- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Konvoi Amal Ramadhan 2008

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RE: Konvoi Amal Ramadhan 2008

RAMADHAN AMAL RIDE 2008
20hb September 2008
Rumah Siraman Kasih, Rawang

LAPORAN
DARI MUSC

Pada 20hb September 2008, Malaysia United Scooter Community (MUSC) dengan kerjasama KFC, Mydin, RD Club Malaysia, Kelab Motor Klasik Malaysia (KMKM). Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan (PVWP), Din Highway Motor, Zam Motor Racing Team (ZMRT), Mylamoc Lagenda, Ghetto Scoot Clan, SRF Motorsports, GTR Bikers Club, GTC Satria Team dan pelbagai lagi Persatuan/Kelab telah menganjur program konvoi gergasi Ramadhan Amal Ride 2008 ke Rumah Siraman Kasih (RSK) yang bertempat di Bandar Country Home, Rawang, Selangor.

Menurut Pengarah Program iaitu En. Mohd Nizam Sazili yang juga merupakan Presiden MUSC, RSK menjadi pilihan kerana rumah amal bagi anak-anak yatim serta fakir miskin ini masih kurang mendapat bantuan dan tajaan tetap dari mana-mana pihak. Ianya hanya mengharapkan bantuan dari orang perseorangan dan penduduk sekitar bagi menyara dan menguruskan kehidupan seharian para penghuninya yang berjumlah melebihi 40 orang anak-anak yatim serta anak-anak fakir miskin. Beliau juga menerangkan antara objektif utama program tersebut ialah bagi membantu mengumpul dana berupa wang tunai serta pelbagai barangan keperluan dapur dan barang terpakai untuk keperluan kanak-kanak tersebut khusunya sebagai persiapan mereka menyambut Aidil Fitri di RSK.

En. Mohd Khairi Abdullah selaku Penolong Pengarah Program pula menambah dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat di samping memupuk sikap keperihatinan dan bertanggungjawab di kalangan komuniti bermotor agar sentiasa bersama dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik

Seperti yang telah dirancangkan pada hari tersebut seawal jam 2:00 petang lagi sejumlah 80 buah motosikal pelbagai jenis telah hadir membanjiri lokasi pilihan untuk berkumpul iaitu di perkarangan Pusat Membeli Belah terkenal Mydin Mall yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Antaranya motosikal pelbagai jenis tersebut ialah skuter, kapcai dari pelbagai model, vespa, lambretta dan juga motor-motor klasik British. Menjelang pukul 3:00 petang suasana menjadi semakin gamat dan meriah apabila tempat tersebut semakin penuh sesak dengan jumlah besar peserta-peserta yang hadir. Dianggarkan lebih kurang 158 buah motosikal pelbagai jenis telah berkumpul di situ. Suasana di situ lebih umpama sambutan perayaan tatkala ramai peserta berebut-rebut mendapatkan borang penyertaan konvoi bagi memastikan mereka tidak ketinggalan menerima tee-shirt/beg goodies sumbangan MUSC dan kupon jamuan berbuka puasa sumbangan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai saguhati di atas sumbangan mereka..

Antara pihak Media yang telah sudi untuk hadir di lokasi ialah Sinar Harian, Majalah Kapcai dan Majalah Skuterama sendiri.

Seramai 22 orang Marshal yang cukup berpengalaman yang terdiri dari RD-Club Malaysia dan MUSC telah diamanatkan untuk mengemudi serta mengawal perjalanan konvoi bagi memastikan keselamatan peserta. Sesi taklimat ringkas untuk peserta pula disampaikan oleh Ketua Marshal iaitu saudara Azhanyzam dari RD Club Malaysia dan selepas selesai bacaan Doa tepat jam 3:15 petang konvoi pun dilepaskan oleh Y. Bhg. Dato Hj. Ameer Ali Mydin selaku Pengarah Urusan, Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Tinjauan mendapati sejurus berlepas dari perkarangan Mydin Mall konvoi bergerak memasuki Lebuhraya Elite sebelum masuk ke Lebuhraya PLUS untuk berhenti di Kawasan Rehat Restoran Jejantas Sungai Buloh bagi memberi ruang kepada para peserta memenuhkan petrol motosikal masing-masing. Di sini didapati hampir 30 buah motosikal lain telah siap sedia menunggu untuk turut menyertai konvoi. Konvoi seterusnya bergerak dengan lancar menerusi Lebuhraya PLUS dengan kelajuan minima 80km/sejam di lorong sebelah kiri lebuhraya. Pengalaman dan kebijaksanaan pasukan Marshal yang bertugas amatlah dipuji kerana berjaya mengawal perjalanan konvoi gergasi tersebut yang mencecah jarak panjang melebihi 1.5 kilometer.

Konvoi seterusnya keluar menerusi Tol Rawang dan berhenti sebentar di stesyen minyak Petronas lebih kurang pukul 4:30 petang. Di situ kelihatan pula seramai 60 peserta bermotor dan 10 peserta berkereta telah bersedia menunggu untuk turut serta meneruskan perjalanan konvoi menuju ke destinasi yang dirancang iaitu RSK. Tinjauan juga mendapati jumlah terbesar konvoi tersebut mencecah ke angka sebanyak 248 peserta bermotosikal dan 17 peserta berkereta. Konvoi bergerak menerusi Jalan Rawang menghala ke Bandar Country Home untuk tiba ke destinasi RSK.

Tepat jam 5:25 petang konvoi akhirnya tiba dengan selamat di destinasi iaitu RSK. Peserta-peserta konvoi disambut oleh Pn. Hajjah Kamariah bt Yaakob atau lebih dikenali sebagai Mak Kamariah selaku Pengetua, bersama-sama dengan semua petugas RSK dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang menghuni rumah tersebut. Suasana konvoi yang sebelum ini diiringi gelak ketawa sepanjang perjalanan telah bertukar sayu penuh hiba tatkala menatap wajah anak-anak kecil sejumlah 45 orang yang ceria menyambut kedatangan. Hati semakin tersentuh pabila tangan-tangan kecil menghulur salam. Ramai peserta tidak melepaskan peluang membawa kanak-kanak tersebut menunggang motosikal untuk bersiar-siar di kawasan berdekatan. Kelihatan seribu senyuman kegembiraan terukir di setiap bibir-bibir kecil tatkala membelek setiap model motosikal yang berhimpun dan berpeluang memilih untuk menunggang motosikal yang digemari. Para peserta juga tidak putus-putus bergambar beramai-ramai dengan mereka. Pendek kata, masa untuk bergaul bersama yang agak terhad digunakan sepenuhnya oleh peserta-peserta untuk berbual-bual mesra sambil bercerita dengan mereka walaupun baru bersua. Setelah puas bermesra dan membawa kanak-kanak tersebut meronda di kawasan berhampiran, peserta-peserta dijemput masuk ke rumah amal tersebut bagi memulakan aktiviti seterusnya.

Aktiviti dimulakan dengan dendangan nasyid oleh kanak-kanak rumah amal tersebut.  Bait-bait syahdu nasyid yang didendangkan oleh suara-suara halus anak-anak kecil ini sangat menyentuh hati para peserta sehingga ramai yang menitiskan air mata. Jelas terpancar diwajah mereka betapa mereka bersyukur dengan kedatangan tetamu dan bersungguh-sungguh dalam mendendangkan nasyid untuk menghiburkan tetamu. Majlis diteruskan dengan ucapan terima kasih dari Pengetua RSK, diikuti oleh pengarah program dan seterusnya ucapan ringkas oleh wakil-wakil Persatuan/Kelab yang hadir sebelum mereka menyampaikan sumbangan pelbagai barangan keperluan kepada Pengetua RSK. Seterusnya sesi penyerahan duit raya dan barangan cenderahati kepada kanak-kanak tersebut disempurnakan oleh En. Zaid selaku wakil dari KMKM dan En. Wahab wakil dari PVWP. Sesi penyampaian sumbangan diakhiri dengan penyerahan sumbangan wang tunai sejumlah RM5,300 yang telah berjaya dikumpul menerusi program tersebut. Sumbangan ini disempurnakan oleh Pengarah Program sendiri kepada Pengetua RSK.

Selesai sahaja majlis penyampaian sumbangan peserta-peserta di bawa ke satu kawasan padang terletak berhampiran RSK untuk majlis berbuka puasa memandangkan kawasan rumah tersebut yang agak terhad bagi menampung bilangan peserta yang diluar jangkaan.  Sekali lagi kanak-kanak menjerit keriangan kerana dibawa menaiki motosikal oleh para peserta ke padang tersebut. Memandangkan waktu berbuka yang hampir tiba, tanpa berlengah pihak MUSC selaku penganjur mengagih-agihkan makanan kepada kanak-kanak dan para peserta.

Selesai sahaja majlis berbuka, peserta-peserta menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran. Sebagai penutup, majlis tersebut diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Pengetua RSK dan MUSC selaku pihak penganjur kepada semua peserta yang telah sudi untuk hadir serta menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut. Hanya masa yang amat mencemburui segala-galanya. Sebelum berpisah, satu sesi bergambar beramai-ramai diadakan sebagai kenangan yang tak mungkin dilupakan. Tepat jam 9:00 malam peserta-peserta pun bergerak pulang secara berasingan ke destinasi masing-masing. Jelas sungguh terpancar kepuasan di setiap wajah peserta-peserta yang menyertai program ini.

Kepada mereka yang turut berhasrat untuk menyampaikan sumbangan ikhlas pada bila-bila masa anda bolehlah menghubungi terus Pengetua Rumah Siraman Kasih (RSK) iaitu Pn. Hajjah Kamariah bt Yaakob di talian 016-3313546. Alamat Asrama RSK ialah No. 2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor. Secara alternatif anda juga boleh mengirimkan cek di atas nama Rumah Siraman Kasih, Maybank Banking Berhad No. Akaun 5620-1200-3129.

Disediakan Oleh,

Tembok Cina

-- Edited by zackbikers at 13:09, 2008-09-25

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 48
Date:

biggrinzackbikers wrote:

biggrinbiggrintahniahh PREZ.....RD club still BEST....!!!

__________________
keep noise..with retro...!!

Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

perghhhhh...
masyuk gler ride kali ni...
rugi btol x ekot...
hohoho...
tahniah bt RD CLUB

__________________
Balistix JoNn!!!

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

Ishh..kagum2..speechless....Tahniah RDClub....

Kalo motor den siap sok , blehh la join korangg beramal...Takbirr.!!

__________________
"If the world is a dangerous place to live, It is not because of the people who are evil, But because of the good people who don't do anything about it" einstein -

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

terima kasih......
ni semua usaha member2 rd club.....
bukan dari saya.....
tahniah pada marshall2 rd club malaysia....

janji sabar dan jangan busuk hati...hehehehe

alhamdulillah siap kuar paper.... smile

__________________
e_p

Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

wah best nie....nasib aku x de moto lg....

maybe thn dpn....

__________________
moto ni yg dicari

Admin RD CLUB - HQ, Shah Alam & Kuala Selangor

Status: Offline
Posts: 447
Date:

Gempak.....

Menangis woo x dpt follow...

Tahniah RD CLUB Malaysia...

dohdohdoh

__________________

CINTA TIDAK B'WAJAH.. ENJIN TIDAK B'NYAWA..

Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:

wahhhhhhhhhhhh tahun ni aku tak sempat merasa macam nie ..

__________________

Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

aku pon xpat raseeeee...

__________________
Balistix JoNn!!!

Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

huhuhuhuuuu.......

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

heheheh..teringat konvoi ni...

memang best la...

__________________

Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

memang rugiiiiiiiiiiii den x ikot..
ade kt jengke time ni...

__________________
Balistix JoNn!!!

Admin RD CLUB - Sg Besar

Status: Offline
Posts: 1226
Date:

yea john.. moga-moga dgn aper yg d buat dgn hati yg ikhlas mendapat keberkatan dariNYA... Sseronok sgt..time tue dah la time puasa.. time dari sg besar ride dgn big river crew okey.. mcm-mcm pengalaman ader... yg kena dugaan tue nanti bayar yer.. yg kena saman plak, atok tue x reti sabar ke? dah la kurang ajar main ketuk kepala org.. kurang ajar pun polis.. xpuasa ker aper...hahaha...

__________________
rdclub is just awesome..

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

sabar wak..sabar...

__________________

Admin RD CLUB - Sg Besar

Status: Offline
Posts: 1226
Date:

tgh sabar la time tue...

__________________
rdclub is just awesome..

Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

bagus la bu...sabar separuh dari iman...

__________________
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard