Daripada coretan UncleMan CBX Club.. RIDE AMAL KERUMAH ANAK2 YATIM-SETAPAK (29/9/07)...Ver.2
Ride ini adalah atas usaha bro Iwan BJ (bro ni kerap mengendalikan ride amal) bersama Kelab CBX dan Kelab RD Malaysia.
Sedikit Mengenai Rumah Anak Yatim ....
Nama: Asrama Penyayang Nur Iman Alamat: AQ1, Jalan Bakubang, Taman Setapak. 53100 Kuala Lumpur Pengetua: Ustazah Sharimah bt Ali. Contact No: 03-4044 2404, 019-251 9082, 012-698 1320, 016-608 3236
Asrama ini adalah kendalian NGO yang terdiri dari dua buah rumah yang disewa. Sebuah untuk lelaki dan sebuah untuk perempuan. Jarak antara kedua ini kira-kira "sepenumpangan van'. Lawatan/Ziarah kami adalah ke asrama lelaki.
Kos sewa untuk asrama lelaki adalah RM1500.00 dan perempuan RM1300.00. Ini bererti kos tetap setiap bulan adalah RM2800.00 tidak termasuk air, api, makanan penghuni, belanja sekolah dan sebagainya.
Asrama ini menempatkan anak-anak yang berusia 2 bulan hingga 16 tahun terdiri dari anak-anak yatim piatu, anak yatim, anak dari keluarga daif, anak-anak saudara baru yang tak mampu dan anak-anak .... Kebanyakan berasal dari Selangor/Kuala Lumpur. Tetapi ada yang dari Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Yang mendukacitakan Uncle adalah ada diantara anak ini yang hanya tau dari Kedah atau Perlis, tetapi tak tau dimana kampung atau bandarnya .... pokoknya tak tau siapa ayahbonda atau saudara mara ....
Asrama lelaki menempatkan 38 penghuni dan perempuan 28 penghuni. Kepada yang layak dihantar ke tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah yang berdekatan dengan kenderaan Van.
Oleh kerana program dijalankan dalam keadaan tergesa-gesa, tidaklah dapat dirancang dengan rapi. Seramai 22 bikers (Kalau tak silap 10 dari RDs) telah menyertai lawatan, ramah mesra dan berbuka puasa beasama anak yatim ini.
Sebelum berbuka, bro kita Datuk K telah memulakan inisiatif membawa anak-anak keliling taman dengan motor. Ini diikuti dengan beberapa perserta lain termasuk Presiden Kelab RD. Wowwwww .... bukan main seronok anak-anak ini. Sebahagian besarnya ... itulah kali pertama dalam hidupnya membonceng motosikal .... bayangkan ... betapa bertuahnya kita dan anak-anak kita ... dan mereka itu adalah saudara kita.
Sebelum berpisah, Kelab CBX dan Kelab RD telah menghulurkan sedikit sumbangan (hampir 1K). Kepada pengurusan rumah tersebut. Terima Kasih banyak kepada bro yang telah memberikan sumbangan tersebut. Yang rasa terharunya ... ramai yang tak dapat hadir ...tetapi sumbangan tetap dihulurkan dengan berbagai cara ... Allah jua yang membalasnya.
"Sesungguhnya jika kita bersyukur, Allah akan menambah rezeki kita". Bersyukur dengan lisan dan perbuatan; termasuk memberikan hak kepada yang berhak. Pertambahan rezeki, bukan hanya dengan naik gaji atau elaun, duit tak keluar juga bermakna rezeki bertambah. CBX tak meragam, Kereta tak buat hal, anak dan keluarga sihat ... kaki tak terpijak paku tekan ... itu semua adalah pertambahan rezeki ... bayangkan itu berlaku ...sudah pasti RM terbang ....
Selamat Hari Raya ... Maaf Zajir Bathin
Nota: Post ini sengaja dilewatkan ... maklumlah bulan puasa ni tak banyak aktiviti kelab ... adalah post baru 7-10 hari.
Istana Budaya - Tempat Bermula
Dua Bikes Terawal - 1 CBX dan 1 RD
Bro Nizam, Presiden RD Club ... TQ bro ...
Ketibaan lain-lain RD
Bincang-bincang, borak-borak bertanya Khabar
Mengambil angin dan melepas angin ...
Voyager Chrome .... Uncle benar-benar salute bro Nordin (Roy dah beri gelaran Nordin Chrome)
Manbalok mencuba-mencuba Chrome bike tu ...Jiban tak jadi nak sikat rambut ... kepala botak mana boleh sikat ...
CBX big brother ... Abang Dino
In Action ....
Bikes dan bikers ...Uncle punya dan abang dino kena parking tempat lain ... sebab warna putih ... tak apalah ye bang ...
Tiba dirumah anak yatim ...lelaki.
Melepaskan penat dan lelah. Sambil tu, sembang apa lagi, kalau tidak pasal bikes
Yang lain didalam rumah
Sebahagian penghuni asrama lelaki
Usrah petang
Datuk K memulakan program ride
Bro Nizam,
Roy,
Jiban sempat dapat anak .....
AF sedia berkhidmat
Peace ....
Amin .....
Sebelum pulang ... oleh kerana terawih telah terlewat ... kami pekena tah tarik aja ...
Mengatur Program Annual Ride Ke Pantai Timur Hujung Tahun ni ... confirm walau berapa orang pun
Sedia berangkat dan berpisah
Kalau tengah malam ... Spark Plug Ni naik Harga Tau ....