- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kekejaman Israel- Zionist terhadap Palestin


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Kekejaman Israel- Zionist terhadap Palestin


PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 28 DISEMBER 2008
( sumber : UTUSAN ONLINE )



Penduduk Palestin membantu seorang wanita yang cedera parah dalam serangan udara Israel di bandar Gaza semalam

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.

Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.

Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.

Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.

Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.

Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.

Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.

- Agensi




-- Edited by zackbikers on Thursday 10th of June 2010 09:37:49 PM

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RE: Kekejaman Israel


Baca buku ni. Memang dapat banyak maklumat.



RM20 sahaja.

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



Ada suara2 sumbang mengatakan penduduk Palestine tidak akan dapat mengalahkan tentera Israel menggunakan kayu dan batu sedang kan tentera Israel lengkap dengan peralatan dan kelengkapan perang yang canggih.

Tapi itu yang termampu meraka buat. Sempadan semua ditutup. Mesir pun menutup sempadan. Jika ubat2an pun dilarang dibawa masuk, apalagi senjata bagi mempertahankan diri.

Jila di tahun dulu pejuang Islam Palestin menggunakan batu dan kayu, namun akhir2 ini mereka berusaha mencipta kelengkapan perang sendiri walaupun tidak sempurna. Mereka berjaya menghasilkan beratus2 roket ciptaan sendiri yang daoat menentang tentera Israel walaupun tidak sehebat mana.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi SAW menjawab,Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun kamu terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya: Apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab: Cinta pada dunia dan takut mati.
(Hadis Riwayat Abu Daud)


ps: Aku harap geng2 RD CLUB ni tak kena penyakit 'wahan' smile



__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

zackbikers wrote:




 mana adil cam nie....kalau betul israel kuat,turun la dari keta kebal tu,fight one by one.....ISRAEL PENAKUT.....PENGECUT......TAK DE TELO....EEEEEEEEEEEEEEEEEEE...GRRRRRRRRR
GERAMNYE AKU..........KALAU ISRAEL DTG MALAYSIA,NAK PERANG AKU ORANG PERTAMA PEGANG GPMG TEMBAK SEKOR-SEKOR BINATANG TU.....AKU AKAN SIAT-SIAT KULIT DIA,PAS TU AKU CURAH NGAN ASAM LIMAU BIAR DIE PEDIH....AKU KERAT-KERAT DIA PAS TU LAST SEKALI AKU CAMPAK DALAM API BIAR DIE MATI TERSEKSA.....................YA ALLAH YA TUHAN KU,AKU BERDOA SUPAYA ORANG-ORANG ISRAEL DILANDA MUSIBAH KERANA NEGARA MEREKA TELAH MENYEKSA UMAT-UMAT MU DI PALASTIN..........AMIN....



__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:

xdpt den nk gambar ngan kata2...kenape la negara2 arab xbersatu..doa je la yang mampu..kte..wat..sama2 la kte brdoa...

__________________

PEACE NOT WAR..



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

kita kena terapkan slogan"APE YANG PENTING,KERJA SAMA"

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

 

Surah Al Maa'idah

21. Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu[409], dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.

22. Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya."

23. Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman."

24. Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja."

25. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu."

26. Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

aku tak nak jadi orang penakut...

aku tak nak jadi orang fasik....

jika ada pelawaan untuk aku masuk ke kota itu untuk berperang...

insyaallah aku akan turut berjuang....





__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

o5zal5speedo wrote:

zackbikers wrote:




 mana adil cam nie....kalau betul israel kuat,turun la dari keta kebal tu,fight one by one.....ISRAEL PENAKUT.....PENGECUT......TAK DE TELO....EEEEEEEEEEEEEEEEEEE...GRRRRRRRRR
GERAMNYE AKU..........KALAU ISRAEL DTG MALAYSIA,NAK PERANG AKU ORANG PERTAMA PEGANG GPMG TEMBAK SEKOR-SEKOR BINATANG TU.....AKU AKAN SIAT-SIAT KULIT DIA,PAS TU AKU CURAH NGAN ASAM LIMAU BIAR DIE PEDIH....AKU KERAT-KERAT DIA PAS TU LAST SEKALI AKU CAMPAK DALAM API BIAR DIE MATI TERSEKSA.....................YA ALLAH YA TUHAN KU,AKU BERDOA SUPAYA ORANG-ORANG ISRAEL DILANDA MUSIBAH KERANA NEGARA MEREKA TELAH MENYEKSA UMAT-UMAT MU DI PALASTIN..........AMIN....




 amin..



__________________



Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

hati memang dah kering dah budak nihhh
dah x takot dgn matii itu lahh salah satu contohh
mempertahankan negara....

jangan lah takut hukuman dunia nihhh
semestinyer sudah tertulis aper yang terjadi setiap insannn

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

BUMI PALESTIN

Sehingga tamatnya Peperangan Dunia Pertama, Palestine masih merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah Islam.  Empayar Uthmaniyyah merangkumi Afrika Utara, Semenanjung Arab, melalui kawasan Laut Hitam ke Laut Adriatik.  Empayar Uthmaniyyah merupakan kerajaan yang paling bertimbang-rasa sejak berkurun lamanya dan menjadi tempat perlindungan bagi golongan penganut agama minoriti di Eropah terutamanya, tetapi bukan satu-satunya, bangsa Yahudi.  Sifat timbang-rasa ini adalah kerana Empayar ini meletakkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai asas perlembagaan dan undang-undangnya.  

Di dalam negara Islam yang luas ini memang tiada sempadan-sempadan geografi.  Secara umumnya kawasan di mana bumi Palestin ini berada dikenali sebagai sebahagian daripada Selatan Bilad al-Sham.  Di dalam kawasan ini jugalah letaknya negara-negara  yang kini dikenali sebagai Syria, Jordan dan Lebanon.  Selepas Peperangan Dunia Pertama, Palestin telah dipisahkan daripada kawasan tersebut oleh penjajah British.  Untuk kali pertaman di dalam sejarahnya, Palestin menjadi sebuah negara dengan sempadan-sempadan yang dikennal-pasti dan keluasan seluas kira-kira 10,429 batu persegi.  Sempadan-sempadannya adalah; Sungai Jordan di sebelah Timur, Laut Mediterranean di sebelah Barat, Lebanon di sebelah Utara manakala di sebelah Selatannya, Gurun Sinai dan Teluk Aqabah.  



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

PALESTIN DI DALAM ISLAM

Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur'an dan juga Hadith Rasulullah SAW.  Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di laur tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.  

Baitul-Maqdis  di Palestin inilah merupakan tempat fokus Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.  Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya,"       " Al-Isra' ( :1)  
"Glory be to the One who took his servant on a journey by night from Al-Masjid Al-Haram in Mecca to Al-Masjid Al-Aqsa whose precincts we have blessed....." Holy Qur'an, Surah Isra', Verse 1.  

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan: "Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram.  Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari  

Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam.  Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah.  Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.  

Solat di Masjidil-Aqsa ini adalah serupa dengann 500 kali solat di mana-mana masjid lain kecuali Masjidil-Haram di Makkah dan Masjidin-Nabawi di Madinah. Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." Tabarani  

Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.  

Setelah mentelaah ayat-ayat Qur'an, Hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga sikap para sahabat Rasulullah SAW, tiada minda yang sihat boleh menafikan bahawa Palestin, bumi yang mulia lagi suci adalah sangat tinggi kepentingan dan keistimewaannya kepada seluruh ummah ini.  
  

PALESTIN DI DALAM SEJARAH ISLAM

Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW.  Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam (Laa ilaaha illallah) dan tidaklah wajar untuknya diperintah oleh sesiapa melainkan mereka yang menegakkan Islam dengan melaksanakan perundangan dan perlembagaannya.  

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.  

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.  

Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.  

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin.  Sebelum kemenangan Islam, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine.  Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran.  Kerajaan Islam bagaimanapun, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.  

1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad.  Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.  

1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.  

1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.  

1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi.  Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan merea memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.  

1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.  British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin.  British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.  

1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel.  Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.  

1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa.  Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya.  Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan.  Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.  
  

December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu.  Intifada terus hidup dan bertambah kuat.  Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.  
  

APAKAH KONFLIK YANG SEBENAR

Apabila direnungi akan keistimewaan dan kepentingan Palestin pada kacamata Islam dan peranan yang telah dimainkannya sepanjang sejarah Islam, konflik ini sebenarnya adalah konflik ketamadunan yang berlangsung di antara dua pihak; di satu pihak, Tamadun Islam dengan perundangan Rabbaninya dan tanggungjawab membentuk sistem kemasyarakatan yang penuh dengan keadilan dan kebebasan di muka bumi ini sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT; dan di satu pihak lagi, Tamadun Barat dengan budaya materialisme, pendewaan keturunan dan negara, malah juga penafian akan  kebesaran Allah SWT.   

Kewujudan sebuah 'Negara Yahudi' di tengah-tengah dunia Islam dan penaklukan Masjidil-Aqsa adalah simbolik kelemahan Ummah Islam dan juga sikap orang-orang Islam yang menyimpang dari landasan Islam sambil mendabik dada dengan ideologi-ideologi asing lagi syirik yang ditanamkan oleh musuh-musuh Islam.  Masjidil-Aqsa, Baitul-Maqdis dan bumi Palestin yang suci ini bukannya kepunyaan orang-orang Palestin atau Arab sahaja tetapi adalah hak setiap orang Islam. Hanya apabila umat Islam kembali kepada Islam dan melihat konflik ini dalam ertikatanya yang sebenar, bumi bertuah ini akan kembali dibebaskan sepertimana yang telah dilakukan pada kurun yang ke-12 oleh Salahuddin Al-Ayubi. Walaupun beliau bukan seorang Arab, akan tetapi beliau faham akan tanggungjawabnya dalam menangani persengketaan ketamadunan di antara Islam dan Barat, di antara Iman dan Kufur.  



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Wahai para pejuang Ummah ini, 
Jangan kamu sekali-kali lupa, sejak lebih 800 tahun yang lalu,
Palestin dan Baitul-Maqdis berada di bawah kekuasaan hamba-hamba Allah SWT
yang beriman selama lebih 700 tahun 
Dan bumi suci ini baru berada di tangan kuffar 
hanya sejak 80 tahun yang lalu.
 
Salahuddin Al-Ayubi telah mengambil kembali bumi bertuah ini 
setelah kuffar menjajahnya hanya selama 88 tahun. 
Insha-Allah kita akan mengambilnya kembali juga.
 
Cuma ingatlah, 
Wahai para pejuang, 
Salahuddin Al-Ayubi mengambilnya kembali pada 1187  dengan 
Jihad Fi Sabilillah. 
Kini, bagaimanakah kita akan mengambilnya?
Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar


__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:
RE: Kekejaman Israel- Zionist terhadap Palestin


dah name pon israel,yahudi laknatullah.memang dasar sialan,,,,,,,zal po0lis pon ada kai gpmg gak ke,aku ngatkan askar jer kai gpmg,lmg ada kai x,berat 2 gpmg.nak bawak kaki die je pon da lotih lutot,haha.

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Israel menggunakan white phosphorus menyerang sekolah2 di Gaza

Apa itu white phosphorus?

white phosphorus adalah sejenis bahan kimia yang berbau seperti halia dan cepat bertindak balas dengan oksigen mengeluarkan api dan asap putih. Kesan white phosphorus ialah ia membakar kulit dan daging meninggalkan tulang saja pada badan manusia.

Kejamnya Israel!! Serangan Israel ke UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE


























__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

cilaka la yahudi zionis ni..

budak2 diserangnya pakai kapal terbang..perang depan2 takut pulak

palestin tempat paling senang nak dapat syahid..untung org2 kat sana

kat malaysia, mat rempit mati tegolek, mati katak..

oh malaysia ku

__________________
Study....Study....Study... =_=


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

bebudak mat rempit kat malaysia ni mati yang sia-sia,,,,,,kesian aku tengok die orang kat sana,berperang

-- Edited by o5zal5speedo on Wednesday 28th of October 2009 09:27:59 AM

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Senior Member

Status: Offline
Posts: 139
Date:

ISRAEL IS NOT A COUNTRY...

__________________

www.rxzmalaysia.4umer.com
<a href="http://youthsays.com/go/h-d"><img src="http://youthsays.com/images/macam-1.jpg" /></a> 
<a href="http://youthsays.com/go/h-d"><img src="http://youthsays.com/images/opinion-1.jpg" /></a>



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

YEAH BABEH......COME FIGHT US.........

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Lebih lima juta rakyat Palestin dihalau keluar tanpa boleh kembali semula ke Pelestin. Rejim Zionis Israel yang datang ke Pelestin seterusnya merampas tanah-tanah milik rakyat itu scara paksa dan perjanjian-perjanjian kosong menggambarkan sikap sebenar mereka yang ingin menguasai Palestin seluruhnya.

Malah ia juga dalam perancangan jahat the elders of Zions yang mahu menguasai seluruh dunia. Perancangan mereka bermula dengan pembinaan Pusat Pemerintahan Israel Raya yang terletak di antara Sungai Nil (di Utara AFrika) dan Sungai Furat (di Iraq).

Dalam perancangan 100 tahun generasi awal Zionis yang dipelopori Theodre Hertzl menggambarkan pembinaan Israel Raya sebagai asas kepada penguasaan mereka seluruh dunia. Rejim Zionis berjaya kini dan Pelestin telah hilang dari peta dunia.

Hanya Gaza yang masih menjadi duri dalam daging kepada Israel yang mempunyai ketamakan nafsu yang luar biasa. Gaza adalah pertahanan terakhir umat Palestin yang hakiki. Pada hakikatnya semua tempat di Palestin, termasuk tebing barat telah dikuasai Rejim Israel kecuali Gaza. Di Gaza tidak ada walaupun seorang penduduk Yahudi membuat penempatan mereka. Selepas Gaza, Israel tidak teragak-agak untuk meneruskan penjajahan mereka di luar Palestin.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

o5zal5speedo wrote:

bebudak mat rempit kat malaysia ni mati yang sia-sia,,,,,,kesian aku tengok die orang kat sana,berperang

-- Edited by o5zal5speedo on Wednesday 28th of October 2009 09:27:59 AM




impian aku mat2 rempit kat malaysia ni diberi ilmu ketenteraan dan senjata mencukupi..dihantar ke palestin bagi mempertahankan palestin dan islam dari zionis dan israel...

aku lah yg mula2 tawarkan diri insyaallah..


 



__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

kalau aku dapat pesawat zero yg zaman jepun punya tu pown ok....bawak bom atom......lempar kan kat israel......pas tu lari la.....balik ke pengkalan....amek bom antrax pulak

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

diharap dunia menggambil tindkan untuk membenteras kekejaman zionis..
ak cdangkan stu dunia antar 2 buah kpal jew tgk dia bleh lwan kew tidak..memg zionis laknat x sedar yang dia menumpang atas tanah allah..

diharap zionis akan dapat azab truk sperti kisah2 nabi dahulu..
ksi pengajaran supaya tidak angkuh dengan kekuasaannya yang x seberapa itu kerana tiada kuasa lain yang dpat menandingi allah..




wah ak bleh jdi pencermah lew..biggrinbiggrinbiggrin

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Nasib 11 rakyat kita masih samar

Oleh Haspaizi Mohd Zain, Sukhairi Abd Thani dan Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/06/01

Dua krew TV turut berada atas kapal

SHAH ALAM: Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.

Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal itu berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani, pada sidang media di sini, berkata ketika menghubungi bahagian komunikasi di Gaza pada jam 3.15 petang semalam, beliau dimaklumkan lebih 10 mangsa terbunuh dan 30 cedera dalam kejadian itu.

"Saya hanya sempat membuat panggilan telefon tidak sampai dua minit dan diberitahu sebarang komunikasi atas kapal Mavi Marmara sudah diputuskan oleh Israel," katanya dan menambah misi bantuan kemanusiaan itu membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan, antaranya ubat-ubatan bagi pesakit kanser di Gaza, selain pakaian dan makanan.

"Kapal Induk Marvi Marmara adalah satu daripada tujuh kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan. Ia diserang ketika menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi diketuai sebuah NGO dari Turki, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan kapal Marvi Marmara yang dinaiki sukarelawan Malaysia diserang jam 11 pagi," katanya.

Beliau berkata, ketua misi LL4G, Noorazman ketika dihubungi sebelum ini berkata tidak ada sebatang paku pun dalam kapal itu untuk sebarang tujuan tidak baik dan misi hanya untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza tetapi Israel dalam kenyataannya menyatakan tembakan bermula daripada kapal Mavi Marmara sebelum dibalas oleh tenteranya," katanya.

Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, mengesahkan Ashwad, 26, dan Shamsul Kamal, 43 wartawan berada dalam kapal Mavi Marmara tetapi sehingga malam tadi, tidak dapat menghubungi mereka.

Kami masih gagal menghubungi mereka selepas serangan pada awal pagi tadi (semalam). Kami masih menunggu sebarang maklumat daripada penganjur dan pihak berkuasa, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua krew berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei sebelum ke Pelabuhan Antalya, untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.

Sementara itu, sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza tahu Mavi Marmara diserang dan merancang untuk terus maju.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Gaza Under Siege



__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard