Pagi tadi dapat sms dari Along. Cuma confuse sikit sebab nombor Celcom Along takde dalam simpanan saya dan tertanya2 Along yang mana satu (sebab ramai kenalan nama Along). Sms Kehek bertanya dan dapat jawapan lewat petang. Kebetulan hari ni dari pagi sampai ke petang outstation. Kalau ada kat KL insyaallah sampai juga saya kat Tanah Perkuburan Cheras Baru tu.
Harap maaf Long tak dapat hadirkan diri tadi. Ni pun baru sampai rumah.
Petang tadi ada sms John5speed mintak postkan thread takziah ni tapi alhamdulillah Kehek dah post dulu.
Pada Along dan keluarga, bersabarlah. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan umatNya yang beriman.
Hari ni pun hari Jumaat raja segala hari dan kebetulan pagi tadi hujan turun dengan lebat. Insyaallah ada maksud di sebalik semua.
Kami sahabat2 di RD CLUB Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan semoga Along dan keluarga redha dengan pemergiannya.
arwah dikatakan otai zaman vespa .. kami pernah bagi beliau rider RXZ full modified .. tak sangka masa tu dia boleh bawak sampai meter RXZ boleh cecah 220kmh/j(highway ampang pandan indah)umur cecah 60an masa tu takziah buat ayahanda tercinta .. segala ilmu dan tunjuk ajar dulu anakanda tak lupakan ..

al-fatihah ..
kehek nie salah seorang dari anak murid nyer cara2 mengambil selekoh.. semua di punyut dari arwah..sebb tu kehek pantang nampak corner.. memang leper...