Ride ke Penang berjalan lancar dan menyeronokkan. Best jumpa kawan2 sejiwa dan seperangai. Takde 'makhluk perosak'. Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua yang terlibat dan juga mendoakan kami pergi dan balik selamat. Terima kasih pada geng RD CLUB Penang dan Kedah yang memberikan layanan istimewa.
Di Dtebingpada malam 22 Februari 2008. Semua ok cuma ada satu 'makhluk perosak' yg takde kena mengena dgn RD CLUB duk berdekatan. Nasib baik tak duk sekali. Kalau tak naya.
Nizam YP mengcontrol hensem Nudin sedang menjual 'minyak' dan budu..hehehe
Ni kat bengkel Big John....gambar dalam perjalanan tak amik sebab semua speed ahead..lg pun gelap. Hari Sabtu dipenuhi dengan berehat, makan dan merepair motor terutama Khairol YP.
~bengkel Big John..Mat Rani interframe ~pekena laksa kat gerai laksa mat balak rgf.. ~laksa mat balak yg power..siut.. ~ni lapar ke gelojoh....??
Pagi Ahad tu......dimulakan dengan sarapan.... actually dua kali sarapan...mula2 sarapan pulut dengan ikan masin....pastu top up makan roti canai lak....
~sarapan pulut+kelapa dan ikan masin...teringat masa aku zaman jepun dulu..hehehe (macam la aku dah ada masa jepun dulu) ~huski tak kisah sebab dah biasa. dia ni veteran tahanan jepun dulu. ~macam pelarian kemboja pun ada gaya gak... ~dah makan...dah kenyang..tidur balik...sedapnyer hidup... ~khairol lak sibuk melayan ahli2 fan club dia....
Gambar kawan2 pengantin ijam:~mana tempat makan ni..aku lapar la... khairol:~entah...tu orang makan ramai2 tu kena bayar ker haa?? khairol:~kalau kena bayar aku lari..hehehehe
Gambar dengan pengantin first round Gambar dengan pengantin second round
Lepas kenduri, lepak kat Hentian R&R Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...memang best sebab tepi laut. Sambil minum & makan, sempat jugak edar poster kehilangan adik Sharlinie.
posing istimewa dari tokey bendang...la da ma cai aka amy ~dengan chang...otai RD CLUB Kedah ~dengan Fit, adik Fendi YP, pelapis RD CLUB Penang ~dengan mat rani...org kuat big john.. ~photographer rasmi rd club ride to penang bersama jentera idamannya..
Kat Hentian Juru....rehat dan mandi sebelum bergerak pulang....
~sempat jugak....... ~wajah pemandu kereta drift yang hampa kerana kereta driftnya ditarik sebab tak bayar instalment... ~den ngan ramzan sampai kat hentian sg buloh jam 3:00 pagi...dengan selamat. Alhamdulillah.