-lagu dari album Teori Domino dan bukannnya album terbaru. WINGS kekal utuh di persada muzik tempatan, menjelang tahun 1992.



Pada awal tahun 1992, filem 'Pemburu Bayang' lakonan WINGS telah ditayangkan dan mencapai kutipan tiket 'Box-office'. Filem itu telah meningkatkan sedikit jualan album mereka. Album kompilasi BEST OF WINGS pula telah diedarkan pada pertengahan tahun 1992. Album ini menampilkan rakaman versi baru beberapa buah lagu hit mereka seperti Taman Rashidah Utama, Intan ku kesepian, Inpirasi Taming sari dan lain-lain berserta 1 lagu baru. Seperti album 'Jerangkung dalam almari', album ini juga gagal kerana masalah rambut panjang. Ini telah mendorong WINGS untuk memotongkan rambut panjang mereka itu. Di masa yang sama, kumpulan SEARCH turut terasa dengan bahang isu rambut panjang juga ingin mengorbankan rambut mereka demi mendapat mata pencarian. Setelah SEARCH & WINGS berunding dengan RTM, RTM telah bersetuju untuk membenarkan SEARCH & WINGS muncul di TV & Radio semula. SEARCH, WINGS dan RTM sepakat untuk mengadakan 1 upacara pemotongan rambut secara langsung di TV. Pada tanggal 22 November 1992, SEARCH & WINGS dipotong rambut oleh Dato' Mohammed Rahmat selaku Menteri Penerangan. Apabila majlis itu selesai, SEARCH & WINGS menghebahkan kepada umum tentang penggabungan mereka dalam 1 album iaitu 'DOUBLE TROUBLE'.



Pada awal tahun 1993 sesudah tamat isu rambut panjang, album itu pun dilancarkan dengan angka jualan yang menakjubkan. SEARCH & WINGS ligat mempromosikan album itu di konsert-konsert. Semasa inilah Awie tiba-tiba menghadapi masalah vokal yang menjejaskan kelancaran suaranya tetapi tidak ketara. Tidak beberapa lama kemudian iaitu di pertengahan tahun 1993, WINGS mula sibuk di studio. Kali ini rakaman telah dilakukan di Melbourne, Sydney, Australia dibawah pengawasan jurutera bunyi : Steward Day untuk rakaman album terbaru WINGS. Ada juga lagu yang telah dirakamkan di Malaysia, cuma ia diadun dan diproses semula disana supaya kualiti rakamannya lebih elok. Disebabkan Awie yang masih belum pulih 100% dari sakit tekaknya, album ini terpaksa juga dirakamkan dalam pitch yang rendah, berbeza dengan album-album terdahulu. Setelah siap sepenuhnya, album kesembilan ini telah dipasarkan dengan tajuk Bazooka Penaka. WINGS meriah kembali, tawaran pertunjukan pentas tidak putus-putus diterima. Serentak dengan dengan promosi yang sedang dipergiat, konsert Double Trouble jelajah negara bersama Search juga dilancarkan. Ini menyemarakkan lagi sokongan para peminat rock yang selama ini telah menunggu persembahan gabungan dua gergasi rock terunggul tanahair ini. Bagi Wings, konsert ini juga adalah bersempena pelancaran album terbaru mereka dan merupakan peluang untuk mempersembahkan lagu-lagu baru mereka kepada peminat.



Kejayaan album 'Bazooka Penaka' ini telah membuka mata 2 syarikat perfileman untuk menawar WINGS untuk berlakon iaitu Skop Production dan Julie Dahlan Production. Tawaran itulah sebenarnya menjadi punca perpisahan Awie dari Wings. Hal ini demikian kerana Awie lebih tertarik apabila melihat skrip filem 'Sembilu' keluaran Skop Production yang menampilkan dirinya sebagai hero tunggal dan watak kecil untuk anggota WINGS yang lain. Manakala anggota WINGS yang lain memilih untuk berlakon filem 'Putera' yang mana ia memberi peluang lakonan sama rata kepada setiap anggota WINGS. Masalah ini telah membuat kumpulan WINGS bertelagah sesama sendiri. Pada 13 November 1993, konsert Double Trouble diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur. Sebenarnya, ini merupakan konsert terakhir Awie bersama Wings kerana pada dua hari berikutnya iaitu pada 15 November 1993 Awie telah menghantar surat perletakkan jawatan sebagai pengarah Flywings sekaligus menarik diri dari menjadi vokalis Wings. Perkara ini tidak dihebohkan dengan segera. Ianya dirahsiakan oleh anggota Wings yang lain dan pihak pengurusan syarikat rakaman BMG.



Hampir sebulan selepas itu, barulah berita penarikan diri Awie dari Wings disiarkan secara rasmi. Awie disahkan tidak lagi menjadi anggota kumpulan Wings. Berita ini mengemparkan seluruh dunia muzik tanahair. Dikala Wings berada dipuncak kegemilangan, kehilangan Awie merupakan satu tamparan hebat dan kumpulan rock ini ibarat telah kepatahan sayap. Seluruh peminat mereka amat terkejut dan begitu kecewa dengan berita ini.
Alasan yang diberikan oleh Awie ialah sakit tekaknya yang masih belum sembuh dan justeru itu beliau berehat dari mengelak ianya dari menjadi lebih teruk. Wings tidak berpecah dan beliau menyerahkan kepada 3 lagi anggota Wings iaitu Joe, Eddie dan Jojet untuk mencari vokalis baru dan meneruskan misi perjuangan Wings. Tambah beliau, tindakan ini adalah keputusan yang amat berat kerana amat sukar untuk berpisah dari kumpulan yang cukup disayanginya itu.


 


sambung lagi .... nanti korang sumer pening nak baca



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Sebagai permulaan topik..


Sejarah Ringkas HEADWIND


Kumpulan Headwind yang ditubuhkan awal tahun 80-an pada asalnya telah dianggotai oleh Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone Zulkifli Kasim - Gitar Utama / Penyanyi Iginatiu Gerard Ooi (Nicky Ooi) - Gitar Bass / Penyanyi Othman Masri (Man Senoi) - Keyboard / Penyanyi Mohamed Rashid - Saxophone / Flute / Penyanyi Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.

Awalnya bermain di kelab-kelab malam di seluruh tanah air. Sebagai sebuah kumpulan yang berbakat dan berkarisma telah menarik minat syarikat rakaman Polygram (Sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang teguh sedikit masa dahulu).

Tahun 1983 menyaksikan munculnya album pertama Kumpulan Headwind yang memakai judul 'Headwind'. Banyak lagu yang menarik antaranya Usah Diteruskan, Sekadar Pengertian, Cinta Ke Akhir Masa dan Keindahan Pelangi. Tetapi mungkin kurangnya promosi album itu dipandang sepi. Malah, sebilangan besar peminat Headwind tidak mengetahui wujudnya album ini. Beberapa lama selepas itu, Othman Masri dan Mohamed Rashid menarik diri daripada Headwind atas komitmen masing-masing. Kudin menganggotai Headwind bertindak sebagai pemain Keyboard bagi mengisi kekosongan itu.

Anggota baru Headwind dibarisi oleh Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone Zulkifli Kasim (Zulkif) - Gitar Utama / Penyanyi Nicky Oii (Ketua) - Gitar Bass / Penyanyi Kudin - Keyboard / Penyanyi Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.

Pada tahun 1986, Headwind muncul bersama semangat baru dengan album terbaru bertajuk 'Headwind 86'. Album ini benar-benar menggegarkan dunia seni tanahair dengan lagu malar hijau seperti Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Hati Tak Berpenghuni, Pelangi (susunan muzik baru) dan banyak lagi. Nama Headwind semakin kukuh dipersada seni tanahair dan luar negara. Lahirlah album ke tiga Headwind berjudul 'Headwind 3' yang mengandungi lagu-lagu hits Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka. Memori Luka pernah memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik '87 (sekarang Juara Lagu).

Tahun 1987, Headwind mengeluarkan album Headwind 'Bisikkanmu' yang menyambung kepopularitian Headwind. Lagu-lagu seperti Bisikkanmu, Berakhir Satu Percintaan dan Kasihku Abadi terkandung di dalamnya. Album Headwind 'Dalam Ingatan' dikeluarkan tahun berikutnya mengandungi lagu-lagu hebat seperti Dalam Ingatan, Cinta Si Camar Putih, Entah Ke Mana Berlari dan Debu Liar.

Tahun 1989 merupakan tahun cabaran bagi Headwind. Dalam pasaran yang tak menentu, mereka mengeluarkan album Headwind 'Meditasi'. Lagu-lagu menarik terdapat di dalam album itu seperti Biar Saja Berlalu, Sejak Taufan Melanda dan Meditasi. Perselisihan pendapat dalam sesuatu kumpulan memang tidak dapat dielakkan. Zulkif mahukan irama Headwind lebih kepada rock n roll, sebaliknya Zainal Abidin mahu mencuba kepada irama baru 'World Music' yang tak mungkin diperolehi di dalam muzik Headwind. Mungkin ini adalah antara penyebabnya membawa kepada pengunduran Zainal Abidin. Keputusan ini sangat mengejutkan peminat Headwind.

Dua tahun selepas itu, pada tahun 1991 Zainal Abidin muncul dengan album solo pertama berkonsepkan 'World Music'. Beliau sangat berjaya sebagai artis solo berikutan meledaknya album Zainalabidin (yang mengandungi lagu hits Hijau, Ikhlas Tapi Jauh, Insaf dan lain-lain). Sebuah album yang berkualiti dan terbaik pernah dikeluarkan di Malaysia. Zainal Abidin menjadi sebuah nama besar ketika itu jauh meninggalkan kumpulan lamanya Headwind.

Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik berjudul 'Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi' yang mengandungi tiga lagu baru iaitu Cinta Di Dua Dunia, Gadis Jalanan dan Tak Ku Sangka nyanyian Zainal Abidin. Album ini mendapat sambutan baik dan ketiga-tiga lagu tersebut menjadi siulan ramai.

Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan ketiadaan penyanyi cuba mencari penyanyi baru. Melalui ujibakat selama beberapa bulan mereka menemui Lionel Xavier, seorang penyanyi berpengalaman. Setelah itu, muncul album Headwind 'Kembali'. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal Abidin. Maka, jadilah album itu sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyaksikan Headwind semakin dilupakan.

Pada Tahun 1990, Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul 'Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi' bagi mengimbangi kegagalan album 'Kembali'. Tahun 1992, album koleksi 'Lagu-Lagu Karaoke Headwind' pula diterbitkan. Album 'Headwind Remix' pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hits iaitu Kita Serupa, Hanya Di Radio, Suraya, Debu Liar dan Dalam Ingatan.

Perpecahan secara tidak langsung terjadi. Tahun 1990, Zulkif menarik diri daripada menganggotai Headwind dan menjadi artis gitar solo. Sempat mengeluarkan dua album yang bertajuk Zulkif 'Misteri, Air, Api dan Angin' dan Zulkif 'Imaginasi'. Dua album experimental yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah Dunia Sama Rasa, instrumental Misteri, Air, Api dan Angin dan Suara oh Suara (Penyanyi undangan Ajin-Blackrose).

Penyanyi baru Headwind Lionel pula hilang entah ke mana sejak kegagalan album tersebut. Anggota Headwind yang lain Nicky Ooi, Kudin dan Razak cuba menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi lain seperti Ella bersama Hillary Ang (gitarist Cromok, ex-Search). Setelah beberapa tahun, Headwind masih wujud cuma kurangnya publisiti dan ketiadaan album baru menjadikan mereka seakan hilang. Nicky Ooi mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Headwind dan membuka perniagaan sendiri. Razak turut menarik diri, maka tinggallah Kudin meneruskan perjuangan Headwind. Menyedari tanggungjawab itu Kudin bersama rakan-rakan baru menubuhkan kumpulan yang dinamakan Headwind 3 (Headwind generasi ke-3). Bermain untuk kelab malam dan majlis-majlis tertentu.


Album.........

1. Headwind
2. Headwind 86
3. Headwind 3
4. Headwind - Bisikkanmu
5. Headwind - Dalam Ingatan
6. Headwind - Meditasi
7. Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi
8. Headwind - Kembali
9. Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi
10. Headwind - Lagu-Lagu Karaoke
11. Headwind - Remix



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Era 80an! Ramai-ramai kita bincangkan apa juga pengalaman pahit manis anda pada masa itu. Awekranggi amat mengalu?kan 'OTAI' rock untuk memeriahkan topik ini disamping untuk memberikan info yang jarang diketahui....

__________________
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard