- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: maruah dunia permotoran... masih bersih @ dh tercemar???


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:
maruah dunia permotoran... masih bersih @ dh tercemar???


semekom pade yg berkenaan....


trutame admin n presiden... (bkn nk bodek tau)


aku sbg new comer gk laa dlm dunia mto neh amt musykil ngn ape yg ade dlm tv tuu..


SOALAN:btol ke truk sgt dunia mto neh??


ckp je psl 'rempit'... musti msyrkt pdg serong....


dorg akn kaitkn so called 'rempit' neh ngn lumbe hrm, dadah, alkohol, kuang ajo, dll....


bnde2 yg bole kte negatif la pd pdngn msyrkt... kire masalah social laa, sng cite....


kalo ade ol'timer yg ble trgkn kn scene mse 80's dlu compare ngn skg bgs  gk!!


hrp ble bincang mslh pndgn -ive terhdp dunia mto....


cos aku xle trime org kte bdk mto jht, xle wat kwn, bnyk wat mslh pdhl kwn aku rmai yg paki mto tp xde pon wat ape yg ade dlm tv tuh!!


sekian........ trimas!!!


 



__________________
x bape phm laaa....


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

wsalam....


tq pada john master pembukak topic. petang2 ni syok gak bincang2 menda2 camni lepas repai yp aku. hehehehehe. ikutkan aku dah naik ngantuk nak menjawab soalan cepumas tu. daripada kat website2 motor lain, edisi siasat, surat khabar, berita ntv7 dan lain-lain lagi.


jawapan pada soalah brader tu ialah ya! sebut mat motor, negatif yang akan timbul. lebih2 lagi sekarang. berbanding dulu, mat motor ni hanya selelintir sahaja daripada pecahan masyarakat. yela, zaman 80 an tu kira zaman nak up. tak ramai yang pakai motor dan masyarakat masih ramai menetap di kampung2. ketika itu, anak2 muda baru berhijrah ke kota2 besar mencari rezeki. jadi pengangkutan yang menjadi pilihan ketika itu bas mini, teksi hitam kuning, basikal ataupun berjalan kaki.


mat2 motor ketika tahun 80an merupakan anak2 muda yang mak bapaknya kaya, ataupun dah mula kerja dan menerima gaji yang cukup untuk membeli motorsikal. motorsikal pilihan ketika itu ialah GP100, RXS, Vespa, Scrambler ataupun RXZ 5 speed (6 speed keluar tahun 1986).Bagi yang ada sen sikit atau ada duit, superbike ataupun RD250/350, RGF, Katana, GPZ, NSR dll(semua lebih kurang 250 cc ke atas).


bila dibandingkan sekarang, pelbagai pilihan atau kemewahan yang mat motor dapat. baru sekolah dah boleh pakai motor. tu yang menyumbang kepada isu mat rempit tu.


penat ler...nak taip...sambung nanti ler>



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

maaf saya mencelah... tapi nak bagi pendapat tentang soalan bro john master...


Mat Rempit adalah perkataan dan pengistilahan baru yang muncul dari budaya anak-anak muda. Perkataan ini sama seperti Minah Karan, Mat Spanner, Mat Skodeng, Bohsia atau Bohjan. Mat Rempit ini mungkin berasal dari perkataan himpit. Ini kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan. Mencelah, mencelok dan mengelencong untuk memotong kenderaan lain yang lebih besar.

Di zaman moden ini manusia akan terus berlumba. Modeniti telah melahirkan produk injin. Injin motosikal adalah objek yang dicipta oleh modeniti untuk merayakan tamadun moden. Modeniti juga memiliki ciri budaya yang merayakan kemudaan dan keremajaan. Jadi apabila injin modeniti bertemu kemudaan anak muda maka yang tercipta adalah keceriaan hidup Mat Rempit. Mat Rempit yang mundar-mandir ke hulu ke hilir bermotosikal itu sebenarnya adalah manifestasi kemudaan yang sedang merayakan modeniti.

Saya tidak akan marah apabila melihat Mat Rempit berlumba sesama sendiri. Malah saya menolak pengistilahan 'lumba haram'. Ini kerana saya merasakan anak-anak muda kita telah menerima terlalu banyak perkara yang diharamkan. Ada ratusan 'tanda-tanda haram' yang sedang dihadapkan ke mata anak-anak muda kita.

Saya ingin membuka satu jalur pandangan tentang Mat Rempit ini kepada generasi yang telah tidak lagi muda tetapi pada satu ketika dulu telah mengalami muda. Generasi tidak muda ini (baca oldtai) wajib bertanya pada diri mereka sendiri – ke mana/di mana/bagaimana anak-anak muda kita hari ini hendak merayakan kemudaan mereka.

Ke kelab malam atau dewan dansa mungkin satu tempat yang menyeronokkan. Untuk Mat Rempit yang kebanyakan mereka adalah anak-anak muda Melayu, harga pintu masuk 30 hingga 40 ringgit agak tinggi dan membebankan. Memang ada yang mampu tetapi lihat apa yang telah terjadi baru-baru ini - mereka ditangkap oleh polis moral dan dimalukan. Lalu mereka dihantar ke ortopedik moral.

Untuk anak-anak muda ini berkumpul, bermain muzik sesama sendiri di sebuah balai rakyat atau dewan orang ramai yang selalunya terbiar kosong telah menjadi suatu yang mustahil. Ada beribu-ribu jenis tembok birokrasi yang akan menghalang mereka. Beratus-ratus borang perlu diisi. Kalau pun telah dipatuhi ini tidak pula memastikan yang mereka akan mendapat permit atau lesen. Jika mereka bermuzik tanpa mendapat lesen di tempat-tempat yang jauh dari orang, mereka akan dituduh mengadakan 'pesta haram'. Jika mereka menyewa kelab atau pub untuk mengadakan pesta muzik mereka akan dituduh mengadakan 'pesta arak'.

Jika mereka duduk berkumpul dan bersembang di warong-warong mereka dituduh sebagai kaki lepak. Ruang untuk mereka semakin disempitkan. Padang-padang permainan mereka telah diambil untuk dijadikan tapak bangunan atau tempat letak kereta. Di mana sahaja ada kawasan lapang pasti ada tercacak papan tanda menunjukkan kawasan ini adalah milik pribadi atau milik syarikat. Kawasan ini telah menjadi kawasan larangan, lengkap dengan gambar anjing dan senapang yang mengancam si anak muda.

Jika mereka duduk-duduk atau bersiar-siar di taman bersama kawan-kawan disiang hari ada kemungkinan mereka akan dituduh berkhalwat. Malah baru-baru ini ada berita dalam akhbar yang melaporkan bagaimana seorang anak muda ditangkap semasa melawat rumah teman wanitanya. Anak muda lelaki melawat rumah kawan perempuan pun boleh ditangkap. Bayangkan.

Apakah kita mahukan anak-anak muda ini terus duduk di rumah. Pada hemat saya ini mustahil. Ini kerana kebanyakan Mat Rempit ini tidak tinggal di banglo-banglo atau pangsapuri yang mewah. Mereka bukan datang dari Bukit Tengku atau Country Heights. Mereka bukan tinggal di kawasan yang ada kolam renang, ada kelab tennis atau ada dewan gimnastik. Kebanyakan Mat Rempit tinggal di kawasan padat. Rumah pangsa ibu bapa mereka mungkin hanya memiliki satu atau dua bilik. Jika mereka berkongsi menyewa rumah untuk menjimatkan kos pasti penghuninya lebih dari empat atau lima orang. Bayangkan betapa terasaknya pernafasan mereka.

Kerana semua inilah maka saya amat memahami sikap dan budaya kemudaan Mat Rempit ini. Pada hemat saya mereka tidak memiliki banyak pilihan. Di hujung minggu dan dihari-hari cuti mereka hanya berpeluang merempit ke hulu ke hilir untuk bergembira merayakan kemudaaan mereka.

Saya akui motosikal mereka yang telah di'modified' mungkin memekakkan telinga. Saya akui juga bahawa mereka membahayakan diri mereka dan orang di sekeliling mereka dengan cara dan gaya mereka memacu motosikal. Tetapi kita wajib menerima hakikat bahawa Mat Rempit adalah manifestasi pembudayaan anak muda yang kita bersama sendiri lahirkan. Generasi tualah yang bertanggung jawab melahirkan Mat Rempit.

Dasar budaya dan dasar ekonomi yang sedang diajukan kepada umum telah sama bertanggungjawab melahirkan Mat Rempit. Kita mendirikan fabrik dan gedung pembuat dan penjual motosikal. Tidak cukup dengan yang dibuat dalam negara kita bawa masuk dari luar. Para pemodal dengan rela hati melambakkan motosikal di pasaran dengan harga semurah mungkin. Iklan-iklan gaya hidup bermosikal terpampang di sana-sini. Mari kita akui bersama-sama bahawa pihak berwajib sebenarnya menggalakkan anak-anak muda kita membeli motorsikal.

Ura-ura untuk menghukum ibu bapa Mat Rempit kerana gagal mengawal anak-anak mereka dari turun ke jalan raya bukanlah satu petanda yang bijak. Kenapa kita hanya berupaya mengambil hukuman sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan apa sahaja yang kita anggap masaalah. Sebenarnya tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan hukuman, walau seberat mana pun.

Saya sering mendengar cakap-cakap dari orang politik bahawa punca masalah Timur Tengah itu ialah konflik Palestin/Isreal. Jika punca masalah ini dapat diselesaikan maka masalah ketegangan Amerika-Musim juga dapat diredakan. Bagaimana dalam kes Arab Timur Tengah ini kita dapat melihat puncanya tetapi kenapa kita tidak dapat melihat punca kemunculan Mat Rempit. Ini menghairankan saya.

Satu malam dihujung minggu - di Kuala Lumpur, Ipoh atau Alor Star atau di mana saja - kita pasti akan ternampak kumpulan Mat Rempit. Menung sejenak dan luaskan, fikirkan secara mendalam dan tanya diri-sendiri - dari mana datangnya anak-anak muda ini. Ada yang berlumba, ada yang memacu motorsikal dengan satu tayar, ada yang menjalar seperti ’superman’, ada yang berdiri atau ada yang hanya membuat hingar-bingar. Semuanya cuba menunjukkan kehandalan bermotorsikal.


* maklumat ini di perolehi dari sumber yang boleh dipercayai... tiada pemimpin dikalangan remaja dan belia untuk menunjukkan jalan yang betul kepada para remaja....


insyallah klu dah siap kertas kerja saya tentang mencegah lumba haram & menunggang secara berbahaya. kita yakin dapat menarik sebilangan besar remaja mat rempit untuk join kelab... terutama RD CLUB...




 



__________________
Insan dicipta adalah untuk mentadbir dan menguruskan muka bumi ini dengan sebaik-baik mungkin bukan tanpa tujuan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hohoho...


bgs gk penerangn2 2....


bhsa yg digne pon tinggi gk lvl die...


nsb baek sy skola...


kalo x....


tp nape kementrian skn x wat pe2....


nape x galakkn skn bermto???


bkn ke bakat bnyk???


kalo dibuat 1 tmpt utk tnjk bkt dorg kn bgs...


xyh polis sush pyh jage town tu.....


coz bdk2 akn betumpu kt 1 tmpt je...


kn sng???


ble wat audition...


pd bt AF,m'sian idol, tah pe2 lg tah....


membazir je...


baek wat tournament utk bdk mto...


at least dpt gk hasil...


kalo champion AF skali pon bt album...


msti kne cetak rompak gk...


lg memeriahkn dunia cetak rompak....


kalo juara mto tu ble bwk gi mto gp...


mne la tau...


kot2 ade rossi kt m'sia neh....


ade gk hasil nye...


ape kte brader2 rd wat satu event cmtu...


mntk sponsor dr petronas ke...


bru la kl jd cm Macau, China!!!


bru pak lah bangga ngn bdk2 mto...


btol x???


peace! 


 


 


 



__________________
x bape phm laaa....


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Erm..masalahnya peagwai-pegawai di kementerian tu bukannnya mat rempit. Diorang bukan ahlinya. Macamna diorang nak tahu. Abis2..suruh race kat track. Ingat bayar RM2 boleh terus layan ke. Kalau bagi duit takpe jugak. Mat2 rempit ni nak kan keseronokan, bukannya nak bersusah payah. Kalau diorang nak bersusah payah berusaha lebih, semata2 nak layan drag race@sprint atau stunt, baik diorang blajar kuat2. Dah pandai boleh kerja best2, pastu beli superbike, tak payah merempit. Tapi siswazah pun banyak menganggur. Baik merempit lagi syok.

__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

wahaha..tul tu..baik rm2 tu gi isi minyak kat BP pastu gi tasik main pacak2 sampai abis minyak..tul tak john? wkekeke..pastu kene kejau ngan polis..tak cukup tanah nak lari..haw haw haw..


p/s:zaman tu sudah berlalu..haha



__________________
Study....Study....Study... =_=


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hohoho... tol gk kn....


tp dorg still ble anjorkn mende2 cm2...


bknnye xde fund!


pd sponsor alex yoong yg x bape nk nmpk die nye hasil...


baek wit tu gne tok anjurkn event2 mto...


lgpn xde org yg brani wat coz bnde neh sensitif...


tol x???


peristiwe kt highway jb tuh!


contoh terbaek yg menunjukkn speed demon kt m'sia neh nkkn tmpt sndri!


kalo mat dadah tu dorg ble wat pusat serenti, xkn wat 1 tmpt utk men mto n keta xle??


kalo nk saving sgt, bt kt tmpt2 tertentu....


kt jln2 yg sedia ade, cm dlm cup prix m'sia!


bnde posititive gk tuh..


menarik pelancong asing!!!


hah, ape pendapat korg???


p/s: aku xkire!! zmn aku xpenah abes!!! wahahahahaaha!!!! peace!



__________________
x bape phm laaa....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

insyallah............ nanti RD CLUB yang akan membantu dan menganjurkan KARNIVAL MENCEGAH LUMBA HARAM DAN MENUNGANG SECARA BERBAHAYA...
Betui tak Bro Zack...... bagi meraikan jiwa muda remaja sekarang nie.....

insyallah siap aje kertas kerja saya minggu nie saya jumpa bro zack tapi nak tanya sikitlah tentang aktiviti yang nak dimasukkan didalam kertas kerja nie....

__________________
Insan dicipta adalah untuk mentadbir dan menguruskan muka bumi ini dengan sebaik-baik mungkin bukan tanpa tujuan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hoho....
cmni la bru best....
bnyk sket event nk gi..
xde la asik trn town je...
pstu kene kejo ngn abg polis...
wahahahaa...
skg neh pon polis dh makin maju..
siap pkai helicopter nk kejo bdk rempit...
man, aritu aku lpk BP...
bdk luar rmai gle trn uptown cheras kt giant tuh...
pstu ble ade heli kejo...
radio car jgn cite la...
siap bwk besbol bat lg nk tgkap bdk2 tuh...
aku, sala n j tegelak2 smpi nk muntah!!
klaka gile...
bkn dpt pon...
pkai cup 70 pon lps!
ape da....
membazir je...

__________________
x bape phm laaa....


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

ku alam wrote:


insyallah............ nanti RD CLUB yang akan membantu dan menganjurkan KARNIVAL MENCEGAH LUMBA HARAM DAN MENUNGANG SECARA BERBAHAYA... Betui tak Bro Zack...... bagi meraikan jiwa muda remaja sekarang nie..... insyallah siap aje kertas kerja saya minggu nie saya jumpa bro zack tapi nak tanya sikitlah tentang aktiviti yang nak dimasukkan didalam kertas kerja nie....


Insyaallah. Tu kena sit down n discuss.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard