- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga RD CLUB (minta izin tuan Mod untuk iklankan perkara ini),




Saya Mewakili seluruh warga kerja TM Bikers Malaysia (lebih dikenali sebagai Telekom Malaysia Bikers) ingin menjemput semua warga RD CLUBuntuk turut serta didalam program Karnival yang bakal diadakan pada tarikh & masa seperti dibawah :

Program : Karnival TM Bikers 2012
Tarikh : 9-11 Mei 2012 (Rabu-jumaat)
Masa : 9 Pagi - 5 Petang

Untuk pengetahuan semua, program ini adalah Karnival TM Bikers Tahun ke-2 sepanjang penubuhan TM Bikers pada June 2010. TM Bikers adalah dimana keahlian adalah dari anggota TM sendiri. bagi aktiviti karnival nanti, perbagai agensi seperti PDRM yang akan membuka kaunter pembayaran saman, Perkeso (untuk pertanyaan berkenaan hak sebagai ahli etc), Persatuan Pengguna Jalanraya Malaysia (PPJM), JKJR, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, BOMBA dan perbagai agensi lain dari swasta seperti Hospital Pantai, Pelajar Kolej Perubatan Masterskill yang akan membuat demo Kesihatan dan perbagai lagi. disamping itu juga, Pengedar motosikal berkuasa tinggi Pihak Naza Bikers Dream akan mengambil bahagian dimana akan membuat promosi jualan motosikal sehingga 30% potongan harga oleh kerana karnival TM Bikers ini. selain itu, TM Bikers sendiri akan membuka Booth jualan merchandise, Pihak Retrosuperbike Malaysia akan membuka kaunter jualan barangan Runcit yang mana akan mengadakan aktiviti jualan lelong sebanyak 70% barangan Runcit, RD Club juga akan membuka kaunter jualan merchandise mereka, tidak terkecuali Motostylestore yang mana akan menjual barangan aksesories motosikal yang mana diskaun sebanyak 50% untuk pembeli dan perbagai acara menarik yang lain menanti pengunjung.

untuk meransangkan lagi acara karnival tahun ini, pihak penganjur (TM Bikers) akan menyediakan Goodies Bag kepada Mana2 kelab motosikal yang hadir bersama kumpulan (sekurang-kurangnya 10 motosikal).

parking untuk motosikal akan disediakan di Lobby Utama Menara TM.

sebarang Pertanyaan, sila berhubung dengan saya.

sekian terima kasih

-zaimi-
019 359 6229
FB : TM Bikers Malaysia



-- Edited by zaimittc on Wednesday 2nd of May 2012 02:45:06 PM

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard