Pada 3-4 Januari 2007, sebanyak 50 buah motorsikal geng RD CLUB dah gegar Teluk Kemang, Port Dickson. Memang best punya ride le. Minta maaf la pada sesapa yang nak pergi tapi tak dapat pergi, laporan bergambar ni memang boleh mementelkan jiwa raga. Hahahahaha!
Idea ride ni sebenarnya datang daripada Brader Otai Wak Bakar, Presiden RD CLUB Selangor Utara dari Tg. Sepat. 'Brader Otai' ni kira macam darjah kebesaran la, macam Tan Sri atau Datuk tu. Ni RD CLUB Malaysia Admin je yang bagi. Kira atas idea dan usaha Wak Bakar yang jadikan ride ni berjaya. Cayalah Wak!!!! Yang banyak membantu lak dari Unit AR 125 iaitu Din AR Banting dan Apis AR Jln Kebun. Tima kasih la korang. Korang memang hensem ler. Dan kepada semua geng-geng RD CLUB dari Sendayan, Banting, Bagan Lalang, Nilai, Shah Alam, Gombak, jajahan KL, dan tah dari mana yang aku pun tak blajar time matapelajaran Geografi dulu. Sori la yang tak tersebut.
Apa-apapun ride ni sebagai pembukaan ride RD CLUB di tahun 2007 ini amat berjaya bagi menghimpunkan semua kawan-kawan yang sama minat tanpa mengira perbezaan pangkat, umur, bangsa, agama, dan lain2 perbezaan termasuk perbezaan mata wang.
Diharap Ride Tahun Baru Cina 2007 ke Melaka ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai lagi kawan-kawan kita. Tau ramai yang geram nak start motor tu. Hehehe.
Pagi Sabtu tu sebenarnya den baru baik demam. Tengok ada 20 sms dari Din AR125 Banting mintak tolong ikut ride sambil arrangekan penginapan kat PD. Nak tak nak terpaksa jugak sorong keluar YP kesayangan yang dah 2 minggu terperosok dalam bengkel sebab den kena demam. Bukak internet, booking lebih kurang banglo, bank in lebih kurang sewa pastu repair YP apa yang patut. Sempat la tukar handle yg bengkok sikit tu. Kul 5pm siap nak bergerak ke PD. Calling2 ramai geng KL tak dapat join. Ada yang sen takde, ada yg motor masuk bengkel untuk ride Tahun Baru Cina, ada yang demam la....macam2. Nampaknya terpaksa lone ranger la ke PD. Sampai PD kul 7pm. Ambik kunci banglo, layang tengok TV. Den yang dah lama tak tengok TV terpaksa la melayan berita TV3 tengok Karam Singh Walia berpantun, Majalah 3 ngan cite cintan Korea. Naik selenga siut. Nasib baik dalam kul 11pm Din Banting call kata dah sampai. Seronok kawan2 ada.
Malam tu memang tak boleh tidur la. Melayan Wak ngan Gondol merapu malam2. Dengan peristiwa Gondol jadi bomoh terjun. Pastu Khairun Batang Kali datang lewat pagi dengan anak mami cun. Minum2 dulu. Kul 9am baru dapat lelap kejap. Tu pun pukul 10am kena kejut dengan Apiz ajak 'medang' (sarapan) kat Teluk Kemang.
Keterangan gambar> Motor RD CLUB di Dataran Teluk Kemang sambil geng2 RD CLUB sarapan sambil cuci mata.
Tengah minum sambil tunggu geng Kl dan Edy Bond sampai, ada jugak pembentukan kumpulan baru iaitu geng ABC. Ni si Din Banting AR125 punya kerja la. Dah la tidur kat meja kedai makan tu, bangun2 terus order ABC. Jahat lak ABC tu. Siap ada serombong kapal bersalut coklat. Sambil layan ABC tu sempat jugak rekrut anggota baru. Sapa lagi kalau tak Mr. Gondol. Pastu diracun nya lagi dua member2. Yang lain dah nak balik banglo rehat terpaksa tunggu geng ABC ni melayan sedut ABC slow2. Hampeh! Hehehehe.
OOS665 wrote: hello mr presiden gambar ini saja ke.. there is any more pictures and if u have please dowmload the pictures, please is a small requst...
hello...just upload the pic. sapa ni? kalau nak full scale pic, I can put it in cd. original big scale. if in area kl, tomorrow evening can meet me at dtebing, dataran merdeka and I can give the cd. only rm2 or rm3 for the cd.
Dah lepas check out, bebudak ni repeat balik Teluk Kemang. Kali ni lepak kat tepi laut sambil layan minum air kelapa. macam kat Hawai lak. Pastu sususn motor panjang2. memang gempak. Ada 50 bijik motor. Tau2 je la panjang dia. Otek lalu pun siap tunjuk best. Nak saman lak buku saman dah nak abis. Motor lak banyak. Lalu buat tak tau je la. Hehehehe. Gurau jer.
Dah penat bergambar, dah penat bercanda tepi pantai sampai ada yang sempat lari mandi laut sorang2 pakai seluar jeans, kul 4pm mula bertolak balik. Dah bersalam-salaman dengan janji nak jumpa lagi, konvoi RD CLUB bergerak pulang ke destinasi masing2 dari Teluk Kemang.
Keterangan gambar> Lepak tepi laut sambil susun motor. Ambik gambar untuk kenangan. Best!
Nasib baik motor problem sikit2 motor RGF yang cun tu. Owner lama budak RD CLUB jugak, tapi dah jual. Beli balik pun lepak RD CLUB jugak. Bak kata, sirih pulang ke junjung. Ceewah!
Keterangan gambar>
Gambar 1: Kitaorang tolong! Tolong tengok dan tolong buat lawak je. Hehehehe.
Gambar 2: Moto RGF ni sebenarnya boleh start. Saja aku nak dera depa tolak. Kwang! Kwang! Kwang!
Penghargaan tak terhingga kepada Brader Otai Wak Bakar, pencetus idea dan tunggak utama yang bertungkus lumus promote ride ni sampai demam2. Cayalah Wak! Turu dulu. Hehehehe.
Mr. Prez nape skang dah tak upload picture aktiviti kat dlm galeri gambar? Transfer la prez boleh kite semue tgk.walaupun xdpt join tp dpt gak tgk. Untuk buat pengubat hati N rindu nak ride nie.hahahaaaaa