Pada cuti Chinese New Year 2008 ni iaiatu 7 & 8 Februari 2007, dapat berita geng RD CLUB Pahang nak turun mandi sungai. Planning asal di Ulu Yam, tetapi memandangkan Otai1kt ada lokasi mandi yang superb best, acara mandi sungai di tukar ke area Batang Kali.
Jadi, planningnya geng RD CLUB Pahang akan gerak dari Kuantan dan dijangka sampai Genting Sempah lebih kurang jam 2:00 petang. Geng RD CLUB Admin dan kawasan sekitar pula akan berkumpul di Stesyen Minyak BHP selepas Tol Gombak lebih kurang jam 12:00 tengahari.
So, jam 2:00 petang (lebih kurang) tu semua berkumpul dan minum @ makan di Genting Sempah sebelum turun ke Batang Kali untuk mandi. Selepas puas mandi sampai lebam, bergerak menuju ke Ulu Yam sebab geng RD CLUB Kuantan dengarnya dah booking chalet di sana yang kebetulan owner chalet tu pakcik kepada salah seorang rider RD CLUB Pahang. Malam tu pula akan diadakan acara BBQ. Ni Eman tak kisah kena jadi chef ler. Sapa geng RD CLUB Admin /KL nak tidur jugak kat chalet boleh maklumkan supaya senang nak tempah chalet awal2. Esoknya pulak, geng RD CLUB Pahang akan bertolak balik. Tetapi akan singgah di Hutan Lipur Lentang untuk minum @ mandi. Hutan Lipur Lentang akan menjadi lokasi berpisah dengan geng RD CLUB Pahang.
Itu lah planningnya.... Ada kemusykilan boleh kita tanya dan bincangkan...