Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, Apa ya RasulaLlah? Baginda menjawab, Syurga (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
Sabda-Sabda Rasulullah SAW, Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya. (Hadith Riwayat Alugaili dan Rajaa Al Ghanawy) Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada""Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Tapi nie lah hakikat kebenarannya ...so,jgn risau bagi yg x hafal surah panjang2 tu...tetap boleh sembahyang jugak kalau dapat baca Al-fatihah dgn surah yg pendek2 tapi besar kelebihannya
aper pun klau kiter baca surah al`iklas nih sebanyak 3kali seumpama kiter baca seluruh al`quran saperti yg tertera diatass... aku dah tau lamer dahh
sebb dalam cerita org tua2 yg aku lepak masa dulu.. cerita nyer pun bermulaa
baginda rasullullah bartanyer.... barang siapa boleh menghabiskan bacaan al`quran dalam masa 3 mint(lebih kurang macam tu lah katanyer) (sebb dah lamer x berapa ingat) tetapi semua yg berada dalam kawasan itu berkata ,mana mungkin dan mustahil boleh membaca al`quran sepenuhnyer dalam masa 3 minit tu.... maka bangun lah seorang budak lalu membaca surah al`ikhlas nie sebanyak 3kali ... setelah selesai budak itu membaca baginda rasullullah berkat kite memang benar aper yg budak ini baca.. surah al`ikhlas 3kali seumpama mambaca seluruh al`quran...
maka mari lah kiter samer2 membaca surah al`ikhlas nie jadikan amalan ketika hidup ni.. bukan bermakna kiter membaca surah al`ikhlas tu kiter dah qatam al`quran plakk.. qatam al`quran tu perlu untuk setiap insann membaca nyer secara menyeluruh......
tolong betulkan klau ader yg salah aku taip nihhh........insyaallaallah...