- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Soal Jawab Agama


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Soal Jawab Agama


Kemusykilan Agama

Soalan>

Jelaskan hal-hal yang dapat membatalkan iman?

Jawapan>

Antara perkara-perkara yg boleh membatalkan syahadah:
1. Mengingkari atau mencela sifat Rububiyah Allah. 2. Mengingkari atau mencela Asma' Allah dan sifat-sifatNya.
3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyah Allah.
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw, kerasulannya dan apa yg dibawanya dalam rupa hukum syari'at.

Perkara tersebut berlaku dengan itiqad, perkataan dan perbuatan, dimana sesiapa yg melakukannya batallah imannya dan keluarlah ia dari Islam. Perkara lain yg membatalkan Iman di antaranya ialah: Menolak atau menentang Hukum Syari'at Allah. Menyakini bahawa syariat, perundangan, hukum yg telah disyariatkan oleh Allah tidak mengandungi sebarang hikmat adalah perbuatan kufur terhadap Allah. kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan/perkataan/keyakinan kita. Kalau kita tak tahu tentang sesuatu hukum Islam, hendaklah tanya pada orang yg tahu. Jangan cakap/comment ikut sedap hati sahaja



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Soalan>

APAKAH HUKUMNYA SUAMI KELUAR MAKAN DGN PEREMPUAN LAIN DIWAKTU MALAM DGN MENIPU ISTERI, DGN ALASAN SUKA-SUKA TANPA ADA HUBUNGAN SERIUS, DAN BOLEHKAH JIKA ISTERI BERBUAT HAL YANG SAMA DGN ALASAN YANG SAMA?

Jawapan>

Suami berhak keluar ke mana sahaja tanpa kebenaran isteri berbeza dengan isteri. Cuma kesalahan suami di sini ialah menipu isteri dan keluar dengan perempuan lain yg bukan muhrimnya. adalah haram keluar dengan perempuan lebih2 lg di malam hari yg terdedah kepada perkara2 diragui. manakala si isteri janganlah berbuat perkara yg sama semata2 tindakan yg dilakukan oleh suami. Allah akan menunjukkan akibat tindakan kesalahan yg dilakukan oleh si suami yg akan terbukti bila2 masa sahaja. Allah akan bersama hambanya yg mentaatinya



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Soalan>

Apa hukumnya isteri memberi penunduk kepada suami untuk mendapatkan kesenangan dirinya dan bagaimana mengubati suami yang kena penunduk dan apa azab yang akan diterima oleh isteri itu kelak?

Jawapan JAWI
(
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf)>

Hukum memberi penunduk kepada suami adalah haram dan berdosa. Cara mengubatinya ialah dengan membuang semua peralatan dan seumpamanya melalui orang perantaraan yang menyuruhnya berbuat demikian. Isteri hendaklah segera bertaubat dan memohon maaf kepada suami.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Soalan>

Apakah hukum seorang lelaki memakai pewarna rambut yg halal atau inai berwarna hitam kerana rambutnya beruban disebabkan penyakit atau masalah rambut sedangkan umurnya masih muda dan mengikut kebiasaan pada umurnya rambut tidak beruban. Sekian terima kasih..

Jawapan JAWI
(
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf)>

Harus mewarnakan rambut dengan warna hitam atau inai bagi remaja yang masih muda tetapi mengalami masalah penyakit pada rambutnya..



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Soalan>

Bagaimana perlu kiter lakukan jika suami panas baran? setiap apa yg kiter lakukn nampak salah jer dimatanya. sedih rasa hati.

Jawapan JAWI
(
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf)>

Bagi membantu puan, penal menasihatkan puan mendapatkan tip-tip tersebut daripada kaunselor yang bertauliah seperti bahagian khidmat nasihat Jabtan Agama yang berdekatan atau LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara).



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

SOALAN: Apa pandangan Islam terhadap mas kahwin (mahar) yang terlalu tinggi dan juga kebiasaan orang sekarang yang membawa hantaran terlalu banyak sehingga kadang-kadang terdorong ke arah pembaziran?

SAAD NORDIN,
Sungai Lalang,

Bedong, Kedah.


JAWAPAN: Sebelum kita menjawab persoalan ini, elok rasanya kita terangkan sedikit mengenai konsep mahar dalam Islam. Mahar adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.
Ini berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud: "Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." - (An-Nisa: 4).
Rasulullah pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa membayar mahar, sama ada oleh Rasulullah atau sahabat.
Berasaskan ayat al-Quran dan hadis dan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah inilah maka kalangan ulama atau fuqaha sudah ijmak bahawa mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami sebagai hak perempuan yang wajib ditunaikannya.
Mengenai kadar mahar, sebenarnya tidak ada kadar tertentu tetapi yang penting ia mestilah daripada sesuatu yang mempunyai nilai (kewangan) atau ada manfaatnya.
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, seorang yang tidak mempunyai kewangan dan kemampuan tetapi apabila hendak berkahwin, Rasulullah bertanya: "Adakah engkau tahu membaca al-Quran?"
Orang itu mengaku bahawa dia tahu membaca surah tertentu di dalam al-Quran lalu Rasulullah berkata: "Ajarkan surah-surah itu kepada isterimu sebagai mahar."
Dalam konteks ini, bacaan surah daripada al-Quran itu, tidak merupakan barangan tetapi ia tetap menjadi manfaat yang boleh dikecapi oleh isterinya itu.
Mengenai persoalan kadar maksimum sesuatu mahar, Islam tidak menetapkannya kerana ia adalah hak wanita.
Dalam hal ini, terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan sebanyak mana yang dikehendaki.
Bagaimanapun Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya memberikan mahar yang sedikit, mudah dan sederhana.
Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."
Pada hadis ini jelas Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya tidak mengenakan mahar yang terlalu tinggi dan di sinilah duduknya keberkatan rumah tangga.
Sejarah Islam meriwayatkan, pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah, beliau melihat umat Islam mula meninggikan mahar dan ini menyebabkan ramai pemuda yang ingin berkahwin sukar melaksanakan hajat mereka kerana terpaksa mencari wang yang begitu banyak.
Melihatkan keadaan itu, Umar pun membuat teguran dan menyatakan hasratnya untuk melarang umat Islam supaya tidak meninggikan mahar tetapi pandangannya itu dipertikaikan oleh seorang wanita yang menyatakan: "Itu hak kami."
Wanita itu juga membacakan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sekalipun kamu memberikan mahar seberat satu tan barangan pun, itu adalah hak wanita berkenaan dan kamu tidak boleh mengambilnya semula."
Mendengar hujah wanita itu, akhirnya Umar membatalkan hasratnya untuk mewujudkan peraturan atau undang-undang bagi menetapkan kadar mahar yang tertentu itu.
Bagaimanapun, mengikut beberapa hadis yang disebutkan itu, jelas kepada kita bahawa Rasulullah tidak begitu gemar kepada tindakan meletakkan mahar yang terlalu tinggi.
Merujuk kepada apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, sebenarnya masalah mahar yang tinggi itu tidak timbul kerana kebiasaannya ia sudah pun ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing.
Kebanyakannya meletakkan satu kadar (nilai) yang seragam.
Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengenai hantaran belanja perkahwinan (selain daripada mahar itu). Keduanya, selain hantaran belanja (wang), pihak lelaki diperlukan juga membawa pelbagai hantaran lain, termasuk benda, pakaian, makanan dan seumpamanya, sama ada pada masa bertunang atau perkahwinan itu sendiri.
Justeru, saya berpendapat, masyarakat Islam tidak sepatutnya meninggikan hantaran belanja ini hingga kadangkala mencecah antara RM8,000 dan RM12,000 umpamanya.
Sebenarnya, bagi saya hal ini tidaklah begitu tepat dengan ajaran Islam dan kehendak Rasulullah kerana ini boleh membebankan urusan perkahwinan, malah ia mungkin menyusahkan.
Apatah lagi, hantaran yang berupa persalinan, bahan makanan yang kadang-kadang sampai berpuluh-puluh bekas, misalnya pulut kuning sampai tiga empat bekas, kek saja tiga empat bekas dan seumpamanya yang akhirnya semua benda itu rosak begitu saja tanpa disentuh sesiapa.
Hal ini juga kemudiannya berlarutan sehingga menjadikan kita terjebak dalam pembaziran sedangkan ia satu yang sangat ditegah oleh Islam seperti disebut dalam al-Quran orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Justeru, eloklah masyarakat Islam berhati-hati dalam perkara ini. Kalau kita inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan, janganlah kita terlalu meninggikan hantaran belanja perkahwinan.
Begitu juga dengan persalinan dan bahan makanan itu, biarlah ia setakat yang berpatutan sahaja.

Sumber: http://members.tripod.com/siti_2/01/32.html



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

 

http://www.ustaznoramin.com/2011/04/haram-sambut-hari-lahir-dengan-meniup.html



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Boleh terangkan pada saya hukum majlis seperti Anugerah Bintang Popular Berita harian (ABPBH) dan hukum mereka yang hadir ke majlis tersebut serta hukum mereka yg mengundi serta menontonnya? Harap ustaz dapat memperjelaskannya. Terima kasih.

Jawapannya

Alhamdulillah di atas kesempatan waktu ini saya dapat menjawab soalan anda ini, tetapi jawapan yang diberikan adalah secara ringkas dan terang sahaja. Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita disajikan dengan hiburan yang kebanyakkannya melanggar hukum syarak seperti, artis tidak menutup aurat, berpelukkan antara bukan mahramnya, gosip dan lagu-lagu yang jelas melanggar syariat Islam. Dari perkara inilah, masyarakat Islam negara ini diabaikan tanggungjawabnya yang sebenar kepada Allah sebab leka dan lalai dengan hiburan yang ada. Saya yakin banyak masyarakat kita hari ini tidak pandai membaca Al-Quran, tidak ingat nama para rasul, kadang-kadang ada yang tidak pernah dan tidak tahu solat. Tetapi apabila ditanyakan lagu sekian-sekian lantas ia boleh menyanyi dan boleh menyebut siapa pengarang dan penyanyi lagu tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai kejahilan umat Islam sekarang bukan disebabkan mesej Islam itu tidak sampai, tetapi disebabkan pendidikan dan keadaan persekitarannya.

Majlis anugerah bintang popular Berita Harian, mari kita lihat dari sudut pengisiannya dahulu. Saya rasa semua orang tahu pengisian majlis tersebut diantaranya ialah anugerah artis popular, persembahan, artis-artis yang menggayakan pakaian pada malam tersebut dan banyak lagi dapat kita lihat. Jelasnya majlis tersebut banyak dihidangkan dengan maksiat mata, dosa dan kemungkaran. Alasan saya mengatakan tersebut, kalau betul-betul majlis itu mengikuti syariat Islam, tidak berlaku pakaian yang menjolok mata, kadang-kadang artis yang terima anugerah itu berpelukkan antara satu sama lain tidak kira yang mahram atau tidak. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (An-Nur : 31)

Kemudian saya datangkan hadis Rasulullah yang menegah wanita yang membuka aurat dan berpakaian seperti bertelanjang. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim)

Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram mengatakan bahawa :

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.

Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.

Orang yang hadir dan memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung, bermakna orang tersebut menyokong apa yang diperbuatkan oleh artis-artis tersebut termasuklah segala perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Friman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. (Al -Asr 2-3)

Sepatutnya kita semua sebagai orang Islam hendaklah menjauhkan diri dari program tersebut, sebab dia mengundangkan dosa. Orang yang terlibat sama ada mengunding, menonton, pergi ke majlis tersebut semuanya akan dapat saham dosa dari hasil apa yang dibuat oleh artis dalam majlis tersebut.

Orang yang mengundi artis yang diminati dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau SMS. Peraduan ini telah lama diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali 64 pada Tarikh 27 Julai 2004 di Putrajaya menyatakan bahawa :

Bahawa menyertai peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di mana pemenang ditentukan secara rawak berdasarkan nasib dalam sistem tersebut adalah haram di sisi hukum syarak.

Majlis tersebut dipenuhi dengan dosa, kemudian orang yang menonton juga dapat saham dosa. Ada lagi dengan peraduan SMS untuk memilih artis-artis yang diminati. Maka dari ini semua yang ada dalam majlis tersebut adalah haram. Mungkin ada kebaikannya seperti anugerah artis nasyid terbaik. Benda yang baik tu sikit sangat dan benda yang tidak baik banyak. Kalau ikut kaedah benda ini jadi haram atau lebih baik tidak usah dibuat atau dilibatkan. Sepatutnya mereka yang ada kena berusaha untuk mewujudkan satu majlis anugerah artis-artis nasyid dengan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak syarak.

Begitu juga peraduan yang dibeli dari surat khabar dan undi tersebut diposkan kepada pihak penerbit. Dalam hal ini terdapat modal dan kos yang digunakan untuk mengundi orang tertentu dengan harapan supaya ia memperolehi kemenangan. Di sini saya cenderong mengatakan haram sebab orang yang hendak mengundi mesti kena beli surat khabar dan menghantarnya dengan kos yang tertentu. Lagipun benda ini jelas maksiat dan majlis tersebut tidak mematuhi syarak, buat apa bersusah payah mengundi sebab tak mendatangkan apa-apa faedah malah dapat dosa lagi ada. Kalau betul-betul kita faham, semua ini tak akan terjadi sebab adanya unsur syubhah atau ragu-ragu akan halal dan haramnya.

http://www.ustaznoramin.com/2011/04/maksiat-banyak-dalam-anugerah-bintang.html



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Assalamualaikum wbt...

Saya ingin bertanya apakah hukum berkenaan tulang daging kambing yang dibuat aqiqah? Apakah harus ditanam kerana dari pengamatan saya tiada nas mengatakan tulang daging aqiqah hendaklah ditanam. Bolehkah dibuang begitu sahaja selepas memakan dagingnya?

Jawapan : Siri 343

Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

-Secara umumnya memang tiada nas yang jelas menyatakan tulang-tulang binatang qurban atau aqiqah perlu di tanam.
-Akan tetapi untuk kemaslahatan kita perlu menanamnya kerana dikhuatiri sisa tersebut bertaburan merata-rata dan di makan oleh binatang-binatang seperti anjing dan lain-lain.
-Serta menghormati ibadah qurban yang telah kita lakukan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

 

Jawapan dari JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

banyak info dan maklumat berguna...
tq tq tq...


__________________
Balistix JoNn!!!


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

nanti aku cari lagi....

ada yg aku tanya jabatan mufti selangor sendiri tp jawapa dia lambat sikit dlm sebulan...insyaallah..

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Assalamualaikum ustaz.

Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya?

Minta pandangan Ustaz..

Sekian,terima kasih.

Jawapannya

Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.

Perayaan hari ibu ini adalah berasal dari pada budaya masyarakat greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea iaitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Peranan Sebagai Umat Islam

Tidak perlu kita tunggu Perayaan Hari Ibu barulah waktu itu kita terhegeh-hegeh untuk membelikan hadiah dan berbuat baik kepada mereka, selepas hari ibu habis semua, kembali balik kepada asalnya iaitu tidak pernah menanyakan khabarnya, tidak balik ke kampung untuk menziarah mereka, kasar dengan kedua ibu bapa dan sebagainya. Pelakuan sebeginilah yang dilarang oleh Islam, Perayaan Hari Ibu bagi Islam ini adalah pada setiap hari dan setiap masa. Sebab ini adalah tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga mereka.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang menghormati kedua ibu bapa pada bila-bila masa, bukan hari atau masa yang tertentu sahaja kita menghargai ibu bapa kita. Di antara firman Allah yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)

Sebagai seorang anak yang baik dan beriman kepada Allah, maka dia hendaklah menjaga dan menghormati kedua ibu bapanya jangan sesekali menyakiti hati mereka. Menderhakai kedua ibu bapa merupakan kejahatan yang paling besar dan paling dibenci oleh Allah. Di antara balasan yang dikenakan Allah kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapanya ialah :

Segera Mendapat Balasan Allah

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Segala Amal Ibadatnya Sia-Sia

Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi kosong dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud :

"Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani)

Tidak Akan Masuk Syurga

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Kesimpulannya

Pendapat saya yang serba kekurangan ini, lebih baik kita hindarkan diri dari menyambut Perayaan tersebut, kerana dikuatiri ia melibatkan perayaan Agama Kristian dan hal ini saya masih belum menjumpai mana-mana fatwa yang dikeluarkan lagi oleh pihak yang berwajib. Mungkin telah ada fatwa tetapi saya masih belum menjumpai maklumat tersebut. Tidak perlulah kita buat kebaikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kita digelar sebagai seorang bapa dan ibu. Tidak terhitung segala pengorbanan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sebab terlalu banyak.

Perayaan ini juga ada kaitannya dengan akidah, takut-takut apa yang kita buat itu boleh merosakkan akidah kita tanpa disedari, ini sangat bahaya dan perlu diawasi. Masyarakat Islam sekarang khususnya di Malaysia ini banyak yang jahil dan suka menerima apa-apa perkara secara bulat-bulat dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu. Bila telah melakukannya baru disedari bahawa selama ini apa yang telah dilakukan adalah bercanggah dengan Agama Islam.

Lebih baik kita menghindarkan diri dari menyambutnya, kerena ini lebih baik dan ia juga belum terbukti lagi adakah ia sebahagian acara Agama Kristian atau bukan. Istilah mudah yang boleh digunakan dalam masalah ini ialah ragu-ragu atau syubhah. Tindakan yang baik adalah terus meninggalkan perayaan tersebut kerana ia lebih selamat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Riwayatkan AI-Bukhari dan Muslim)

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2011/05/betul-ke-perayaan-hari-ibu-dari-agama.html

 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Hukum scan bayi dalam kandungan

Soalan : Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan : Oleh Ustaz Azhar
Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi.

Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.

Wallahualam


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard