RD CLUB bercadang mengadakan Karnival Motorsikal pada 31 Januari 2005 di bawah stesyen LRT Putra bersebelahan Bus Stand Klang. Baru cadangan dan dalam perbincangan lagi. Hanya menunggu daripada keizinan Persatuan 'abang angkat' sahaja. Segala detail dan info akan diupdatekan. Terima kasih.
Malam tadi brader Zahar kita pergi meeting kat Kajang. Semuanya alhamdulillah nampaknya menjadi. Abang-abang kita di Kajang setuju dengan proposal kita. So, kira proses penyempurnaan untuk Karnival Motorsikal sedang berjalan. Tunngu sokongan KJKA dan permit dari SB pula.
ya betoi....ingat hang tak ingat kat aku...ces...takpa hang bagi kat aku no phone dia..nanti aku kontek dia...budak port pon ada sorang baru pakai rgf kaler biru standard...bleh ajak lepak pisang sekali...seminggu sekali bleh la nak lepak pisang..skang ni bz sket tengah recon suzuki GP125.
quote: Originally posted by: leejbf "so pe program yang nak dijalankan pada hari karnival tu?ke saje simpan nak buat surprise?...."
Program? Insyaallah kita akan buat pameran motor, sukaneka, derma darah, pameran polis, agensi dadah kebangsaan, kelab motor, karaoke, dan jualan untuk sumbangan mangsa tsunami.
Kalau ada rasa nak tambah bolehlah, tapi pencadang kena jadi penyelaras program bagi berjaya.
nie gambo ko nie xde lagi besar ke????......hehhee ajak la skali member2 tunang ko leh kenal2..ye la kiterorang nie single..mana tau leh temu jodoh ke...hehehhehe tul x pres.????
Adalah dimaklumkan, pagi tadi saya baru je dapat surat dari Ketua Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur menyokong Karnival Motorsikal RD CLUB & Pekida. Permohonan permit hari ini akan diuruskan oleh brader Zahar, Vice Presiden dan brader Adi, Ketua Keselamatan & Undang-undang RD CLUB di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jalan Stadium. Semoga berhasil. Terima kasih.
Karnival Motorsikal Amal RD CLUB-Pekida 2005 berjalan lancar dengan jayanya. Laporan akan saya kemukakan nanti. Tahniah kepada geng RD CLUB semua. Cayalah!
Geng RD Pantai Timur selamat sampai dan selamat pulang tanpa sebarang masalah. Cuma mesin ketua kami iaitu saudara ADI mengalami masalah enjin setibanya di hentian Gambang, dan terus ditunda pulang ke Kuantan. Apa pun semuanya berjalan lancar..
Tima kasih Admin RD CLUB kerana sudi menerima kunjungan kami....
Woiii!!!!!!!!!aku datang laaa...tapi ujan lebat tara hingat...sampai pon kul 5.30.aper nak buat...takder jodoh kiter..yang tinggal masa tuh pon tak ramai..ini aku sertakan gambarnyer..
Terima kasih geng Pantai Timur kerana sudi hadir, tapi sebuk sangat time tu, nak beramah mesrapun tak sempat. Harap korang semua tak kecik hati dan seronok di karnival tu. Anyway, insyaallah, tunggu kedatangan RD CLUB ke Pantai Timur pula. Coming soon....