- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Yamaha RXZ zaman Wan Zaleha Radzi membaca berita TV3


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Yamaha RXZ zaman Wan Zaleha Radzi membaca berita TV3


tersebutlah kisah

dimana kisah berlaku di sebuah kampung yang permai..

Kampung itu pula mempunyai Tok sidang yang baik hati dan hensem macam Brad Pit

dan kampung itu juga mempunyai tempat pembuangan sampah yang konsisten sekali

iaitu para penduduk nya masih lagi membuang sampai merata-rata walaupun sudah tertera papan tanda dilarang membuang sampah merata-rata,

namun mereka masih lagi konsisten membuang sampah sebegitu..

Walau pun begitu,kampung itu mempunyai kelebihan yang mana kampung lain tidak terdapat sedemikian iaitu kampung itu mempunyai pelumba-pelumba yang handalan

seperti Eddie Lawson,Wayne Rainey,Mick Doohan,Loris Capirossi,Kenny Roberts,Kenny Remy Martin,Pak ngah Husin,Makcik Zaleha awang,Kudin jongang dan juga Malik abdul kudus rock tempoyak..

pun begitu,walaupun kampung itu mempunyai ramai pelumba-pelumba,namum mereka semuanya bersopan santun dan berbudi bahasa,sama seperti abang mendan yang merupakan puaka di pekan Kapar itu..

Hendak dijadikan cerita serta menjadi buah mulut atau pun buah limau sempena tahun baru cina ni,ada seorang pemuda yang bengis dan muka ganas gila macam AR Badul,ingin menjual motorsikalnya yang telah di

ubahsuai sepenuhnya oleh mekanik yang berpengalaman dalam bidang menjahit langsir dan juga memasak kek pandan..

Motorsikal ini juga mampu menarik minat para pegawai JPJ,Polis-polis Trafik jalan bandar,dan juga Kementerian Alam sekitar..

pun begitu,jentera ianya juga mampu meluncur laju tanpa menggunakan pil tupai jantan ataupun kopi gano tongkat ali..

oleh yang demikian,tanpa berlengah masa dan membuang pampers di hutan-hutan lipur,anda saksikan lah sendiri jentera tersebut...

 

 

Inilah rupa jentera nya..

Gua bikin kasi lepas rindu sebab la ni ramai rider2 yang bunyi ekzosnya senyap membisu..

Yang ini memang kasi terangkat..sampaikan si Kuda puteh asyik tersengih aje bila tertembung kat traffic light sana..

 

 

 

 

yang ini kucing gua..

dia pun rindu nak tengok motor2 yang make up sebegini..

udah lama tak nengoknya katanya...

 

 

 

 

Enjin cukup sedap bila direntap..

mempunyai daya kilas yang cukup tinggi..

bunyi lunak ekzos seperti TZR 125...

kaki-kaki lama mesti ingat paip si Takim ataupun Abbas..

 

 

 

 

apa yang boleh gua kasi krom,gua kasi celup krom..

no plate memang ikut spec dressing zaman tu..

Korang tengok lah sendiri dan yang mana masih ingat zaman cover enjin berwarna,ini lah zaman nya..cukup top kala dulu..

 

 

 

Keterangan terperinci:

 

Motor ini tahun 1990

body cantik takde tergeliat..

enjin best dan dan bikin habis ribu..

Blok Y4 dan dah modified..

Bunyi ekzos memang stim..tengkuk ekzos(magnifold BM power)

Minyak 2t menggunakan VSX sahaja..

Minyak enjin Motul..

sport rim yang biasa punya lah..

motor ni nak berlumba pun boleh,nak pi kenduri arwah pun boleh,nak bawak imam masjid pi Khutbah Jumaat pun boleh..

tayar baru depan belakang Dunlop TT100

Cukai jalan sehingga Januarai 2014

Geran baru dan boleh tukar hak milik

 

Harga Yang di canangkan:Rm6500 ini sport rim lah..JIKALALU ditambah lagi seribu ringgit,gua kasi tambah sport rim Kawasaki AR 125 yang ada cop Enkei lah..

Jika berminat,kasi hubungi di talian 012-5646 800 Mr Fahme Burger

Lokasi:Teluk Intan

 

 



-- Edited by fahme burger on Monday 11th of February 2013 11:02:50 PM



__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Admin RD CLUB - Sg Besar

Status: Offline
Posts: 1226
Date:

dah jual ke blum ni moto???

__________________
rdclub is just awesome..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 119
Date:

ayat mantap biggrinbiggrinbiggrin



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

dh jual ker?

t.e.r.b.a.e.k.k.k.k...

__________________
torch4x
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard