ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai kenderaan perisai Adnan bersempena Adnan bin Saidi, seorang perajurit askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik tempatan. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang. Rekabentuk Adnan ACV-300S adalah berasaskan kepada rekabentuk kenderaan ACV-300 yang dikeluarkan oleh FNSS untuk tentera Turki. Kenderaan ini berasaskan kerangka teruji yang digunakan untuk kenderaan perisai M113 Tentera Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas seluruh dunia. Adnan ACV-300S berkebolehan melakukan operasi amfibia merentasi sungai dan lain-lain halangan air.
Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawah dengan jarak yang lebih jauh. Kenderaan ini adalah amfibia sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi & kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap.
Adnan ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan. Adnan ACV-300 juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grened Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2. Ia dilengkapkan dengan mesingan berat FN-Herstal 12.7mm dan mempunyai Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem amaran laser dan pelancar grenad 76 mm. Sebilangan Adnan dilengankan dengan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal, Bhaktar Shikan. ACV-300 merupakan salah satu keluarga kenderaan berperisai oleh syarikat Turki FNSS, mengandungi kelainan kenderaan tempur infantri (IFV) dan kenderaan pengangkut berperisai (APC). ACV-300 dibina berasaskan AIFV Amerika Syarikat. Kenderaan ini sedang berkhidmat di Turki, Amiriah Arab Bersatu dan Malaysia.
Malaysia mempunyai 211 ACV-300 mengikut variasi berikut:
1) 72 IFV Turet krew tunggal dengan mesingun M2 Browning 2) 31 IFV dengan Sharpshooter one-man turret dibangunkan bersama oleh FNSS dan BAe Systems, dilengkapi dengan 25mm M242 Bushmaster 3) 25 kenderaan ambulan 4) 24 kenderaan komandan 5) 13 kenderaan semboyan dan komunikasi 6) 13 IFV Turet krew tunggal dengan pelancar grened MK 19 Grenade Launcher 7) 10 kenderaan pembawa motar 81 mm 8) 8 kenderaan anti-perisai yang dipasang dengan pelancar misil anti-perisai buatan Pakistani Baktar Shikan 9) 8+7 kenderaan jurutera dan baikpulih
Malaysia juga telah membuat pesanan tambahan dengan 48 unit ACV-300 dan lapan variasi ACV-S. Lapan variasi ini dipasangkan dengan 120 mm mortar
Russia ada develop tank baru untuk beat M1A2 Abrams..
Mcm ni la kot rupanya.. Russia pun blom bg wa info apa2 psl tank baru nih.. Nanti wa try amik info kt Uralvagonzavod.. Mana la tau kalo derang bole kaw tim.. hehehe..
Tapi yg pastinya tank ni pkai 135mm or 152 main gun.. Bersepai kalo tembak hanjing.. hahaha
ni kereta kebatPT-91M atau pendekar yang atm beli....
banyak gak kontrovesi pasal keta kebal ni tapi ni la keta kebal terbaik dirantau ni....
lagipun amx dah lama dengan atm...
amx pun kena berenti kalau nak menembak berbanding pendekar yg boleh terus bergerak dan menembak sasaran
patut beli M1A1 / M1A2 Abrams yg lebih canggih tapi maybe mahal sangat kot??
-- Edited by zackbikers on Thursday 16th of April 2009 01:16:40 PM
M1A1/M1A2 ni kuar mencekik darah...jadi logistik perlu berada dengak kereta kebal beroperasi....lagipun kereta kebal (tank) ni berat sangat tak sesuai guna kat Malaysia...6t tenggelam dalam sawah plak..jadi sasaran mudah....pastu tahu saje lah US....macam2 sekatan die bagi....ni la tu la...ape la......yang pasti mahal...
isu yang timbul pasal PT-91M ialah ade orang cakap tank tu tank buruk yang di jual kepada malaysia...biase la...macam isu Scorpene dan EC725..ade je tak kena..semua duk sibuk.