Al kisah.. ketika tengah hangatnya lagu2 kumpulan Wings,Melissa,Olan,SYJ,Search bergema di corong2 Radio di kampung2, ketika FunFair menjadi medan tempat para rockers dulu melihat kumpulan rock pujaan mereka beraksi hebat di atas pentas, di ketika bebudak kampung menaiki Basikal BMX sambil membawa ayam sabung. di ketika Pak Alang dan aku pergi meracik Burung Terkukur. di ketika di bulan puasa,setiap lorong kampung,tentu ada meriam buluh dan meriam tanah bergema dan di ketika itu,mercun2 di jual di kaki lima super market dan di kedai runcit Arwah tok Mat lalu ada seorang mamat ni nak menjual RXZ beliau RXZ beliau ini mengikut spec tahun 1992 walaupun RXZ beliau ini Tahun 1994.. cuma yang tak sempat nak di buatnya lagi,ekzos saja lagi yang belum di celup krom..
Inilah gambar RXZ beliau:
Inilah RXZ nya...ekzos saja yg tak sempat nak di hantar celup krom
Enjin senyap...sedap di bawa bersiar2 bersama gadis kerudung berwarna biru
asal lagi....
Lampu2 masih asal lagi.. No plate Kolumpur....
jenama sport rim 7 batang ini......dengar cerita buatan Jepun tapi Datuk tuan punya motor ni cukup anti dengan askar Jepun zaman 40an dulu.. 3 tahun makan ubi kayu kata Datuk itu....benci benar beliau pada askar Jepun.. tapi beliau ke surau,cuma berselipar Jepun sahaja.....
Waktu zaman ni,kalau boleh parts2 semua nak kasi krom....ni benda yang wajib di tukar kepada yang krom..dulu punya style!!
Kesimpulan:
Motor RXZ amat berkeadaan baik selesa untuk perjalanan jarak jauh dan dekat santai dan rileks(owner bawa pun slow and steady aje) yang penting,sedap mata memandang...
Intipati:
Geran:Baru dan boleh tukar hak milik Cukai Jalan:cukai jalan masih Hidup
Enjin:senyap dan halus bunyi nya Blok :piston dan ring baru..saiz 125 Tangki:original RXZ lama cover set:ekor dan set tepi original...Fairing dan madgad bukan asli Wairing:masih asal original Lampu:semua masih original Fork:sudah di tukar baru Meter:Masih original dan berfungsi Peti rantai:masih asal Suspensi:absober belakang sudah di tukar..harga dalam Rm150 Ekzos:sudah di tukar baru..ekzos lama tersumbat Rim:Sport Rim Kawasaki GTO.. Tayar:Dunlop TT100...tubeless depan belakang
Aksesori:Lampu pemantul cahaya di madgad belakang(benda yang wajib era 90an dulu) Tongkat sisi:Krom Balancing:Krom Brake dan Clucth level:Krom
Lokasi:Teluk intan
Harga:Rm4800 boleh Di Runding
No Tel:019-541 7575
Call sahaja..jgn di sms...
P/S:RXZ ini sesuai di gunakan di hari lebaran yang bakal menjelang... Harga ini termasuk dengan Sport Rim Kawasaki Tersebut... Tidak di jual berasingan....Harap maklum