- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Metro Ahad 26 Ogos 2007 - Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Metro Ahad 26 Ogos 2007 - Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau






Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau

Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/BeritaUtama/20070826112516/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Minah rempit kini semakin berani meletakkan diri mereka di dalam carta sampah masyarakat berikutan penyebaran beberapa klip video kumpulan itu di internet dalam keadaan memalukan.

Jika sebelum ini banyak kumpulan mat rempit merakam aksi berani mati, kini minah rempit pula bertindak lebih dahsyat apabila secara sukarela membiarkan aksi jijik mereka dirakam dan kemudian dimuat turun di internet, termasuk laman web antarabangsa.

Kebanyakan klip video itu boleh didapati di laman web YouTube dengan menaip perkataan Minah Rempit. Laman web itu kemudian memaparkan 63 transaksi atau klip video berkaitan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Metro Ahad yang melayari laman web itu hanya mendapati lapan daripada klip video berkenaan memaparkan aksi melampau minah rempit, dengan tiga menunjukkan aksi kelucahan melampau yang memalukan.

Klip video terbaru minah rempit yang dimuat turun ke laman web YouTube seminggu lalu adalah paling berani bertajuk Drunken Minah Rempit Show Off (DMRSO) memaparkan seorang minah rempit membuka baju dan menunjukkan payu daranya ketika membonceng motosikal ditunggang seorang mat rempit.

Dalam klip video selama 46 saat itu, minah rempit bertopi keledar itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang mengekori untuk merakam aksinya.

Walaupun baru seminggu dimuat turun dalam YouTube, klip video itu mencapai lebih 6,000 hits atau ditonton 6,000 kali oleh mereka yang melayari laman web itu.

Ini perkembangan terbaru yang bukan saja memperlekehkan kewibawaan penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga mencemarkan imej negara, terutama klip video itu dimuatkan turun ke laman web antarabangsa, sekali gus boleh ditonton di seluruh dunia.

Selain DMRSO, klip video yang turut mendapat sambutan hangat di internet bertajuk Mat N Minah Rempit memaparkan aksi minah rempit berdiri lalu membuka baju dan menunjukkan payu daranya dalam aksi mengghairahkan. Di belakang minah rempit terbabit ialah seorang mat rempit memakai topi keledar.

Klip video lain bertajuk Awek Rempit Kena Raba pula menunjukkan seorang mat rempit meraba dan memasukkan tangannya ke dalam coli seorang minah rempit di warung sambil diperhatikan beberapa rakan mereka.

Sebelum ini, klip video bertajuk Awek Kedah Merempit (AKM) yang menunjukkan seorang minah rempit secara selamba tanpa rasa takut berdiri di belakang motosikal ditunggang secara wheelie oleh seorang mat rempit mendapat sambutan hangat di laman web berkenaan berikutan ia dikatakan aksi paling hebat pernah dilakukan minah rempit.

Begitupun, di dalam YouTube ada beberapa klip video yang sama dengan AKM tetapi mempunyai tajuk lain seperti Remix Mat Minah Rempit Mengganas, Minah Rempit dan Awek Kedah.

Aksi lain minah rempit di laman web YouTube ialah klip video bertajuk Minah Bertudung Pacak menunjukkan dua gadis bertudung cuba melakukan aksi wheelie. Satu lagi klip video sama pula menggunakan tajuk Apa Le Nak Jadi.

Klip video bertajuk Minah Rempit U pula menunjukkan sekumpulan minah rempit yang tidak memakai topi keledar menunggang lima motosikal di kawasan jalan utama, manakala Awek Tenggek membabitkan aksi minah rempit membonceng motosikal sambil menaikkan punggungnya untuk menarik perhatian mat rempit lain.

Klip video terakhir ialah Rempit yang menunjukkan minah rempit di atas motosikal pada siang hari menonton sekumpulan mat rempit menunjukkan pelbagai aksi berbahaya.

Semua klip video itu turut disebarkan menerusi telefon bimbit dan e-mel.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, berang dengan apa yang berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha menduga kesabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau dipetik sebagai berkata, kehadiran klip video yang mudah diakses melalui internet dan telefon bimbit itu akan menimbulkan masalah apabila ada pihak, terutama remaja cetek akal, ghairah meniru aksi berkenaan.

Penyebaran klip video terbaru itu menunjukkan kumpulan rempit, termasuk minah rempit, semakin ganas dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian masyarakat, seolah-olah perbuatan mereka sesuatu yang glamor.

Aksi ganas minah rempit terbaru ialah pada 18 Ogos lalu apabila seorang remaja perempuan berusia belasan tahun menendang motosikal anggota Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menyelamatkan teman lelakinya ketika cuba ditangkap dalam operasi mencegah mat rempit di Bandar Tun Razak, di sini.

Berikutan itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamza Taib, mengumumkan Skuad 42 yang diwujudkan khas untuk membanteras lumba haram yang kini hanya beroperasi di ibu kota akan diperluaskan ke negeri lain, terutama Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor.

Bukan mudah untuk menangkap dan menggempur kegiatan lumba haram kerana mereka licik dan berani. Sebab itu perancangan lebih teratur dan fokus perlu dilaksanakan, termasuk melakukan penyamaran, katanya.

Beliau berkata, sejak 2005 hingga Julai tahun ini, seramai 1,557 pelumba haram ditangkap mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan Melayu seramai 1,436 orang, Cina (51), India (63) dan kaum lain (tujuh).

>Tidak boleh berfikir secara rasional

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak seawal usia enam hingga tujuh tahun pun ada perasaan malu dan tidak sanggup membiarkan alat sulit mereka dilihat orang lain.

Apa yang mereka (minah rempit) lakukan memberi gambaran ada yang tidak kena dengan perkembangan kognitif (kemahiran berfikir secara rasional) mereka, kata Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis.

Beliau mengulas keberanian minah rempit melakukan aksi lucah untuk dirakam, termasuk menunjukkan payu dara yang kini tersebar di internet dan telefon bimbit.

Dr Mastura yang terkejut dengan pendedahan itu menyifatkan pelakuan minah rempit terbabit satu petanda gejala sosial yang sangat buruk dan ketara.

Katanya, pelakuan seperti itu mungkin dapat dielakkan jika ibu bapa minah rempit berkenaan mengambil berat pergerakan anak mereka.

Di mana ibu bapa mereka? Sepatutnya ibu bapa memantau pergerakan anak. Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Sekurang-kurangnya tindakan itu mampu menghalang pelakuan seperti itu, katanya.

Dr Mastura berkata, minah rempit yang terbabit dengan pelakuan memalukan itu perlu dibantu supaya tidak terus hanyut dengan dunianya.

Katanya, antara bantuan yang boleh diberi ialah mengalih perhatian mereka kepada perkara positif dan berfaedah yang sesuai dengan jiwa mereka.

Kita tidak tahu mengapa mereka sanggup berbuat begitu. Mungkin bermula daripada tekanan, mahu bebas dan tiada hala tuju.

Disebabkan itu, mereka bercampur dengan mat rempit dan bergelumang dengan maksiat sehingga pada satu tahap tiada perasaan malu, katanya.

Sementara itu, Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, berkata pelakuan minah rempit terbabit mungkin didorong perasaan mahu membuktikan mereka lebih hebat daripada minah rempit lain.

Katanya, tidak hairan, ada yang berani melakukan aksi lucah, kononnya supaya mereka lebih dihormati.

Di kalangan minah rempit memang wujud sentimen seperti itu. Gara-gara mahu dilihat lebih hebat, mereka sanggup melakukan apa saja.

Mereka tiada perasaan malu, malah berbangga dengan perbuatan yang dilakukan, katanya yang aktif bersama ahli kelabnya mendekati mat rempit dan minah rempit untuk memberi kesedaran.

Azhanyzam berkata, ada kemungkinan minah rempit yang sanggup melakukan perbuatan memalukan itu di bawah pengaruh dadah.

Apabila dalam keadaan tidak sedar, mereka tidak menyedari perbuatan mereka. Suruhlah mereka berbuat apa saja, mereka akan melakukannya, katanya.



-- Edited by zackbikers at 01:06, 2008-11-02

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau


APOLA NAK JADI NGAN MUDO MUDI ZAMAN SEKAGHANG NI...
ISH ISH ISH...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

biar t'jbak jgn t'lajak....
2 jer....

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

entahlah yang nak jadi dengan budak-budak sekaarang nie...!!! sepatutnya mereka menjaga nama baik keluarga tetapi sebaliknya... sangat mengaibkan...!!!

__________________
Insan dicipta adalah untuk mentadbir dan menguruskan muka bumi ini dengan sebaik-baik mungkin bukan tanpa tujuan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:



~ni keratan akhbar Metro Ahad, 26 Ogos 2007

__________________
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard