huhuhuh bukan setakat jentera lamo je yang otaiČ RDCLUB ni tau . ntah ntah abg zam dah pernah overhaul keta kebal ni . saja nak simpan ilmu la tu . meh la kongsi ngan adikČ yang baru nak kenal dunia ni . hehhehehehe
Lapan tentera cedera ringan kenderaan terbalik ketika pemeriksaan JPJ
KUANTAN: Lapan anggota Tentera Darat cedera ringan apabila kereta perisai yang mereka naiki terbalik selepas melanggar lori membawa getah beku di Kilometer 30 Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, kereta perisai jenis Condor berpangkalan di Briged Empat Mekanis Kem Batu 10, Jalan Gambang, cuba mengelak lori di depannya yang memperlahankan kenderaan kerana sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Polis Trafik daerah, Asisten Superintendan Goh Ewe Gee, berkata kereta perisai itu terbalik selepas melanggar belakang lori menyebabkan sebahagian daripada 15 tan getah beku bertaburan di jalan
"Akibat rempuhan kuat, lori itu melanggar kereta Kancil yang berhenti di depannya dan melanggar pula Proton Waja. Pemandu Kancil dan Waja tidak cedera.
"Tentera mengambil masa setengah jam untuk mengalihkan kereta perisai itu," katanya di sini, semalam.
Goh berkata, kereta perisai itu dalam perjalanan ke Muadzam untuk latihan.
Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan berkata, pemandu Condor yang terbabit dalam kemalangan itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan.
"Kereta perisai dan krew menuju ke satu lokasi untuk menjalani latihan sebagai persediaan menyertai misi Malcon Wira West ke Lubnan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Julai ini," katanya.
Pemandu lori, Tam Kim Meng, 41, dari Taman Sri Mahkota, dekat ini berkata beliau terkejut apabila menyedari belakangnya dirempuh kereta perisai sebaik berhenti untuk pemeriksaan sekatan jalan raya.
"Saya dengar satu dentuman kuat di belakang dan lori saya bergerak ke depan lalu melanggar kereta Kancil di hadapan," katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Tam berkata, beliau membawa muatan getah beku dari Batu 12 Jalan Gambang ke Gemas, Negeri Sembilan.