Untuk makluman semua, Brader Big John telah mengalami kemalangan pada 25 Jun 2006 ketika mengetuai geng RD CLUB Penang menuruni bukit highway selepas terowong Ipoh bagi menyertai RD CLUB Utara Ghatering 2006. Big John mengalami patah tulang paha dan patah ibu jari kaki. Namun beliau sekarang dalam keadaaan stabil Big John memang kuat semangat. Time xcident tak pengsan. Biasa accident camtu pengsan. Hantar ke Hospital Ipoh dan ditransfer ke Hospital Pakar Bukit Mertajam.
semekom,kengkawan kat ruangan nie,aku nak ajak sume geng RD club agar mendoakan kesejahteraan kepada seorang ahli otai yang baru je kemalangan.kejadian nie berlaku pada 25hb jun 2006 pada pukul 3.45 pagi.pada kejadian tersebut seorang ahli club telah mengalami kemalangan yang serius!kejadian ini berlaku di atas highway dari kuala kangsar menuju ke tol jelapang.maknanya,menanti kehadiran geng2 penang sempena kempen anti dadah yang telah diadakan di ipoh.sewaktu kejadian,mangsa atau lebih mesra di panggil BIG JOHN telah mengalami kemalangan serius.sewaktu menuruni bukit menuju tol jelapang,BIG JOHN telah leading dalam konvoi tersebut.sampai di selekoh ke 4 sebelum sampai ke tol jelapang,BIG JOHN telah overshoot corner!waktu 2,BIG JOHN dan bersama2 geng2 penang telah memandu begitu laju (full throttle)sewaktu menuruni bukit!.kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan kesilapan BIG JOHN kerana BIG JOHN memang terkenal dengan cornernya yang begitu cantik.tetapi monoshock LC hijaunya out!akhirnya,BIG JOHN melambung ke udara dan mengalami kecerderaan serius!tulang peha kanan patah,ibu jari kiri patah,tulang bahu patah!manakala LC tong hijaunya melambung dan memanjat bukit.selepas kemalangan,BIG JOHN masih mampu tersenyum dan mampu untuk menceritakan detik2 cemas sebelum kemalangan.begitulah,betapa hebatnya hati seorang otai yang sanggup ambil risiko sewaktu melayan corner walaupun akhirnya overshoot.gambar kengkawan sume bleh tengok dalam webpage 1 lg.yang background warna putih..cari dalam ruangan <aktiviti club> dan klik <gambar>.disitu,kengkawan bleh menyaksikan sendiri keadaan big john dan LC tong hijau kesayangannya musnah!kejadian tersebut disaksikan kesemua ahli konvoi iaitu 31 buah motorsikal YP,LC,RZ,X7,RGF,tidak termasuk scarambler....lastly,aku berharap,sume kengkawan mendoakan agar BIG JOHN cepat sembuh!dan boleh melakukan aktiviti hariannya iaitu POMEN MOTO! terima kasih....
nurkilan daripada mohd izwan bin haji ahmad (geng penang)
setting by BIG JOHN!!!!
Mesej dari frontpage.Dari Cikgu Wan kita. Ye baik!
masa dekat sepital,aku yakin sangat2..walau dalam sakit pun big john memang boleh senyum lebar-lebar......mau tak...nurse kat sepital pakar tu kebanyakan memang taraf langsuir,cun gila..betali air liur aku kalau lama lagi aku dok dekat situ..harharhar.
apa pun takziah..tak lama lagi,InsyaAllah semboh la tu,walau kecederaan tu mungkin amik masa untuk sembuh.
Takziah dr aku utk brother big john.semoga cepat2 sembuh dan boleh ride semula dgn geng2 moto beso yg lain.tp aku rasalh big john ni bkn jatuh sbb mono out,sbb bnyi ekzos lctong dia tu yg perit membingitkan telinga.sori bigjohn gurau saja.sapa2 yg berdekatan dgn big john tolong sampaikn salam aku pd dia.-wax5670-
bob rgf wrote: big john dah mula overhoul enjin dah.degil budak ni.tapi tabik la.........dia punya semangat semangat juang yg tinggi...tahniah BIG JHON
tengah sakit pun menyempat overhaul?? memang sempoi ar brader big john.. hidup big john
Dimaklumkan bahawa brader Big John xcident...lagi. Kali ni masa nak gi ride ke rumah Musa di Sg. Siput, Perak. Kejadian berlaku di simpang berdekatan bengkel beliau bilamana Big John keluar dari simpang dan dilanggar oleh seorang budak yang naik Kriss. Ibu jari kaki Big John hancuq dan terpaksa di kejarkan ke Bukit Mertajam Specialist.
Ingat nak jumpa brader Big John. Tak kesampaian la. Abg Zam risau betul dengar Big John xcident. Nasib baik kerja hari Isnin. Kalau tak mau dia ajak naik Penang lepas gi kenduri kawin tu.