Prez, 14 and 15 haribulan Julai tahun 2007 nih ada perhimpunan motosikal klasik kuantan. Taknak join ker??? sbb acara nih lebih kurang cam yg kuala kangsar jugak la. Event yg sama sblm nih pun geng RD Club Kuantan dah join. Buat kali kedua urusetia yg sama ada jemput geng Kuantan. Sukacita dimaklum kan dorg ada jemput Geng RD Club Malaysia untuk join. Kalau bole dapat la kiranya Mr Prez bagi detail alamat RD Club Malaysia untuk dorg anta surat jemputan ke acara tuh. hehehhe...Bole la MR Prez bwk anak buah repeat ride ke Kuantan lagik... Acara mmg meriah sbb dorg wat tepi pantai...khemah n chalet disediakan pihak penganjur... acara memukat juga diadakan kerana pemintaan ramai spt acara sblm nih. Geng Klasik seluruh malaysia sudah dijemput dan dorg dah menyatakan kesudian untuk datang spt acara yg sama sblm nih.
Prez, 14 and 15 haribulan Julai tahun 2007 nih ada perhimpunan motosikal klasik kuantan. Taknak join ker???
sabar zie...aku tengah tunggu berita pasal event motor yang nak buat kat pantai balok. bulan yang sama cuma tarikh berlainan. kalau off event tu, klasik bike punya event masuk dalam kalender rd club. dun woorry...kim salam kat adi... pesan kat dia jangan lupa kat koi lak...
Tempat : KLCC (Kuala Lurau Camp Center) Janda Baik Pahang Darul Makmur Tarikh : 9 Jun 07 10 Jun 07 Anjuran : Southern RD Members
Berhubung dengan perkara di atas, di sini saya sebagai wakil kepada pihak penganjur majlis, ingin menjemput tuan/puan/encik/saudara/cik ke majlis tersebut. Untuk pengetahuan, Southern RD Members adalah kumpulan bermotor yang terdiri daripada pemilik Yamaha RD daripada negeri Melaka dan Johor.Aturcara majlis adalah seperti berikut:
Hari pertama (Sabtu-9 Jun 07):
8.00 a.m- semua peserta dari daerah Batu Pahat dan Muar berkumpul di tol susur keluar PLUS Pagoh arah utara.
9.00 a.m- mula bergerak menghala ke utara dengan jentera RD masing-masing.
9.30 a.m- berhenti di hentian R & R Air Keroh bertemu dengan peserta dari negeri Melaka untuk bersama-sama meneruskan perjalanan.
11.30 a.m-bertemu dengan kumpulan pemilik YAMAHA RD dari Bangi di susur keluar Kajang-Bangi arah utara.
1.30 p.m- tiba di KLCC, Janda Baik. Sesi pendaftaran dan berehat (makan tengahari).
2.30 p.m- mendirikan khemah untuk bermalam.
3.30 p.m-minum petang.
4.00 p.m-pertandingan tarik tali antara kumpulan peserta dan acara sukaneka.
(Aktiviti Bebas)
9.00 p.m-semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat atau ucapan dari pihak penganjur.
9.30 p.m-karaoke dan BBQ.
Hari kedua (Ahad-10 Jun 07):
8.00 a.m- sarapan
(Aktiviti Bebas)
12.00 p.m-makan tengahari
1.00 p.m-buat pemeriksaan ke atas motosikal masing-masing.
3.00 p.m-sesi bergambar.
3.30 p.m-majlis bersurai.
* setiap penyertaan dikenakan bayaran RM20/orang.
Harapan kami agar tuan/puan/encik/saudara/cik dapat hadir dan dengan penyertaan itu dapat memeriahkan lagi majlis ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Mohamad Faiz Amiron (019 3342 944) atau Nasrul Nazarudin (013 6949 200)
Yang benar,
MOHAMAD FAIZ AMIRON (wakil Southern RD Members) 11 May 2007
WOW!!masti best gila program ni kn bang!!rugi lh sape yg xpagi!!HEHEHEHEH....mesti ade moto2 yg lg pelikkan kt jumpe nnti!!oleh itu siapkan lh jentera2 RD ANDA DGN SEGERa..rugi x pegi...
~sementara nunggu geng southern sampai, aku, fendi ngan edy amik keputusan tunggu derang kat genting sempah. tapi naik genting sempah ikut jalan lama @ gombak. saja nak layan corner~ :) :)
rugi nye x pegi..... nak buat cam mane..dah bapak aku buat kenduri kat kmpg kene la balik.. aku tgk gamba pun da enjoy..klau pegi lg la enjoy... aku nak sangat tgk yp farid mlake .. dulu sama sama pakai lc125... sama sama kene tinggal bila time konvoi.. skarang sama sama pakai yp....sapa la pulak yg nak kene tinggal blakang ni.. he he... cam laju je moto aku he he he..