- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SKUAD Latihan uji kesiapsiagaan tentera


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
SKUAD Latihan uji kesiapsiagaan tentera


Latihan uji kesiapsiagaan tentera

Oleh Mustafa Ngah Mansor

Eksesais Gerak Pantas ukur kecekapan mental, fizikal pasukan elit TD

DUA jambatan penting di Perak ditawan semula daripada musuh oleh pasukan elit Tentera Darat (TD) selepas berlaku pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

Pasukan elit TD yang dikenali sebagai Pasukan Aturgerak Cepat 10 Briged Para yang dibawa khas melalui operasi udara, berjaya menumpaskan musuh tanpa disedari oleh penduduk di sekitar dua jambatan terbabit kerana kebanyakan mereka sedang diulit mimpi.


Dua jambatan itu ialah Jambatan Datuk Sagor dekat Kampong Gajah dan Jambatan Sultan Yussuf, Batu Lima, Teluk Intan yang menjadi penyambung utama ke kawasan komersial dan pertanian di negeri ini.

Tiada sebarang kecederaan berlaku di pihak TD sebaliknya beberapa musuh berjaya ditumpaskan selain saki-bakinya ditawan.

Itu kemuncak daripada segmen Latihan Gerak Pantas siri 17 bagi tahun ini membabitkan kira-kira 1,000 anggota tentera.

Latihan itu turut mendapat bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang bersama-sama berjaya menguji tahap kesiapsiagaan tempur masing-masing.

Latihan itu antara lain bertujuan menguji kecekapan dan kemampuan anggota dari aspek mental dan fizikal di samping memupuk semangat setia kawan dan kerjasama di kalangan mereka.

Komitmen setiap anggota menjadi tunggak kejayaan misi itu yang digabungkan antara kemahiran individu dan semangat daya juang tinggi.

Penerjunan memang berisiko, namun berkat kemahiran yang dimiliki anggota, ia tidak membabitkan kemalangan jiwa kecuali ada sedikit kecederaan ringan dan ia menjadi lumrah dalam mana-mana operasi tentera.


Anggota PAC 10 Briged Para bersedia bergerak mencari kedudukan musuh di kawasan sawah padi Felcra Changkat Lada Mukim Kota Setia.

Pemangku Panglima 10 Briged Para, Kolonel Hasagaya Abdullah, berkata kecederaan ringan adalah perkara biasa dalam latihan peperangan, termasuk dalam Eksesais Gerak Pantas ini.

Katanya, latihan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan dan matlamat merampas semula dua jambatan penting itu berhasil.

Latihan terbabit sebagai kemuncak kepada perancangan yang sudah diatur sejak tiga bulan lalu dan hasilnya amat memuaskan.

Latihan menonjolkan semangat jitu di kalangan anggota terbabit yang masing-masing berbekalkan kemahiran dari aspek teknikal dan rahsia peperangan.

Menguji kemampuan minda dan mempraktikkan segala teori antara tujuan yang terkandung dalam latihan, katanya yang turut menyifatkan latihan akhir tahun ini turut menguji keupayaan anak buahnya.

Hasagaya berkata, TUDM turut membantu menggugurkan penerjun dan peralatan berat, termasuk meriam, kenderaan tempur dan senjata bantuan untuk membantu serangan dalam latihan itu bagi memastikan operasi berjaya.


Pesawat C130 TUDM membawa 540 penerjun yang dikenali Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) 10 Briged Para.

Beliau berkata, Eksesais Gerak Pantas itu menjadikan kawasan sawah padi Felcra, Changkat Lada Mukim Kota Setia sebagai lokasi peperangan olok-olok turut mendapat perhatian penduduk.

Ramai penduduk pada kedudukan di luar zon peperangan berpeluang menyaksikan aksi lebih 540 penerjun dari tiga pesawat C130 TUDM pada hari pertama serangan dan pesawat sama menerjunkan enam peralatan tentera pada hari kedua.

Antara peralatan terbabit ialah kenderaan supacat (enam roda), gun tower, meriam, kenderaan senjata bantuan dan lapan laras mortar berkeupayaan tinggi, semuanya selamat sampai ke bumi dan sedia diatur gerakkan.

Selepas tamat latihan, sebahagian daripada anggota tentera berkenaan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Muhajirin Seberang Perak sebagai menghargai kerjasama penduduk setempat.



__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

jaga dauss dia nak try ko tuu

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

aLONg_kEPOng wrote:

jaga dauss dia nak try ko tuu


 lth tu buat lthn prg olok2 ni



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Kecekapan 10 Briged Para, PUTD dan TUDM teruji

Sumber: Utusan online

MENYEDARI tanggungjawab besar Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) 10 Briged Para sebagai barisan awal menjaga keamanan negara, satu latihan ketenteraan telah dijalankan dari 14 hingga 21 November lalu.

Eksesais Gerak Pantas Siri 17 2008 itu dijalankan di Kota Setia, Seberang Perak berhampiran kawasan sawah padi yang terbentang luas.
Misi utama mereka ialah menawan semula Jambatan Dato Sagor dan Jambatan Sultan Yusoff yang telah dirampas oleh pihak musuh.

Pengarah Eksesais, Kolonel Hasagaya Abdullah ketika ditemui berkata, pasukannya itu yang mahir dalam menggunakan payung terjun tidak boleh gagal dalam misi berkenaan.
Beliau yang juga Pemangku Panglima 10 Briged Para berkata, ini kerana sebarang kegagalan akan menjejaskan pelan peperangan pihak atasan secara keseluruhan.
Justeru, katanya, latihan tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan.

Kata beliau, dalam operasi seperti itu, pihaknya akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bagi memastikan anggota dan segala peralatan peperangan dapat sampai ke medan tempur dengan cepat dan selamat.

Dalam latihan ini, kami bukan saja mengerahkan 480 anggota PAC terjun dari paras ketinggian 1,000 kaki ke zon pengguguran yang telah dikenal pasti selamat.
Kami juga menurunkan kenderaan- kenderaan dan alat peperangan bagi memerangi musuh daripada pesawat yang terbang pada paras ketinggian kira-kira 720 kaki, katanya.

Menurut Hasagaya, secara keseluruhan, eksesais itu mencapai objektif apabila kekuatan tentera yang dikerah berjaya menawan semula kedua-dua buah jambatan terbabit.

Kata beliau, ia jelas membuktikan bahawa PAC 10 Briged Para mampu menjalankan tugas mempertahankan negara dengan pantas dan berkesan.

Jelasnya, berdasarkan latihan tersebut, pihaknya dapat menguji kecekapan anggota dan segala aspek yang diperlukan dalam sesuatu peperangan.

Dari segi komunikasi, kami berjaya mendaratkan ratusan tentera dan puluhan peralatan bersama kenderaan perang dengan begitu kemas.

Lebih membanggakan, kerjasama erat antara 10 Briged Para dengan TUDM dan PUTD begitu baik dalam menjayakan misi latihan ini.

Tanpa bantuan dan kerjasama padu daripada mereka, sudah tentu sukar bagi PAC 10 Briged Para menjalankan misi seumpama ini, katanya.

Kata Hasagaya lagi, pihaknya bersama TUDM merancang menjalankan eksesais lebih besar pada masa akan datang bagi meningkatkan kecekapan pasukan dari semasa ke semasa.

Katanya, ia juga secara tidak langsung membolehkan pasukannya sentiasa bersiap sedia dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga keamanan negara.



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

mcm besh je eksais nie....

__________________

-ikmall-

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard