Selamat datang saya ucapkan kepada semua geng-geng RD CLUB. Semoga siaht walafiat tak kira dimana juga anda berada. Untuk makluman, forum RD CLUB ini baru sahaja dimulakan pada hari ini, 6 Januari 2005 bagi memberi lebih peluang kepada geng-geng RD CLUB berinteraksi dan bertukar-tukar maklmumat.
Cuma saya harap, forun ini dapat digunakan untuk kebaikan dan bukannya menjadi tempat bertengkar, bergaduh dan memaki-maki antara sesama sendiri. Komen dan kenyataan yang sensitif akan di tapis dan di pantau oleh AJK Penapis & Pemantau forum.
Selamat datang crazycat22 Camna boleh termasuk dalam forum RD CLUB ni? Jadi second user lak tu. Cayalah! Boleh le bagi detail sikit. Ye la..nak tau laki ke pompuan....etc..etc
Program tsunami? 31 Dis 2004 hari tu baru lepas buat, tapi bukan full program RD CLUB la. Menumpang je buat pameran. Di bawah LRT Putra sebelah Bus Stand Klang. Sepatutnya Countdown New Year sambil kutip derma tsunami, tapi sebab Pak Lah tak bagi..tukar Countdown Amal Kutip Derma Tsunami. Ada derma darah ngan pameran. Club motor yang participate RD CLUB dan KLBC. Nak inform bro tak sempat sebab sibuk sangat time tu. Terlupa. 31 Januari 2005 ni pun insyaallah ada. Ni full RD CLUB punya program dengan satu Persatuan tu. Nak tunggu permit polis je. Apa-apa nanti saya updatekan.
TAHNIAH di ucapkan kepada Brader Zack dan RDClub secara amnya sempena pelancaran forum ini. Semoga dengan adanya forum ini, RDClub akan bergerak dengan lebih maju lagi untuk mencapai apa-apa matlamat atau hala tujuan yang di rancangkannya.
quote: Originally posted by: leejbf "akum geng...nak tabik gak kat brader norty....aku follow hasil tulisan brader norty dalam motorev...teruskan review motor lama...motor RD bila lagi?"
Terima kasih berbanyak kepada Brader leejbf kerana membaca artikel yang di tulis oleh saya tu dan memberi sokongan serta dorongan untuk saya meneruskan penulisan / review mengenai moto klasik. Saya ingin meminta maaf jika terdapat apa-apa kesilapan dalam artikel saya tu dan akan berusaha untuk memperbaiki apa yang berkurangan dalam penulisan saya tu nanti.
Mengenai review untuk Yamaha RD .................... tu memang dalam perancangan dah. Selain dari RD, saya memang nak buat review untuk moto klasik Jepun yang lain. Sekarang nie cuma tunggu tengok ada sesiapa dalam RDClub yang sudi pinjamkan motonya ( terutama RD 350 ) untuk saya buat test ride ajer.
quote: Originally posted by: zackbikers "Bro Norty, Tak mintak, segan nak hulur. Kang kata mengada-ngada lak. Nanti saya standbykan RD yang paling cun untuk di testridekan. Cakap je bila nak pakai."
Terima kasih bro .....
Paling awal saya boleh buat test-ride ialah minggu depan .... dan selepasnya. Saya akan hubungi brader 2-3 hari sebelum mengambil moto nanti.
quote: Originally posted by: naz "assalamualaikum..///salam perkenalan.saya mmg minat ngan moto rd nih..spare part senang tak nak cari mr pres??"
Saudara naz, saya juga merupakan orang baru di sini ingin mengucapkan Selamat Datang ke RDClub .....
Setahu saya, moto RD ini memang salah satu daripada moto 2 lejang yang paling laju & bagus yang pernah dikeluarkan sebagai motosikal produksi replika ( replica production motorcycles ) di dunia ini oleh pereka serta pengeluar motosikal. Yamaha RD telah menjuarai banyak perlumbaan motosikal pada awal 80an di merata dunia. Sebagai contoh RD350LC juga merupakan salah satu motosikal 2 lejang yang mana ianya di masukkan kedalam "Motorcycles Hall of Fame" selain daripada Suzuki GT750 ( sebagai motosikal 2 lejang yang terbesar. )
Saya rasa kalau setakat spare parts tu, ahli-ahli RDClub terutama Tuan Presiden mesti tahu di mana boleh cari serta memperolehi apa-apa spare parts untuk apa-apa jua model motosikal RD tersebut.
Kepada Tuan Presiden serta ahli-ahli RDClub, apa yang dinyatakan oleh saya di atas adalah setakat pengetahuan cetek serta pengalaman suku sen saya sahaja.
Saya budak baru belajar, kalau salah sila betulkan.
Terima kasih bro Norty kerana penerangan yang menyeluruh itu. Info bro Norty dah cukup gempak. cayalah.
Selamat datang ke RD CLUB Naz...
Actually, sekarang ni pemilik RD memang hadapi sedikit krisis alat ganti. Alat ganti kecil seperti gasket dan alat-alat yang boelh dipakai ganti dengan motorsikal jenis lain masih ada. Kena pandai cari je la.
Tapi alat ganti yang penting dan jarang diganti seperti blok, enjin, cover set dalam bentuk scrap sekarang agak sukar, tapi masih ada. Kalau nak yang baru, itu senang, janji ongkosnya ada. Kebanyakan barangan terpaksa di beli dari Sing. Kami ada beberapa orang runner yang jalankan tugas. Tapi kena sabar la, sebab runner ni jarang turun Sing, dan untung mereka pun tak banyak. Hanya sekadar nak tolong member.
RD ni jenis motorsikal lama yang kalau diselenggara keseluruhannya dengan baik, sukar untuk cepat rosak. Malah ia agak user friendly. Saya sudah tentu merecomend anda untuk memiliki RD dibandingkan motor jenis lain.
Apapun tima kasih tuan presiden, Rd Pantai Timur sekarang sedang berusaha mengumpul seberapa ramai ahli sekitar terengganu untuk menyertai RD Pantai Timur...COME RIDE WITH US
quote: Originally posted by: ahtuck "Apapun tima kasih tuan presiden, Rd Pantai Timur sekarang sedang berusaha mengumpul seberapa ramai ahli sekitar terengganu untuk menyertai RD Pantai Timur...COME RIDE WITH US"
Saya tidak mempunyai moto RD dan saya ada perancangan nak ke Paka, T'ganu untuk melawat seorang kawan di sana.
ps, kalau saya bertandang ke T'ganu, boleh berkenalan dengan korang ker?