- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Klip Video Cabul Gadis


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Klip Video Cabul Gadis


Harian Metro, 25 Mei 2007


Klip video cabul gadis

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.

Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.

Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.

Difahamkan, klip video panas bertajuk lauk itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman panas itu dipindahkan melalui bluetooth.

Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.

Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.

Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan.

Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu, katanya.

Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.

Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.

Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati, katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.

Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.

Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit, katanya.

Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.

Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata aku nak balik berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.

Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya, katanya.

Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.

Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.

Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.

Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka, katanya.

Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.

Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Link Harian Metro> http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20070525095251/Article/indexm_html

-- Edited by zackbikers at 03:57, 2007-05-27

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Harian Metro, 26 Mei 2007

Sukar bendung tindakan biadab Mat Rempit

http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Saturday/Setempat/20070526122148/Article/indexm_html

KUALA LUMPUR: Kita tidak dapat bendung masalah seperti ini sepenuhnya kerana ia tetap akan timbul sepanjang proses kita melakukan perubahan terhadap golongan Mat Rempit ini, kata Pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Perkara ini mesti akan timbul juga dan bagi mereka yang dikenakan tindakan mahkamah, kita pun tidak berminat untuk mengambil mereka sebagai ahli Putera UMNO. Namun apa yang ingin dikatakan di sini ialah kita cuba untuk melakukan perubahan terhadap golongan ini, katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini, semalam mengenai sekumpulan remaja Mat Rempit yang bertindak biadab apabila merakam aksi melampau mereka mencabul seorang gadis Melayu bertudung menggunakan telefon bimbit.

Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.

Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.

Difahamkan, klip video panas bertajuk lauk itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.

Sementara itu, RD Club Malaysia dan Pekida Taman Desa, Seputeh yang memberi kenyataan balasnya berkata, mereka amat kesal dan mengutuk keras terhadap tindakan Mat Rempit terbabit yang mencabul gadis itu.

Presiden RD Club, Azhanyzam Zakaria, berkata pihaknya mengarahkan ahli kelab supaya turun padang untuk membantu pihak berkuasa memantau gejala buruk itu daripada berleluasa.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap apa yang dilakukan Mat Rempit terbabit dan berharap supaya pihak berkuasa akan mengenakan tindakan setimpal kepada mereka, katanya

__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:

ui..jahat betul la budak2 rempit zaman skang..pandai pulak sorok muka..

__________________
Study....Study....Study... =_=


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

mmg jahat pn bebudak skrg nih... biar mati kena langgar lg bagus daripada buat dosa bnyk2... grr,,,

__________________

dah nak bersara pakai tzm, pakai kriss ajer.. ehehe...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:

tk patut betul la..aku dah tgk video tuhh tapi separuh je..sian aku tgk dak pempuan tuhh

__________________

ori350ow0.png

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard