RD CLUB Ride ke Utara muncul lagi. Versi 2006. Macam tahun lepas, lokasi checkpoint ialah Sg. Petani. Kali ini Penang menjadi pilihan.
Tarikh dijangka 1 - 3 September 2006. Kemungkinan konvoi akan bergerak pada Jumaat malam dalam jam 12 tgh malam ataupun Sabtu jam 1 - 3 pagi. Tunggu je maklumat terkini dari Admin RD CLUB. Sementara tu bagi yang berminat nak sertai, selenggara motor sebaik mungkin.
Berapa banyak coil hang nak bawak bro? Jangan bawak satu guni sudah ler. Looking forward la ride nih. Weekend baru ni test WAS ke PD, alhamdulillah okay jer. Ayaq tidak menendang2 lagi. Siap balik dari PD sorang2 kul 1:30 pagi tu. Nekad jer. Alhamdulillah sampai rumah kul 3 am dengan kelajuan sederhana. Nanti nak test NU lak. Tengah dalam proses baik pulih.
Tak sabar nak jumpa geng2 Penang. Rindu dah setahun tak jumpa. Jumpa pun tahun lepas time MotoGP. Kat Ipoh baru ni pun tak puas sebab Big John xcident. Ni kira sambil melawat Big John ler. Geng Kedah pun jumpa time Tsunami jer dulu.
woi........... kat big john hang dok rindu kat aku tak ingat langsung pun.Insyallah kalau takde hal melintang aku join pasal mesin baru bangun dari tiduq,pasai terlebih tidur kat korner tupah.....he...he...he...he.anyway.......welcome back guys
Kat hang pun aku rindu Lan. Tapi hang tidoq lama sangat. Aku ingat hang dah tinggal kat Siam dah. Geng Kedah Perlis dah tentu la rindu jugak. Mana leh tak rindu. Sebab tu nak tak nak mesti kena buat kat belah Utara jugak.
Belah Pantai Timur pun rindu jugak. Hujung tahun pun aku nak buat pi sana jugak. Lagipun tahun lepas punya ride ada mamat2 singai baru join buat hal, dah peburok nama RD CLUB. Lepaih ni kena tapis betoi2 la yang nak pi ride. Kalau ada mamat2 yang habaq ngan aku dia ada geng sampai 200 bijik motoq boleh ikut ride, awal2 lagi aku tolak no. Buat peleceh jer. Cakap berdengung jer, habuk pun takdak no....
Takpa...geng2 lama jugak syok. Setia bersama...hehehehehe.
Hentam je la labu...janji ko confident. Fendi YP tengah menggila siapkan YP dia untuk ke Penang. Sampai dia baraikan YP dia. Tinggal rangka jer. Semangat betul...respek ler.
Erm...Fendi barai tinggal body, aku lak nak service fork. nasib baik tak buat sendiri, sebab cina pomen tu nak menangis jugak bukak. Satu hari suntuk buat YP aku jer. Semangat nak Penang Ride nih. Abis gak la dekat serat buat fork ni.
alhamdulillah.... ride to utara berjalan dengan baik skali.... terima kasih gak buat geng2 penang n kedah yang dtg memeriahkan lagi program malam tuh!! penang berjerebu ler mlm minggu hari tuh....
Erm..aku tak larat nak komen apa2 lagi ler. nak bagi laporan pun mamai lagi nih. Pagi tadi kul 8am baru sampai rumah. Apa yang aku boleh komen awal2 ni ialah..ride kali ni memang best...best..best...best...best..best...best...best..best...best...best..best...best...best..best...
memang best pun..... siap ada yg kena sound ngan polis sebab x pakai helmet "haaa!!! nak kemana tuh??" hahahahaha....... sodap yo membersit penang ke ipoh sambil stand mr prez mengeluarkan bunga api yg cantik ditengah malam..... kul 8 pagi sampai??? x per la... janji sampai....
john_master wrote: hahaha... den yg xdpt nk ikot pon trase kebestan nyo.... tp gambo2 xdo ke mr prez???
Gambar ada. Akan diuploadkan ke album. Cuma bz sikit sekarang ni dengan internet line down. Sementara ni, enjoy dulu paparan clip gambar RD CLUB Ride to Utara 2006 - Penang