camner nak join convoy ni ??? blok tak dapat2 lagi..waduuhhh......mamat , tlg la carik...hehhee
pakai blok X7 bolih ker??.... hehehe
kalau muto tak start.... takpe...... kita tunda ler gi sana. baru nampak ramai.... hehehe. Ada sesiapa nak jadi raider moto suzukki trs aku??.....( gambar kt bhg jual beli)
sy wakil geng rd club jajahan sg besar akan menurunkan ahli seramai yg mungkin.... termasuklah geng rxs / rxk dan juge cub semalaysia... hehehehe.... kami turun pada hari ahad jam 7.00 pagi....
sy wakil geng rd club jajahan sg besar akan menurunkan ahli seramai yg mungkin.... termasuklah geng rxs / rxk dan juge cub semalaysia... hehehehe.... kami turun pada hari ahad jam 7.00 pagi....
cayalah kahzan.....
akan den tunggu wajah terbaru ko..... takut dah lupa lama sangat tak jumpa.... mau muka ko macam tokey keropok sekarang.....hahahahha
UNITE SALOON ( SCOOTER ) 16 NOV 2008 ( Ahad ) Skuter Airbrush Skuter SprayCan Skuter Sticker Skuter Audio
UNITE SALOON ( KLASIK ) 16 NOV 2008 ( Ahad ) Klasik / Antik Open Vespa/Lambretta Open
UNITE SALOON ( KAPCAI ) 16 NOV 2008 ( Ahad ) Kapcai Airbrush Kapcai SpraySticker
UNITE SALOON ( BIKERS ) 16 NOV 2008 ( Ahad ) Superbike & Chopper Open
UNITE SPEED CHALLENGE ( SCOOTER ) 15 NOV 2008 ( Sabtu ) Scooter Open Scooped Open
UNITE SPEED CHALLENGE ( KLASIK ) 15 NOV 2008 ( Sabtu ) Vespa / Lambretta / Klasik Open
UNITE SPEED CHALLENGE ( KAPCAI ) 15 NOV 2008 ( Sabtu ) Kapcai 2T Open ( <150cc ) Kapcai 4T Cup Open
*Kategori-kategori diatas hanya akan dipertandingkan sekiranya ada 10 penyertaan ke atas(SALOON), 20 penyertaan ke atas(SPEED). Pihak Pengelola berhak mengabungkan mana-mana kategori,jika dirasakan perlu oleh pihak pengelola di atas sebab-sebab tertentu dan munasabah.
KRITERIA PENYERTAAN
Semua peserta hanya dibenarkan mengambil satu kategori dalam satu acara.
PENDAFTARAN
Semua Penyertaan hendaklah dibuat melalui Borang Penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan dihantar ke alamat yang tertera atau dihantar terus kepada urusetia pertandingan pada hari pertandingan berlangsung.
HADIAH
Hadiah wang tunai yang ditetapkan adalah seperti berikut:
UNITE SALOON ( SCOOTER , KAPCAI , KLASIK & BIKERS )
JOHAN RM 200.00 + TROFI + SIJIL + MERCHANDISE NAIB JOHAN RM 150.00 + TROFI + SIJIL KETIGA RM 100.00 + TROFI + SIJIL
UNITE SPEED CHALLENGE ( SCOOTER , KAPCAI & KLASIK ) JOHAN RM 600.00 + MEDAL + SIJIL + MERCHANDISE NAIB JOHAN RM 400.00 + MEDAL + SIJIL KETIGA RM 200.00 + MEDAL + SIJIL
YURAN PENYERTAAN UNITE SALOON RM 36 Sahaja UNITE SPEED CHALLENGE RM 77 Sahaja
*Tiap-tiap peserta yang mendaftar akan dapat t-shirt,sticker,sijil dan barangan PENAJA.
ACARA SAMPINGAN FREESTYLE MOTORSIKALSLOW RIDING...SLALOME...SPRINT MOTOR STANDARD & BIKERS
BANTAHAN Sebarang bantahan dan rayuan mengenai pengelolaan dan keputusan pertandingan TIDAK AKAN DILAYAN. Semua keputusan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Hakim adalah muktamad.
PENGINAPAN KHEMAH RM 10 Seorang *Khemah utk 2org disediakan.
AKTIVITI LAIN *Pelbagai acara lain turut dipertandingkan seperti autoshow kereta..drag kereta..konsert..shuffle dance..pesta air..kayak..funfair..mini zoo..watercross dan lain-lain.
SYARAT-SYARAT KEPERLUAN KESELAMATAN : 1. Peserta wajib memakai topi keledar keselamatan beserta visor yang memenuhi ciri- ciri piawaian Sirim ketika berlumba. 2. Peserta wajib memakai jaket kulit, seluar jeans dan sarung tangan yang bersesuaian ketika berlumba. 3. Peserta wajib memakai kasut boot atau sekurang-kurangnya kasut high-cut melebihi paras buku lali ketika berlumba. 4. Peserta harus bebas dari sebarang pengaruh dadah, alkohol atau apa-apa bahan yang mengkhayalkan diri sepanjang perlumbaan. Peserta yang didapati bersalah akan disingkir dari perlumbaan dan di senarai hitam dari menyertai perlumbaan akan datang. 5. Peserta harus patuh kepada sebarang arahan Marshal/Petugas di sepanjang Perlumbaan berlangsung. 6. Kenderaan harus dilengkapi dengan sistem brek yang berfungsi dengan baik. 7. Kerangka utama bagi kenderaan yang telah diubahsuai seperti dipotong atau direndahkan haruslah memiliki ciri-ciri keselamatan yang tidak memberi risiko kepada penunggangnya.
*Pihak Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan sekiranya Peserta atau motorsikal(salah satu) didapati tidak memenuhi syarat-syarat keperluan keselamatan yang telah pun ditetapkan. Sebarang keputusan Pihak Pengelola adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT PERATURAN TEKNIKAL BAGI SETIAP KATEGORI : Kategori 4T Cub Open 1. Kapasiti injin ialah 135cc dan ke bawah. 2. Sistem 4-lejang sahaja. 3. N.O.S. (Nitrous Oxide System) atau Turbo adalah dilarang sama sekali. 4. Jenis tayar adalah bebas. Karburetor adalah bebas. Sistem ekzos adalah bebas. Kategori 2T <150cc Open 1. Kapasiti injin ialah 150cc dan ke bawah. 2. Sistem 2-lejang sahaja. 3. N.O.S. (Nitrous Oxide System) atau Turbo adalah dilarang sama sekali. 4. Jenis tayar adalah bebas. Karburetor adalah bebas. Sistem ekzos adalah bebas. Kategori Scooter Open 1. Hanya bagi semua kenderaan Skuter 2-lejang dan 4-lejang yang berasaskan sistem CVT. 2. Kapasiti injin ialah di antara 100cc sehingga 200cc. 3. N.O.S. (Nitrous Oxide System) adalah dilarang sama sekali. 4. Jenis tayar adalah bebas. Karburetor adalah bebas. Sistem ekzos adalah bebas. Kategori Scooped Open 1. Hanya bagi kenderaan Scooped 4-lejang yang berasaskan sistem CVT seperti Ego, Nuovo, Step, Passion, dll. 2. Skuter 2-lejang Suzuki V100cc adalah dibenarkan. 3. Kapasiti injin ialah antara 100cc sehingga 150cc. 4. N.O.S. (Nitrous Oxide System) atau Turbo adalah dilarang sama sekali. 5. Jenis tayar adalah bebas. Karburetor adalah bebas. Sistem ekzos adalah bebas. Kategori Vespa/Lambretta/Klasik Open 1. Hanya untuk kenderaan jenis Vespa atau Lambretta sahaja. 2. Kapasiti injin tiada limit. 3. N.O.S. (Nitrous Oxide System) atau Turbo adalah dilarang sama sekali. 4. Jenis tayar adalah bebas. Karburetor adalah bebas. Sistem ekzos adalah bebas.
alhamdulillah .. program berjalan dengan lancar dan amat berjaya .. terima kasik kepada geng geng .. klang,sgbesar,kuala selangor,rawang,boyesen,LCCK,kapar,banting,luckystrike,sgbuloh,shah alam,kuala lumpur,kuantan .. perkenalan kita disana takkan dilupakan sampai bila-bila .. korang memang sporting..
hasil dari kerjasama semua .. smua nya berjalan lancar ..
kepada yang tak hadirkan diri kali ni tak pe .. kita ada banyak lagi event .. jangan lepaskan peluang minat mesti diteruskan