Berbohong jadi amalan mat rempit, keluarga terlalu mudah diperdaya
SOAL patah riuk tidak pernah ada dalam kamus diri mat rempit. Hanya maut menjadi penamat kepada usaha sia-sia mereka yang saban malam berlumba motosikal hanya untuk sedikit habuan membabitkan pertaruhan kecil.
Pertaruhan besar hanya untuk malam minggu yang menyaksikan perempuan bohsia menjadi hadiah untuk pemenang lumba haram, selain wang.
Hakikatnya, soal patah kaki atau cedera parah akibat jatuh motosikal ketika berlumba tidak sedikitpun menakutkan mat rempit, apatah lagi kehadiran polis yang cuba menyekat laluan perlumbaan mereka lebih dilihat sebagai marsyal untuk melancarkan lagi perlumbaan mereka.
Saya menerima 69 jahitan dan setahun dirawat di hospital selepas jatuh ketika berlumba di Seksyen 19, Shah Alam. Enam bulan saya koma, tiga bulan hilang ingatan dan tiga bulan lagi belajar menggerakkan anggota badan untuk pulih semula.
Kejadian itu tidak menginsafkan saya supaya tidak lagi merempit. Hanya selepas melihat rakan baik saya bertarung dengan maut akibat motosikalnya bergesel dengan pembahagi jalan dan serpihan motosikal menghiris jantungnya, barulah saya insaf, kata bekas mat rempit, Mohamad Zahari Sulaiman.
Beliau yang kini menjangkau usia 30 tahun, mengakui sudah merempit sejak berusia 14 tahun selepas seronok melihat perlumbaan haram di sekitar kediamannya.
Mula-mula melihat dari jauh saja dan mula berminat berlumba motosikal selepas berkenalan dengan kelompok mat rempit. Selepas mendapat lesen motosikal, saya ambil keputusan berlumba sama, katanya yang mengimbas detik bergelar mat rempit pada 1992.
Dia yang ketika itu menunggang motosikal jipang tidak gentar menyahut cabaran pelumba haram lain yang jauh lebih tua daripada usianya.
Pertaruhan pada waktu itu, kata Mohamad Zahari tidak membabitkan perempuan tetapi bersetuju motosikal bersama geran dibakar sekiranya tewas berlumba.
Wang pertaruhan pada ketika itu mencapai RM6,000 daripada kutipan ahli kumpulan yang bersetuju untuk berlumba, katanya.
Selama dua tahun Zahari menyembunyikan kegiatan sia-sia itu daripada pengetahuan keluarga. Keluarganya tidak mengesyaki apa-apa kerana setiap kali kalah bertanding dan pulang tanpa motosikal, dia memberi alasan kenderaannya itu dicuri.
Berbohong menjadi amalan dan keluarga pula percaya. Selepas membuat laporan polis dan berjaya mendapatkan tuntutan insurans, saya akan beli motosikal baru, katanya yang kini kehilangan limpa kanannya selepas menjalani enam pembedahan.
Bagi Faizal Hasyim, 23, dia hanya mengambil keputusan berhenti daripada merempit selepas sedar perbuatannya itu tidak ubah mengundang mati katak, apatah lagi dua kali dia hampir menemui ajal.
Kemalangan pertama dialami ketika berlumba di bulatan Jalan Pahang, di sini pada jam 5 pagi ketika berusia 18 tahun, menyebabkan dia patah kaki dan menerima lebih 30 jahitan, sekali gus terpaksa bertongkat selama setahun.
kejadian kedua berlaku sebaik dia boleh berjalan semula apabila terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika melakukan aksi cilok-mencilok di jalan sesak. Akibatnya, dahinya berparut dan dia tersembam di atas kereta.
Faizal bergelumang dengan dunia merempit lima tahun lalu kerana ingin mencuba keseronokan berlumba seperti digembar-gemburkan rakan-rakan sekolahnya.
Motosikal yang dihadiahkan ibu bapanya bagi memudahkan dia ke sekolah disalahgunakan untuk tujuan berlumba pada malam minggu.
Ketika itu saya hanya fikir untuk berseronok dan sentiasa mencari jalan supaya dapat menyertai perlumbaan pada malam minggu, katanya.
Faizal berkata, keluarganya tidak pernah melarang dia keluar rumah pada waktu malam kerana terpedaya dengan kelakuan baik yang ditonjolkannya, selain dia bijak menyembunyikan kegiatannya dengan memberi pelbagai alasan untuk keluar malam, termasuk mengadakan diskusi berkumpulan, katanya.
Selalunya, saya beritahu mahu menginap di rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran, katanya yang mengakui imej baiknya di rumah dengan memastikan setiap kerja dan tugasan sekolah dibereskan sebelum keluar berjaya menipu ibu bapanya.
INFO: Cadangan kawal mat rempit 4 Mei 2009 Mat Rempit yang disabitkan kesalahan berlumba secara haram akan dihukum penjara dan denda, masing-masing lebih lima tahun dan RM15,000 melalui pindaan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan.
7 November 2008 Kementerian Pengangkutan sedia kaji cadangan menempatkan anggota penguat kuasa JPJ bertugas 24 jam di beberapa lokasi tumpuan mat rempit.
31 Oktober 2008 Polis akan kaji larangan penggunaan motosikal dalam kawasan bandar untuk elak kejadian ragut dan mat rempit daripada berleluasa.
-- Edited by zackbikers on Thursday 14th of May 2009 12:29:51 AM
KELUARGA bermasalah, mempunyai dua personaliti berbeza dan tidak patriotik. Inilah 'jiwa' mat rempit yang menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial, termasuk samseng jalan raya dan peragut.
Malah isu mat rempit yang lebih dikenali mat motor dan bohjan sebelum ini, seakan-akan tiada penghujungnya selagi masih ada peluang bagi anak muda ini menjadi raja di jalan raya.
Ini diakui sendiri bekas mat rempit yang sudah insaf dan menjadi Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, 33.
RD Club yang ditubuhkan pada 1997, menghimpunkan pemilik motosikal yang mempunyai minat yang sama, selain mengelak gejala kurang baik, termasuk berlumba haram.
Kira-kira 90 peratus belia yang terbabit dalam gejala merempit adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga, selain tinggal di rumah yang sempit. Jiwa belia yang agresif pula memang sukar dikawal menyebabkan mereka lebih suka melepak di luar rumah.
Ada yang tidak selesa dengan keadaan rumah sempit seperti rumah pangsa yang mempunyai satu atau dua bilik, menyebabkan mereka suka menumpang di rumah kawan. Ini menyebabkan mereka bebas keluar sehingga ke awal pagi kerana tiada siapa pun yang melarang, katanya yang mengakui menjadi mat rempit sejak berusia 14 tahun.
Ada juga kalangan mat rempit ini mempunyai krisis personaliti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja, katanya.
Beliau berkata, biarpun mat rempit itu mewakili pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, diikuti kaum India.
Masalahnya, satu pertiga daripada belia Melayu yang bergelar mat rempit adalah anak pendatang asing yang memiliki kad pengenalan merah. Begitu juga dengan minah rempit.
Atas alasan inilah saya berani katakan sebahagian mereka ini seperti tiada semangat patriotik sehinggakan sanggup mencalar maruah dan keselamatan diri semata-mata untuk mencari kepuasan sementara, katanya.
Azhanyzam berkata, tidak sukar mengenali mat rempit kerana kebiasaannya mereka lebih gemar menunggang motosikal Yamaha RXZ yang boleh dianggap motosikal rasmi kumpulan itu, selain Modenas Lagenda. Motosikal Yamaha RXS dan jipang pula menjadi pilihan mat rempit belasan tahun dulu.
Pengubahsuai pada bahagian enjin dan ekzos menjadi kemestian mat rempit kerana ia didakwa dapat menambah kuasa dan kelantangan bunyi ketika pedal minyak dipulas.
Identiti motosikal milik mat rempit boleh diperhatikan pada plat motosikal bertampal pelekat hitam, nombor pendaftaran yang tidak lengkap atau nombor yang diterbalik bertujuan mengelak dikesan polis ketika berlumba haram, katanya.
Azhanyzam memberikan contoh mengenai aktiviti mat rempit pada 1980-an yang disifatkannya tidak ganas kerana mempunyai pilihan beraksi di Litar Batu Tiga Shah Alam.
Ketika itu, jika ada 1,000 mat rempit yang keluar pada malam minggu, mungkin separuh daripadanya lebih suka melepaskan gian berlumba di Litar Shah Alam kerana jika kelengkapan berlumba lengkap, mereka hanya perlu membayar RM10 untuk masuk, katanya.
Bagaimanapun, keadaan sekarang berbeza dan beliau berasakan perlu ada pendekatan lebih menarik untuk golongan mat rempit.
Soalnya sekarang, jangan disogok mat rempit dengan aktiviti sukan seperti bola sepak atau pertandingan catur. Sudah pasti mereka tidak mahu kerana jiwa mereka hanya untuk aktiviti bermotor saja.
Saranan saya kepada kerajaan supaya diwujudkan satu trek khas untuk mereka berlumba kerana mungkin ia dapat membantu mengurangkan gejala rempit ini. Selain itu, filem berkaitan mat rempit juga harus diselitkan unsur pengajaran kerana saya lihat banyak filem sebegitu lebih bersifat komersial tanpa ada sebarang teladan, katanya.
Malah beliau menyifatkan mat rempit turut menyumbang kepada gejala sosial lain seperti ragut, rompak, rogol dan gejala samseng harus ditangani kerajaan dan masyarakat secara bijak.
Baginya, biarpun pernah bergelar mat rempit, beliau dan rakan-rakannya di RD Club cuba membantu dengan menawarkan alternatif kepada ahlinya dengan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat.
Program dijalankan kebiasaannya bertujuan untuk menyemarakkan kempen tertentu seperti kempen lumba haram, jauhi dadah, banteras mat rempit dan isu semasa seperti bantuan untuk Palestin dan kembara mencari kanak-kanak yang hilang, katanya.
-- Edited by zackbikers on Sunday 10th of May 2009 03:55:48 PM
teringat aku kat arwah membe2......... due2 kecundang nek RXZ...
Yang mule2 kecudang pasal lori langgar. kat jalan belakang uma aku.... die la yang aku ingt smpai skang.... dah la sblh uma... sebayo pulak tu... memang paling tragis.... cara die meninggal tu yang aku x dapat terime... moga2 roh nye dicucuri rahmat....
yang kedua plak...... membe aku meninggal kat area dataran kot.... nak lari road blok..... time tu memang da lepas.... tp aku memang panas ngan polis sane la.. ade ke ckp die jatuh sebab kene himpit kete.... pade hal kete langsung x de kat sane...... cme yang aku jumpe satu helmet yang pecah.... aku bajet ade orang baling... sebab membe aku mengalami keretakan kat kepale... pastu makan divide..... muke memang da x de rupe.... moga2 rohnya dicucucuri rahmat....
teringat aku kat arwah membe2......... due2 kecundang nek RXZ...
Yang mule2 kecudang pasal lori langgar. kat jalan belakang uma aku.... die la yang aku ingt smpai skang.... dah la sblh uma... sebayo pulak tu... memang paling tragis.... cara die meninggal tu yang aku x dapat terime... moga2 roh nye dicucuri rahmat....
yang kedua plak...... membe aku meninggal kat area dataran kot.... nak lari road blok..... time tu memang da lepas.... tp aku memang panas ngan polis sane la.. ade ke ckp die jatuh sebab kene himpit kete.... pade hal kete langsung x de kat sane...... cme yang aku jumpe satu helmet yang pecah.... aku bajet ade orang baling... sebab membe aku mengalami keretakan kat kepale... pastu makan divide..... muke memang da x de rupe.... moga2 rohnya dicucucuri rahmat....
al-fatihah untuk mereka berdua....
Huhu.... sy pun de pengalaman yg same en. zaki miskon.. ape2 pun kite hendahlah menunggang motosikal ngan b'hemah.. ingat org t'syg.. He...