Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005.
Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan "selangau", iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).
Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Selat Melaka.
Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-
Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
Hulu Langat terbahagi kepada dua:
Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Ulu Klang
Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang
Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
Petaling terbahagi kepada tiga:
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang
Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.
Selamat datang ke Kuala Langat dan Banting.
Ni Penghulu area sana iaitu Wak Bakar. Dulu dengan LC125 ride dengan RD CLUB. Sekarang dah tukar jentera besar.
saya ada kenal gak ngan memeber2 kat sini.... namanye "WAK DIN"... kenal pun sbb dia pun ngah nak idupkan m/sikalnya..."GTO 110" hehehe................
boleh wak... apa plak x boleh... wak dok mana? pkai kuda aper? hehe... wak lepak banting halllo 2 member tau... panjangkan sahabat rd kat banting ni...
Perhimpunan Motorsikal & Kereta Gerak Belia 2009 Siri II di Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Tarikh: 22 Mac 2009 (Ahad) Masa: 10am-10pm Lokasi: Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. - Pada 21 Mac 2009 (malam minggu) akan diadakan konsert dan akan diadakan perhimpunan mini motorsikal & kereta. -- Edited by zackbikers on Monday 16th of March 2009 03:48:56 AM jom.... join saya.... sapa nak ikut geng2 banting call saya kita gerak reramai... 012-3145907 wan....
Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga Julai 2006 adalah seramai 584 360 orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.
Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam mula berkembang apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Port Swettenham, Klang dan Kuala Lumpur dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama 'Shah Alam' sendiri dipilih di atas perkenan baginda.
Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Shah Alam. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).
Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. Majlis Perbandaran Shah Alam telah ditukarkan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Mahmud.
-- Edited by zackbikers on Monday 5th of October 2009 04:46:15 AM
-- Edited by zackbikers on Thursday 22nd of October 2009 09:24:18 AM