- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RD CLUB dalam Sinar 15 Disember 2009 - RD CLUB tolak Chin Peng

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RD CLUB dalam Sinar 15 Disember 2009 - RD CLUB tolak Chin Peng

RD CLUB dalam Sinar 15 Disember 2009 - RD CLUB tolak Chin Peng

-- Edited by zackbikers on Saturday 19th of December 2009 11:52:57 PM

__________________

Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

nie artikel terbaik antara sume artikel,orang mesti respek pasal kte sanggup anggat senjata skali ble perang,terbaeeekk

__________________

-ikmall-

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

perghhhh.....cayalah RD Club.....berbanggo nyo den......
ah lopeh nie leh la kito try aply kursus mengendali kereto kobal pulak....

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

tapi aku ada persoalan la berlegar di kepala nih..

sape lagi kejam..jepun ke komunis? nak diikutkan dua2 kejam..

knape ada diantara kita yang seperti terlalu mengagungkan org jepun tapi dalam masa sama menolak chin peng (komunis)?

komunis pun ada berjuang bersama2 org2 malaya menentang penjajah jepun dan british..

hmm..entahlah..mungkin ada fakta sejarah yang masih kabur bagi aku..

sekadar pendapat..

-- Edited by Kakolsr on Tuesday 22nd of December 2009 02:11:43 PM

__________________
Study....Study....Study... =_=

Vice Presiden

Status: Offline
Posts: 336
Date:

Semua org kejam bro.. Kejam pada org lain ataupun pada diri sendiri.. Tp yg wa tau jgn berlaku kejam pada binatang.. huhu..

Semua orang pun berjuang, tp kena ingat, perjuangan demi apa..? Untuk apa?

Sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh pemikiran dan dikaburkan oleh proses propaganda dan doktrinasi dari kecik lagi.. Sedar ke tak?

Sometimes senses can be deceiving.. What u always see doesn't happens just like u always wanted..

Iqra' bro.. Iqra'..

__________________

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

tu...bahaso omputih tu kiro siso peninggalan penjajah jugak la kan

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

Senior Member

Status: Offline
Posts: 161
Date:

siso siso sisu siso..huhuhu

__________________
m_d6e61d3309a941baa03d0235f4a733a6.jpgm_f78bd3720ce02ec8605dac4b375c8d85.jpgm_d93d1a33647044a5865924e9772e9706.jpg-tingTING-

Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

yp kuning wrote:

Semua org kejam bro.. Kejam pada org lain ataupun pada diri sendiri.. Tp yg wa tau jgn berlaku kejam pada binatang.. huhu..

Semua orang pun berjuang, tp kena ingat, perjuangan demi apa..? Untuk apa?

Sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh pemikiran dan dikaburkan oleh proses propaganda dan doktrinasi dari kecik lagi.. Sedar ke tak?

Sometimes senses can be deceiving.. What u always see doesn't happens just like u always wanted..

Iqra' bro.. Iqra'..

betul jugak tu..

zaman skang nih..

"appearence is totally different from reality"

sheikh imran hosein yang cakap gitu..

tapi selagi rd club bejuang menentang kezaliman..

saya akan menyokong penuh..

jal: utk memahami musuh first kita kena faham bahasa diorang..kalo tak, payah jugak nak buat risikan..

-- Edited by Kakolsr on Tuesday 22nd of December 2009 11:41:11 PM

__________________
Study....Study....Study... =_=

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Kakolsr wrote:

tapi aku ada persoalan la berlegar di kepala nih..

sape lagi kejam..jepun ke komunis? nak diikutkan dua2 kejam..

knape ada diantara kita yang seperti terlalu mengagungkan org jepun tapi dalam masa sama menolak chin peng (komunis)?

komunis pun ada berjuang bersama2 org2 malaya menentang penjajah jepun dan british..

hmm..entahlah..mungkin ada fakta sejarah yang masih kabur bagi aku..

sekadar pendapat..

-- Edited by Kakolsr on Tuesday 22nd of December 2009 02:11:43 PM

ko nak hidup dalam ideologi komunis ke man?

islam membenarkan fahaman komunis ker?

__________________

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin

Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.

Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusi komunis di Rusia menubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan

Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:

Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Perbandingan Komunisme dengan Islam

Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.

Kuliyah Jumaat 21 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

-- Edited by zackbikers on Wednesday 23rd of December 2009 07:37:26 AM

__________________

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

kiro2 komunis nie pahaman orang yahudi gak ko???
sekarang nie rusia tu masih negaro komunis lagi??

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

jadi kita (org islam) perlu menolak chin peng pasal dia komunis la..

zaman skang nih banyak ideologi yang seakan2 komunis..

freethinker@aethist pun tak percaya tuhan..

scientology pun lebih percaya kepada fakta2 sains daripada wahyu2 tuhan..

masa zaman mao zhe dong memerintah china dulu..

orang2 islam di china tetap terpelihara dan tak pupus..

semoga islam terus terpelihara sehingga hari kiamat..

__________________
Study....Study....Study... =_=

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

o5zal5speedo wrote:

sekarang nie rusia tu masih negaro komunis lagi??

komunis di rusia jatuh pada hujung tahun 1980an ketika era Gobarchev...
balasan sebab serang Afghanistan kot....
masa tu la Rusia berundur dari Afghanistan....

__________________

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Kakolsr wrote:

jadi kita (org islam) perlu menolak chin peng pasal dia komunis la..

zaman skang nih banyak ideologi yang seakan2 komunis..

freethinker@aethist pun tak percaya tuhan..

scientology pun lebih percaya kepada fakta2 sains daripada wahyu2 tuhan..

masa zaman mao zhe dong memerintah china dulu..

orang2 islam di china tetap terpelihara dan tak pupus..

semoga islam terus terpelihara sehingga hari kiamat..

kita menolak ideologi komunisnyanya kerana diri  dan penampilan dia dah sebati dengan komunis....

rd club tak nak amik risiko walaupun dia kata dia dah menyesal...
bila dia dibenarkan bertapak di malaysia...
nanti tiba2 fahaman komunis mula berkembang semula...

sapa yang susah??

mereka dan keluarga mereka jugak...
 
mende ni bukan saja boleh berkembang melalui peperangan (fizikal) tetapi melalui politik (ni lagi bahaya)...

memang Parti Komunis Malaysia (PKM) bekerjasama dengan British dan Singapura dalam menentang perjajahan Jepun ke Tanah Melayu masa tahun 1941...

dan Chin Peng ketika itu ketua PKM Perak banyak membantu Force 136 memasuki Tanah Melayu secara senyap....

tetapi kerana ideologinya sebagai komunis tu kita tak leh terima....

kalau tolak komunis tu, Chin Peng merupakan salah sorang pejuang negara jugak..

sayang seribu kali sayang.....

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

zackbikers wrote:

betul2...bkn leh pcaya kt manusia name Chin Peng ni....porak peranda negara nnt...ape2 hal,selamatkan bangsa melayu kita...agama kita...
harus diingat melayu hanya tinggal kuasa...kuasa pada politik...jatuh politik melayu...jatuh la kita..'merintih d negara sendiri...bumi pijak milik dimilik org'.......xsangup den...no

__________________
reza

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

bila aku terkenangkan peristiwa BUKIT KEPONG...
jiwa aku terasa PANAS,MARAH DAN DENDAM...
walau pun yang meninggal kat bukit kepong tu bukan SUKU-SAKAT,KELUARGAKU...
tapi dek yang meninggal dlm keadaan sengsara tu saudara SEISLAMKU....
dan sebahagian daripada keluarga POLIS DIRAJA MALAYSIA....
aku bantah dengan binatang yang bernama CHIN-PENG....
mengapa kita nak kesiankan dia nak masuk TANAH MELAYU......
dulu pernah ke die kesiankan ORANG MELAYU....???
die seksa ORANG MELAYU...
die bunuh ORANG MELAYU...
die rogol ORANG MELAYU...
dia bakar rumah ORANG MELAYU...
die cacatkan tubuh badan ORANG MELAYU...

walaupun luka yang lama,dah ditinggalkan parut yang belum kering...
janganlah kita kopek parut tu,takut nanti meleleh darah...

ikan betuk di tengah sawah...
ikan puyu di rawa-rawa
ingatlah pesan datuk HANG TUAH...
TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

hang_tuah.jpg

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

__________________
reza

The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Waaa...den bangga ng rd club

__________________
 
Veteran Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:

aku sokong tang jepon nie adlah jentera nye je motor rd.......hehehe

__________________
dlul_63d6aad7e3d54f17b47555306c58c273.jpgskrngl_b16604a7c269414097da4cf1f0e8bb30.jpg

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

jepun dulu angkuh sebagai tentera yang mengusai dunia setelah jerman..

namun negaranya hancur bila Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki iaitu serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun mengumumkan penyerahan kalah kepada pihak Berikat, lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada 2 September lalu menamatkan Perang Dunia II, Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi, pengalaman pemgeboman ini menggesa Jepun untuk mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjaa nuklear.

Namun kini Jepun bangkit semula sebagai negara ekonomi mengalahkan Amerika....

Semangat perjuangan Jepun bangkit dari kemusnahan yang perlu di contohi...

tapi kekejaman Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu jangan sesekali kita lupakan....

__________________

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

jepun lah satu-satunya negara asia yang maju sekali......
aku doakan supaya malaysia dapat jadi negara paling maju suatu ari nanti

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

jangan lupa jal....

walupun maju...gejala sosial mereka di tahap tertinggi..

pro n kontra sentiasa ada pada setiap kejayaan...

__________________

UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

jepun ke......bukan gegala sosial paling tinggi amarika ko????

__________________

images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Senang cte dua2 sosial tahap xtau malu

__________________
 
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard