Terima kasih RX100 atas pujian dan penghargaan yang diberi. Dengan pujian dan perhargaan tersebut, makin bersemangat kami menjadikan RD CLUB terus maju.
Untuk makluman, kami di RD CLUB memangberhasrat untuk menyatukan semua pemilik RD di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi seperti yang diketahui, banyak orang, banyak ragamnya. Belum dicampur wujudnya insan-insan yang dengki dan iri hati dan sentiasa mencari jalan memecahkan geng RD serta memburukkan RD CLUB.
Dan memang ada planning bagi menyatukan semua geng RD di Lembah Klang ni, tetapi memerlukan strategi dan taktik yang tersendiri. Cuma, belum ada masa untuk laksanakan sebab terlalu sibuk. Insyaallah akan datang. Jangan risau. Buat masa ini, just ikuti sahaja perkembangan RD CLUB.
Untuk makluman, gambar-gambar tersebut memang ada dalam simpanan. Cuma tak ada masa untuk di scan dan di upload pada website. Kekurangan tenaga kerja. Kalau ada yang nak volunteer okay gak. Tapi insyaallah akan diuruskan secepat mungkin. Yela, server pun kita pakai free, jadi ruang memang terhad. Tapi jgn risau, buat masa ni arkib gambar boleh di lihat di website muka depan iaitu http://groups.msn.com/RDCLUB
quote: Originally posted by: RX_100 "yaa... bro zam... seperti yang di janjikan.. mana gambar-gambar yang bro Zam kata nak upload di sini.. saya sabar menanti.. atau......."
emm!!! bro. kan dah bagi shortcut ke gambar tu...klik je la...kalu nak posting2 banyak2 makan space la....
Minta maaf la. Tak sempat nak upload. Dalam pc saya ni pula tak ada gambar2 lama. Nanti akan saya uploadkan gambar2 tersebut. Jangan risau. Sabar. Insyaallah akan saya buka thread baru untuk nostalgia RD CLUB bagi mengimbau kenangan lama dan memperingati sejarah dan geng-geng RD CLUB yang telah tiada.
Ya....seperti yang ditunggu2....album nostalgia RD CLUB. Banyak lagi yang belum upload. Gambar2 dari tahun 1996 hinggalah sekarang. Sebelum penubuhan RD CLUB, pra penubuhan dan penubuhannya. Dalam mengharungi pahit manis perjuangan, ramai yang terkorban, menyerah kalah, belot, lari dari barisan, menjadi agen spy dan malah menjadi musuh. Namun RD CLUB alhamdulillah tetap teguh bertahan dari segala ribut taufan dan insyaallah bakal bertahan lagi.