Pada 3.2.2010 RD Club telah dijemput ke sidang media berkenaan isu kenyataan Datuk Nasir Safar dan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
RD Club telah menghantar wakil iaitu Mr. VP, Mr. Gondol a.k.a film star & Mr. Devan untuk menghadiri sidang media tersebut . Lando Zawawi juga hadir bersama ahli Virus MC sebagai wakil Dr. Moto..
Laporan bergambar akan menyusul..
-- Edited by zackbikers on Friday 5th of February 2010 05:01:48 AM
ada antara nya .. Datuk Nasir Safar Akan Letak Jawatan Sebagai Pegawai Khas PM
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka Selasa.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa malam berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." "Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.
"Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak.
"Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya," menurut kenyataan tiga perenggan itu.
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu, yang menyelar Nasir bagi kenyataannya itu berkata ia tidak mencerminkan pendirian kerajaan dan ia telah menyinggung perasaan kaum India Malaysia.
"Pandangan beliau jauh bertentangan dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di bawah gagasan 1Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata Nasir patut dihukum mengikut Akta Hasutan bagi kenyataan menghina itu.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC Shivarraaj malam ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu di Balai Polis Sentul di sini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan segera yang diambil oleh Najib sebagai respon kepada kenyataan menghina oleh Nasir menunjukkan keseriusan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia.
"Ini seharusnya menjadi pengajaran bagi memastikan kenyataan serupa tidak diulangi oleh mana-mana pihak. Kerajaan hari ini amat terbuka kepada sensitiviti semua kaum," kata Naib Presiden MIC.
kalau deven jadi bodygurd....aku tak berapa kecut.... tapi kalau gondol jadi bodygurd.......pergh...memang gua tak tunggu punyo.... terus den cabut.....tang perot ngan muke serius......!!!!
PUTRAJAYA: Bagaimanapun, Kelab Graduan 1Malaysia meminta Najib menimbangkan semula peletakan jawatan Nasir kerana kenyataannya disalah tafsir.
Timbalan Pengerusinya, Najieb Mokhtar, berkata Kelab Belia 1Malaysia yang mewakili lebih 3,000 graduan di seluruh negara berharap Najib akan menggunakan pertimbangan beliau untuk menyelesaikan salah faham itu.
Beliau dan 20 ahlinya ditemui ketika berkumpul di luar pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam, untuk menyatakan sokongan terhadap Nasir.