- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RD CLUB Malaysia dalam Harian Metro 3 Mac 2009 - Perhimpunan Motorsikal Gerak Belia 2009


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RD CLUB Malaysia dalam Harian Metro 3 Mac 2009 - Perhimpunan Motorsikal Gerak Belia 2009


RD CLUB Malaysia dalam Harian Metro 3 Mac 2009 m/s V18 - Perhimpunan Motorsikal Gerak Belia 2009 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.





Himpun 100 motosikal
>>Oleh Mohd Razlan Salleh

PERHIMPUNAN motosikal Gerak Belia 2009 di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini bukan sekadar menyampaikan mesej anti dadah kepada penunggang motosikal, malah memungut derma bagi rakyat Palestin.

Perhimpunan kelolaan Kelab RD Malaysia (RD Club) bersama Kelab Motor Malaysian Bikers Community.Com (MBC) itu menghimpunkan lebih 100 motosikal daripada pelbagai kelab motosikal di seluruh negara.


Antaranya Rasariva Brotherhood, Brotherhood Bikerz, dan beberapa ahli daripada RD Club cawangan Pahang yang berkonvoi dari Kuantan ke ibu kota.

Karnival bermula kira-kira jam 10 pagi hingga 10 malam itu menyaksikan beberapa acara diadakan seperti pameran motosikal selain kempen derma untuk Palestin dianjurkan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid.

Malah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia turut mengadakan pameran anti dadah selain kempen mengenai musuh utama negara itu.

Karnival berkenaan menyediakan gerai jualan serta pertandingan nyanyian bertema 'Battle Of The Band' yang mendapat sambutan hangat.

Menurut Timbalan Presiden Kelab RD Malaysia, Azhariza Zakaria, aktiviti bermotosikal ini amat baik kerana menerapkan gaya hidup sihat dan berfaedah.

"Ia menghindarkan remaja daripada aktiviti sosial tidak berfaedah seperti lumba haram dan penyalahgunaan dadah.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat membantu misi Kelab RD menganjurkan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.

"Kami berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi kerjasama baik sepanjang aktiviti ini dijalankan," katanya.




-- Edited by zackbikers on Tuesday 17th of March 2009 05:04:14 PM

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

itu dia full page berita RD CLUB...
tahniah RD CLUB....
hehehe

__________________
Balistix JoNn!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 408
Date:

SYABAS...SYABAS...
VROOM,,,,VROOM,,,VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

__________________

JANGAN BIARKAN BUBUR MENJADI NASI



Senior Member

Status: Offline
Posts: 100
Date:

SGT SYABAS!

__________________
ape lah yg ada pada nama
ape lah yg ada pada gelaran
sampai masa kite akan jatuh

beringatlah



Budak Giler Posting

Status: Offline
Posts: 871
Date:

syabas RD CLUB Malaysia.....smile

__________________



Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:

cayok cayok ..




-- Edited by keHek at 05:43, 2009-03-03

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 138
Date:

TABIK LA KT RD CLUB NI.............

__________________

1_366440395l.jpg




Guru

Status: Offline
Posts: 1701
Date:

sayang nye..
helmet aku je nampak kat belakang tu..
huhuhuhuhuhu

__________________

bawak datang la..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard