ANTARA demonstrasi tempur tanpa senjata pada majlis pelancaran Latihan Ketenteraan Askar Wataniah 2009.
WARGA kota Kangar, ibu negeri Perlis, hujung minggu lalu gempar apabila perimeter Kompleks Kayangan Square yang terletak berhampiran titik 'zero kilometer' di tengah-tengah bandar, dikelilingi ratusan tentera lengkap bersenjata.
Malah, kehadiran segerombolan anggota tentera kira-kira jam 1 petang itu, turut digamatkan lagi dengan dentuman beberapa letupan hasil tembakan senjata berat terutama tiga kereta perisai milik Tentera Darat Malaysia (TDM).
Tiba-tiba, lima anggota komando bersenjatakan raifal 'Styer' muncul di sebalik kepulan asap tebal yang memenuhi ruang udara, termasuk seorang daripada mereka dilihat membawa sebuah beg dikatakan mengandungi 'kunci khas' kepada misi serangan petang terbabit.
Selepas menuruni jejantas tinggi yang menjadi kubu pertahanan utama menggunakan teknik 'abseiling', ketua unit pasukan khas terbabit sambil ditemani empat anggota komando kemudian membawa beg terbabit untuk dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail.
Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) kemudian mengeluarkan kunci khas di dalam beg terbabit, sekali gus mencemar duli menggunakannya untuk menyempurnakan misi pelancaran Latihan Ketenteraan Askar Wataniah 2009.
Ketangkasan dan kepantasan dipertontonkan lima anggota komando terbabit, termasuk warga Askar Wataniah yang lain sempena pelancaran latihan ketenteraan terbabit, berjaya memukau lebih 1,000 masyarakat awam yang hadir memenuhi ruang legar pekarangan Kompleks Kayangan Square, yang menjadi tapak utama perasmian.
Selain itu, pelbagai pertunjukan menarik turut disediakan, termasuk persembahan tangkas 30 anggota melalui demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) serta teknik pengesanan dadah dan demonstrasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) TDM serta Polis Diraja Malaysia.
Turut disediakan ruang pameran membabitkan pelbagai agensi, termasuk daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Kesihatan dan pelbagai jabatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri.
Baginda Raja Muda Perlis ketika bertitah mengajak semua belia dan remaja yang hadir tanpa mengira bangsa dan jantina terutama di negeri berkenaan, beramai-ramai menyahut cabaran membuktikan semangat kental dan patriotisme yang mantap dalam diri masing-masing, dengan menyertai askar wataniah.
Titah baginda, semangat sedemikian tidak harus dipersiakan dan semua rakyat harus menyedari hakikat bahawa negara yang menjadi tanah tumpah darah ini, hanya satu dan mesti dipertahankan daripada sebarang bentuk ancaman walau dalam apa cara sekali pun.
Baginda bertitah, dengan menjadi seorang anggota wataniah, latihan ketenteraan yang diberi membuka peluang untuk mereka merasai, mengalami dan mempraktikkan kehidupan sebagai anggota tentera, di samping dapat mengenali nilai 'regimental' dan perubahan doktrin yang menjadi darah daging kepada seorang anggota tentera.
"Malah, saban hari secara langsung atau tidak, diri masing-masing dilengkapi pelbagai nilai tambah positif untuk menjadikan anda lebih berani, berdisiplin, patuh kepada arahan, mempunyai semangat setia kawan, saling bekerjasama, taat setia dan bermotivasi dalam menjalankan tugas.
"Nilai dan sikap terbabit adalah teras untuk membolehkan sesebuah negara dan organisasi mencapai visi dan misi dengan cemerlang, termasuk membantu mengurangkan perasaan gerun dan gentar kepada mana-mana pihak yang berhasrat mengganggu-gugat kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara," titah baginda.
Baginda bertitah, sebagai benteng kedua pertahanan negara, seluruh anggota sukarela Askar Wataniah tentera darat perlu memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan secara penuh matang, profesional dan penuh komitmen.
Baginda bertitah, mereka juga harus memastikan anggotanya mempunyai minda yang terbaik, kepimpinan yang berkualiti, tahap kesiapsiagaan yang tinggi, latihan dan kecergasan yang mantap.
Pada masa yang sama, titah baginda, bantuan peralatan persenjataan yang terkini akan dapat memenuhi keperluan dan realiti pertahanan semasa.
"Sains ketenteraan kini semakin berubah ke hadapan sepantas perkembangan teknologi maklumat. Perubahan senjata, fisiologi dan tahap kepiawaian seseorang tentera itu mesti berubah seiringan, untuk berjaya di medan pertempuran, mahu pun peperangan," titah baginda.
hehehee zalll ader peristiwa hatm dak ikmal gerenti x leh terima nyer masa main panitball.... klau nak tau zal ko kene tanyer dia sendirii..... hehehheeee
ala ley trun kl g 7 renjer same2 skot,bile lagi nak try m4 maa.ss16 ada kem er,bru aku tau,aku 515 kem wangsa kramat,kl,ko rekrut kat kem sg buleh ea skot
Masa Jepun menyerang Malaya, beberapa pemuda Melayu menubuhkan pasukan gerila menentang tentera Jepun yang dibantu oleh tentera British. Pasukan di Pahang digelar WATANIAH, daripada perkataan Arab iaitu WATAN (negeri). Wataniah ketika itu diketuai oleh Yeop Mahidin Bin Mohamed Shafiff (yang dikenali sebagai Bapa Wataniah). Pasukan Wataniah itu juga berasal dari Force 136. Kira Wataniah ni antara pasukan tentera yang terawal selepas pengunduran tentera Jepun.
ps: Mal..ko patut bangga Mal masuk Wataniah....kalau ikut sejarah..Wataniah ni kira antara pasukan tentera tertua dan lebig kurang sama level dengan RAMD.Tak caya ko leh baca dalam buku Force 136: Harimau Malaya
sape yang tau sejarah tau la bende nie bang,yang x tau sejarah je byk mulut ckp sedap ikot tokak jo,wlupun wataniah nie rekrut sebulan je lau compare ngn regular 6 bulan,TAPi sebulan tu yang gila babi pasal rekrut 6 bulan punya silibus di jadikan sbulan,memang hilang akal la masa rekrut jap,orang awam kadang pandang rendah kat wataniah,tpi cube masok dulu baru ley cite la,try dulu baru tau penangan die,nie rektut pon x tpi ckp macm die tu askar tetap,walupun kite nie masuk wataniah,kite boleh tukat unit lain,antara sanggup ngn tak sanggup jek nak pegi kursus tu,contohnye kursus payung terjun(airbone) ngn kursus komando,lau ada bran boleh jek nak amik,ni ada setengah tu baru rekrut da kuar baris,lagi kan nak amik kursus yang gila babi camnie,