- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Solat semasa berkonvoi


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:
Solat semasa berkonvoi


Salam..

sy ingin mencadangkan supaya di tetapkan beberapa checkpoint utk ahli2 RD Club menunaikan solat...

sambil2 sejukkan moto tu leh sejukkan hati.biggrin.gif

perjalanan pun dilindungi.smile

ape pendapat kawan2?

-- Edited by Kakolsr on Tuesday 18th of August 2009 03:35:36 AM

__________________
Study....Study....Study... =_=


Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:

betul betul .. merancang sebelum perjalanan adalah terbaik ..


__________________



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

kita leh buat solat jemaah sama-sama,kan sesungguhnya solat berjemaah itu,lebih afdal dari sembahyang secara solo....biarlah nampak dalam kita bersuka ria,tetapi tidak melupakan suruhan ALLAH S.W.T..........

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Boleh. memang rd club berhenti di checkpoint bagi keselesaan semua peserta termasuk untuk bersolat. 

Saya cadangkan supaya kita solat jamak kerana agama dah bagi kemudahan bagi kita menyenangkan solat lebih2 lagi kita berkonvoi tu perjalanan agak jauh melebihi 2 marhalah.


__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

saya setuju!
utk perjalanan melebihi 2 marhalah (90km) boleh lah kita berjemaah dan jamak skali..cari la RnR yang sesuai dipertengahan jalan.
menggunakan segala kemudahan yang ada..tak lama pun, tak sampai 10 min..
saya cdgkan abg zam jadi imam :)

satu lagi, sblum konvoi bermula kita baca doa dlu ramai2..amik berkat sket

__________________
Study....Study....Study... =_=


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Kakolsr wrote:

saya setuju!
utk perjalanan melebihi 2 marhalah (90km) boleh lah kita berjemaah dan jamak skali..cari la RnR yang sesuai dipertengahan jalan.
menggunakan segala kemudahan yang ada..tak lama pun, tak sampai 10 min..
saya cdgkan abg zam jadi imam :)

satu lagi, sblum konvoi bermula kita baca doa dlu ramai2..amik berkat sket




eman kena jadi tukang ingatkan ler....

kalau tak luper.....

semua leh jadi imam.....

gilir2....smile


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

 

Syarat-syarat solat qasar

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
  • Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  • Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.


__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

idea yang bernas,jangankan time konvoi,tentera kita yang kat hutan 2 pon solat gak glir2 sentri,insya allah perjalanan diberkati

__________________

-ikmall-



Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

ehheheee renung2kanlah kawan2...

orang dahulu melalui perjalan hanya berjalan kaki.... tetapi.... kiter nihhh

(lu pikiq la sendiri....)))

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif

sir


RD CLUB Senior Members

Status: Offline
Posts: 260
Date:

BAGUS BETUL RD CLUB NI............

__________________


Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard