- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Catatan Kuantan Ride 2005 - Prez


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Catatan Kuantan Ride 2005 - Prez


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sebenarnya Ride Ke Kuantan ni pun bakal dibatalkan di saat akhir. Sebab saya dapat arahan pihak atasan untuk hadiri majlis Pak Lah di Bruas, Perak. Nasib baik dapat deal dengan Zahar untuk ganti saya sebagai lead. So, WAS 452 di serahkan kepada Zahar untuk kegunaan sementara saya gunakan WAT Edy  untuk ke Bruas.



Jadi Ride ke Kuantan diteruskan. Malam Sabtu tu, semua berkumpul di Petronas sebelum Tol Karak. Setelah briefing, konvoi bertolak diketuai Zahar sebagai ketua konvoi.



Sementara saya bersama members yang tinggal ke Medan Selera Taman Melawati untuk minum. Selepas itu bersurai sementara saya terus ke Jalan Duta untuk ke Bruas. Sampai di Rawang dapat mesej dari pihak atasan mengizinkan saya ke Kuantan untuk jaga RD CLUB.



Terus pulang ke rumah untuk bersiap. Tepat jam 7 pagi, terus bergerak berseorangan menuju ke Kuantan walaupun enjin meraung akibat clutch problem......




-- Edited by zackbikers at 06:09, 2005-07-04

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:
RE: Catatan Kuantan Ride


Huh pres..macam² dugaan laa ko dapat.Takper pres,mungkin ader hikmah yang tersirat tuh.Bukan senang nak lead club nie ek.

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Eh...belum habis lagi ni Bongek. Panjang lagi.... Cerita dia bersambung-sambung... 

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RE: Catatan Kuantan Ride - Prez


So, layan maintain 120kmh dengan enjin meraung-raung. Di highway, 30 km sebelum simpang Temerloh, enjin meraung lagi kuat, pastu terus meter rpm terus berpusing habis. Gear tiba2 terus free. Terpaksa berenti tepi jalan. Jam dah kul 9 am. Ni mesti clutch problem. Nasib baik YP Edy ada tools. Terus bukak cover enjin. Budjet bering clutch nak kena adjust sikit jer, bagi marking ok. Kalau ok, jalan kejap walaupun minyak 4T takde, masuk Temerloh, isi 4T balik. Dah bukak, rupanya clutch dah habis. Tak grip langsung. Tak boleh jalan. Adoiii....camner ni.


Tengah lepak2 tu, sebijik TZR 125 plate WCK 1767 berenti. Rupanya budak Jengka 18. Dari Tg. Malim nak balik rumah. Lega sikit.



Barai......



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


Bukak..jangan tak bukak. Minyak 4T dah meleleh dah.



-- Edited by zackbikers at 06:24, 2005-07-04

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


Motor rosak pun sempat lagi ambik gambar. Buat kenangan beb...kang member2 tak caya. 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

So, last option, terpaksa tunda. Nasib baik budak Jengka 18 tu, Mansur nama dia, offer tolong tunda. Nak tak nak, tunda jugak ke Temerloh. Risau gak aku, kang habis lak clutch TZ125 tu tunda YP250.


Sampai Temerloh, nasib baik sebijik kedai nama Poh Shun ada jual barang YP ni. Harga kira ok lah sebab terdesak, gasket enjin je mahal sikit. Biasa beli kat Panjang Sentul RM4. Kat situ RM8. Semua sekali RM140 kena. Tukar clutch plate, gasket, minyak 4T..etc. Terpaksa. Nak buat camner.



Mansur dan TZ125nyer. Tq Mansur.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RE: Catatan Kuantan Ride 2005 - Prez


Settle motor, Mansur terus escort aku ikut jalan lama ke highway. Masuk ikut Kg. Awah. Ok la sikit motor. Masuk jer highway, enjin meraung lagi. Alamak! Jalan gak sebab tak de option lain. Tawakal jer la. Melepasi Hentian Sebelah Maran, jadik balik. Gear terus free. Jam dah kul 1.30 tengahari. Matahari tercacak atas kepala. Ke Kuantan 90 km lagi. Patah balik ke Hentian Sebelah Maran ada dalam 2 kilo. Mak aaai!



Nak tak nak, tolak motor ke Hentian Sebelah Maran dalam panas terik mentari tu. Nasib baik dah biasa. Tapi rasa nak nangis jugak la. Bukan ringan YP nih. Sampai je kat Hentian Sebelah Maran tu, pergi kat gerai, beli air mineral botol besar. Baru lega.


Call Zahar. Zahar arrangekan Gabanz dari Jengka datang jemput. Sementara tu, bantai tidur. Memang penat.



 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Puas tidor, Gabanz muncul menyelamatkan manusia sejagat. Hahahaha. So, kena tunda lah nak tak nak. Kuantan 90km lagi. YP Gabanz lak air tendang. So, lepas isi air, aku bawak motor Gabanz tunda YP Edy, Gabanz bawak. Ada 10 kali kebas kaki aku menunda. Pastu dengan berasap radiator Gabanz. Siap meletop-letop lak. Ingatkan motor meletop, rupanya penutup reserve coolant tank meletop. Panas sangat. Terkujat den.


Tapi akhirnya sampai gak kat Gambang. Alhamdulillah. Terus ke Shell Kem Bt 10 dan dijemput oleh Adi.



Thank you Gabanz.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Sampai rumah Adi, cepat-cepat aku parking motor nak jengok awek aku. Rindu beb. Padahal baru kat Petronas sebelum bertolak aku tengok. Nak buat camner. Dah sayang la katakan.


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Nampak jer awek aku. Terus terkam. Check2 mana yang problem.


Erm...rupanya piston dia bocor. Nasib baik cylinder tak calar. Kira tukar piston je la.




Adi lak, terus attend YP WAY. Perh..cayalah Adi. Dan terima kasih. Dah dasar pomen expert, kejap jer settle WAY. Lega.


Badan dah penat gila. Nasi tak jamah langsung dari pagi. Nasib baik Abon belikan nasi goreng. Lega sikit perut. Nak tidur, tak terasa nak tidur. Layan jer la kepala sambil berbincang dengan Adi tentang hal berkaitan.


Bila bukak album, rupanya Adi ni sahabat lama, cuma tak perasan je dan jarang berjumpa.


Aku lak kepala makin pening. Mana lagi penat, awek aku (WAS 452) dan program esok.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Terima kasih Zura.


Anak gajah zura panggil abang. hehehehehe.


Magnum 3 abangpun dah kena curik. Size 60 tu. Lagi sedih.


Ada lagi dugaan tu Zura. Belum habis lagi. Nanti sambung balik.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Malam tu dah cukup korum, ke town Kuantan. Sebab Zahar leader konvoi, keutamaan pada leader. So, YP yang say bawa tu diserahkan pada Zahar, dan saya bonceng dengan Botak. Botak ni dah la semangat, campur saya yang semangat jugak. Macam tapir merempit bawak rxz la pulak. Tapi Botak, gua suspek lu. Eh.respect. Botak memang sporting. No hal punyer.


Sampai kat Mobil Zahar suruh saya bawak YP balik. Buruk sangat saya naik ngan Botak, katanya. Meletop lak tayar sotong Botak tu. Sementara Zahar bonceng Panther Jerung.


Sampai kedai makan, nak makan tak lalu. Penat lagi. Ngantuk campur pening campur serabut, saya banyak diam jer.


Nasib baik Abon ngan akak bapuk tu buat lawak. Terhibur gak hati.


Dah makan, terus ke town. Tengah konvoi tu, ada lak sekumpulan mat rempit menyelit2 sambil main mewheelies. Erm..memang pantang aku. Dah la aku tengah mental, bebudak ni lak buat semak. Kena himpit sorang2. Nasib baik surrender diorang. Tau lak berenti kat tepi. Kalau tak memang kena balun malam tu. Apa nak jadi, jadi lah. Insuran den ada, kalau jadi apa2 pun, tolak duit kebumi, duit kain kapan, duit kenduri...etc, lepas gak la mak ngan adik pompuan den buat downpayment Myvvv sebijik sorang. Hehehehehe.  


kat Kuantan, lepak kat padang tepi masjid. Dulu tempat tu ada kedai makan, ni dah jadi parking. Lama gak den tak ke Kuantan. Dah bertukar wajah.


Pastu balik. Geng Kuantan pandai. Ajak ikut jalan jauh dan panjang. Perh, membesit la. Mencanak YP Edy pergi. Cayalah Adi. Baru adjust clutch plate sikit, dah power. Hehehe. Motor orang, jammed kang, sapa nak menjawab.


Makan di Batu 12, pastu balik. Kurang2nya terhiburlah sikit jiwa lepas membesit. Abih nak buat camner, dah jiwa motor. Tapi keselamatan kena jaga beb.


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Pagi Ahad tu, saya dah terbangun awal. Dengar Adi keluar dalam kul 4 am. Jemput bebudak Klang yang baru sampai agaknya. Matahari dah nak naik, saya bangun, mandi siap2. Yang lain terbungkang lagi.



Bangunkan bebudak pakai ekzos RZ Edy. Baru sekor2 bangun. Liat betul. Tengok Adi tak ada lagi. Call Adi. Adi ada kat Hospital temerloh. Perh...dapat berita dari Adi, sorang budak Sijangkang accident, teruk. Putus jari. Mak aai. Ni mimpi ngeri setiap ketua atau pengatur konvoi. Nak je aku sambar YP terus ke Hospital Temerloh. Tapi bebudak camner? Program kena jalan walau sikitpun kat Kuantan. Nanti sia2, tak ada hasil.


Termenung kejap tepi motor. Camner nak buat. Pikir punya pikir, settlekan Kuantan dulu, baru terus ke Hospital Temerloh. Kebajikan members pun kena jaga.


Dah bincang dengan Gabanz, kumpulkan semua geng, minum kat Kuantan, ambik gambar baru ke Temerloh. Bila dah bersiap semua, macam biasa, Zahar bawak Yp, saya bonceng dengan Botak. Botak lagi. Tq Botak.




__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Sampai di Mobil, pikir2, nengok konvoi, rasanya membebankan saya kalau ikut ke Temerloh membonceng. Arah Botak hantar saya ke Terminal Bas Kuantan. Lepas tinggalkan guide pada Zahar, Lee dan Botak, terus beli tiket. Masa tu jam 12.45 pm. Nasib baik ada tiket kul 1pm. Mintak2 ok la diaorang tanpa pantauan saya. Risau gak.


Naik bas, dapat bas Tg. Keramat, ke Temerloh. Seat ada 42. Si bangang jual tiket tu jual 44 tiket. Lebih 2 penumpang. Saya lak kena kat belakang sekali. 4 seat dah 5 orang duduk. hampeh. dah la penat. Budak sekolah sebelah saya tu pulak tidur tak ingat. Sampai terbaring2. Cipan betul. Nak bersandar pun tak boleh. Nak marah, kesian lak. Biar je la. Bas lak ikut jalan lama. Perh...siksa siut.



Nak je aku sandar lenyekkan kepala budak tu. Kang tak bernafas lak dia. Heheheheh.



-- Edited by zackbikers at 01:36, 2005-07-05

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Sampai depan Hospital Temerloh, turun. Jumpa Adi. Jengok Wandi yang accident. Teruk gak. Nasib baik dia sedar. Perasan jugak dia muka saya. Salam2. Pastu doktor nak simen tangan dia, saya ke bawah dengan Adi. Lepak kejap sambil tunggu bebudak dari Kuantan tak sampai lagi.


Dah sampai bebudak, mintak Adi hantar saya ke Bas Stand Temerloh. Naik bas balik KL.


Tiket bas kul 7pm. Masa kul 5pm. Singgah kedai mamak, layan maggi goreng. Tu la makanan yang masuk dalam perut sejak pagi. Lega sikit. Alhamdulillah.


Bas sampai, terus naik. Tidur. Sampai KL kul 10pm.


Malam tu Zahar hantar tank bag. Check digi cam aku. Mintak2 gambar cantik. Nak masukkan dalam majalah.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Yer la tu. Ni perli ker puji Zura?


Apa tajuknya? Aku, Dia dan Perjalananku. Okay gak kan. Aku-abang, Dia- RD CLUB dan perjalananku-perjalanan sejarah RD CLUB & abang.


Okay. Nanti dalam proses.


Thanks Zura.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 69
Date:

assalammualaikum....


same2 prez....kite hidup sebagai sedare dan seumat,patut tolong menolong.


walaucamne pun cabaran dan dugaan la yg mengajar kite erti kesabaran.


setiap kejadian ade hikmahye.kite hidup berlajar dari ape yg berlaku.


emmm....enjoy gak kite lepak kuantan ari 2.tp program xdpt berjalan lancar.


demi persahabatan dan perhubungan yg berkekalan.semoge kite berjumpe lagi.


Yang Lame Dikekalkan.yang baru diteruskan.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Waalaikumsalam....


Thanks Gabanz. Banyak lagi program yang mendatang.


Biasalah, bak kata tok guru aku, Islam pun ada turun dan naiknya.


Begitulah juga kehidupan. Dan tanpa di sedari RD CLUB juga ambil konsep serupa.


Ada up and downnya. Tapi insyaallah ia tidak akan berkubur.


Gabanz, semua info ada pada Ah Tuck, sebagai sillah (perhubungan) antara KL dan Pahang. Maklumat terkini akan saya maklumkan pada Ah Tuck untuk dia sampaikan pada Adi dan seterusnya.


Berjumpa kita di program akan datang.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 37
Date:

Assalamaualikum, salam dari seberang selatan semenanjung!


Wah...hebat betul cerita brader zack...cobaan dia pun kuat.....


Syukurlah semua ok...kita kat sini pun boleh jadikan pengajaran dari experience brader zack dan lain2...


 


Once a biker, always a biker....



__________________
Love-Unity-Nobility-Carefree-Attributes-Innovation


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Waalaikumsalam Mr Luncai,


Salam untuk sahabat2 seberang.


Ya, ada pengajarannya, iaitu kalau nak ride sorang2, jangan bawak motor yang nak rosak. Heheheeh.


Tapi hikmahnya, berjumpa rakan baru yang menolong, dan membuktikan semangat persaudaraan tetap ada walaupun tak kenal, tetapi atas semangat real bikers, sanggup membantu. Kali ni rasa di tolong pula. Selalunya asyik menolong jer.


Dan kalau kesusahan menimpa, jika niat baik, akan sampai pertolongannya dari Tuhan.



__________________


Admin RD CLUB - Kuantan

Status: Offline
Posts: 425
Date:

huhuhu...dugaan paling hebat apabila awek kesayangan ditinggalkan di Kuantan...tapi tak mangapa, si awek tak kesunyian bila ditemani abg2 RD yg lain....hehhehhe...

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Ye la Tuck. Terasa kekosongannya. Nak turun malam minggu baru ni pun kena naik kereta. Nasib baik ada geng RD CLUB Penang temankan. Tak per. Awek koi berorientasi dengan kawan-kawan baru di Kuantan. Lagipun tengah di make over oleh Adi. Heheheh. Berimej baru awek koi. Tak sabar dia nak ke PD bulan depan ni.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 37
Date:

Betul tu, nasib baik ada insan mulia menolong.....
sebab tu kita kalau ada peluang untuk menolong orang pun tak patut kita tolak kan? Hari ni hari kamu, manalah tau suatau hari nanti menjadi hariku pula....

Hiduplah kita sebagai insan mulia, bersenjatakan Budi berperisaikan Bahasa....

__________________
Love-Unity-Nobility-Carefree-Attributes-Innovation


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Perh....berfalsafah dan bermadah semua. Cayalah. Baru dikatakan mat motor ni sebenarnya kreatif dan berjiwa seni sastera jugak. Heheheheh.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 364
Date:

antara karangan terbaik yang penah kubaca..


- penggunaan bahasa mudah difahami,


-penyampaian cerita jelas walaupun berkorban banyak duit habis..



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

 Ini ada bakat untuk tulis novel.......


 



__________________
Insan dicipta adalah untuk mentadbir dan menguruskan muka bumi ini dengan sebaik-baik mungkin bukan tanpa tujuan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard