RD CLUB ke Hari Terbuka Kem Renjer Bt 5 Mentakab Pahang pada 14, 15 & 16 Mei 2009. Hari Terbuka tu hari Sabtu so insyaallah gerak subuh2 Sabtu tu pastu balik petang.....
-- Edited by zackbikers on Friday 1st of May 2009 04:48:53 AM
Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngalaban" ataupun "Selagi Hidup Selagi Melawan". Bersama dengan Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor DiRaja, Rejimen Renjer DiRaja merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usianya sebagai rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, Rejimen Renjer DiRaja bersama memikul beban sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara.
Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.
Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantrI. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.
Ia adalah rejimen yang kedua besarnya dalam Tentera Darat. Rejimen ini adalah satu rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama. Selain berketurunan Melayu, Cina, India dan Sikh, Rejimen Renjer DiRaja juga dianggotai oleh anggota terdiri dari rakyat bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli serta terdapat juga bangsa Gurkha (yang menjadi warganegara Malaysia, bukannya penduduk tetap) turut berkhidmat dalam rejimen ini. Kehadiran kaum bumiputera memberi identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ianya kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.
RRD adalah rejimen yang kedua terbesar dalam Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama. Pada awalnya, rejimen ini secara majoritinya dianggotai oleh kaum pribumi Sabah dan Sarawak dan beberapa orang pegawai British. Semenjak daripada itu, keanggotaan rejimen telah dibuka kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran kaum pribumi memberi identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.
Pasukan ini kemudainnya dikukuhkan dengan pindahan anggota satu Kompeni infantri daripada tiap-tiap batalion 8 Melayu, 2 Renjer, 3 Renjer dan 4 Renjer. Dengan pindahan kompeni-kompeni tersebut, 7 Renjer lengkap ditubuhkan sebagai batalion infantri yang beroperasi penuh. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Leftenan KolonelOsman bin Mohd Zain. [3]
Batalion ini ditempatkan di Kem Batu Lima, Mentakab, Pahang.