Assalammualaikum.... RD CLUB MALAYSIA Kelab Nusantara Bike telah menjemput RD CLUB MALAYSIA(Utara) untuk meriahkan lagi sausana BIKE WEEK BUKIT PANCOR NIBONG TEBAL pada Ahad 17 Mei 2009 pukul 9 pagi... jadi keluarkan jentera anda yg dibawah rumah, tepi pokok dlm sungai tu kasi gegar skit.. tempat akan dimaklumkan kemudian TQ.. "COME RIDE WITH US"
-- Edited by zackbikers on Monday 4th of May 2009 12:30:15 PM
Sebelum Kelab Motor Nusantara di daftarkan kelab ini telah dikenali sebagai Gegar Biker yang mana tujuan utama ditubuhkan hanya sebagai sebuah kelab yang berorientasikan diadah semata mata. Gegar Biker ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 di mana pada waktu itu kewujudan motosikal yang berkuasa 150cc telah mula diperkenalkan dengan sebegitu meluas.
Pada tahun 2000, akhirnya kelab ini telah dibubarkan walaupun pada waktu itu kelab telah mempunyai ahli yang agak ramai atas sebab faktor ekonomi yang mana pada ketika itu ramai pemilik motosikal mula beralih kepada altenatif kenderaan yang agak murah kos penyelengaraannya berbanding motosikal 150cc tersebut
Kemudian pada tahun 2006, melihat kepada gejala sosial seperti lumba haram, masalah rempit dan sebagainya di kalangan masyarakat semakin berleluasa akhirnya ramai ahli telah berkumpul serta mendesak supaya kelab ini diwujudkan semula dan akhirnya telah didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan diubah kepada Kelab Motor Nusantara Pulau Pinang.
Pengstrukturan semula telah disusun dalam kelab ini manakala keanggotaannya pula ramai yang terdiri golongan-golongan profesional sama ada berkolar biru atau putih. Objektif serta matlamat yang ingin dicapai dalam kelab ini juga telah dikaji dan dikemaskinikan. Kalau dulu kewujudan kelab hanya bermotifkan riadah, maka sekarang objektif dan matlamat kelab ini banyak difokuskan kepada program yang berteraskan kepada kemasyarakatan untuk membentuk sahsiah, rohani dan jasmani bagi membentuk satu masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjadi contoh kepada generasi akan datang.
Matlamat
Melahirkan generasi muda yang mempunyai daya saing, jati diri dan potensi untuk cemerlang dalam kehidupan baik dunia maupun akhirat.
Menanam semangat setia kaum tidak kira warna kulit, agama dan bangsa demi perpaduan rakyat malaysia.
Objektif
Memberikan kesedaran kepada ahli betapa pentingnya aspek pemanduan dan keselamatan di jalan raya
Membantu kerajaan dalam membasmi pelbagai masalah sosial demi kepentingan generasi akan datang
Menggalakkan interaksi kaum yang baik tanpa mengira status bangsa, agama dan kaum dalam satu masyarakat yang berbilang kaum.
Menyedarkan masyarakat sekeliling tentang nilai nilai murni yang terdapat dalam aktiviti yang melibatkan persatuan bermotosikal.
Menyediakan pelbagai program kepada generasi muda supaya sedar tentang tangungjawab sosial yang perlu dipikul.
Membentuk rohani, jasmani dan emosi ahli ke arah yang lebih dinamik dan efektif.
Moto Kelab 3P( Persaudaraan, Persefahaman dan Permuafakatan )
Persaudaraan : Ikatan yang akrab dalam kelab tanpa mengira Agama, Darjat, Bangsa dan Keturunan.
Persefahaman : Menitik beratkan nilai tolak ansur yang tinggi serta saling hormat menghaormati antara ahli dan pemimpin.
Permuafakatan: Saling bekerjasama. bantu membantu dan mengamalkan sikap bermuzakarah sesama ahli dalam mencapai sesuatu keputusan atau matlamat yang dikehendaki.
-- Edited by zackbikers on Thursday 7th of May 2009 12:53:27 AM