Salam. Pada Ahad 28 Ogos 2011, RD CLUB Malaysia telah melawat seorang makcik ibu tunggal yang buta bersama lima orang anaknya di PPR Pudu Ulu. RD CLUB Malaysia juga telah menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk keperluan dapur sebagai tambahan keperluan di Hari Raya Aidilfitri nanti.
Ramadhan telah datang kepada kamu. Ia adalah bulan yang Allah memenuhkannya dengan keberkatan, menurunkan rahmat padanya, memadamkan kesalahan, memakbulkan doa, menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat berbalah mengenai kebajikan kamu. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan, kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak mendapat rahmat Allah dalam bulan tersebut. (Riwayat al-Baihaqi)