Seperti yang dijanjikan, ride ke PD dicadangkan diadakan pada Krismas ini, tetapi dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Namun atas permintaan ramai, diteruskan juga ride tersebut. Walaupun short notice, tetapi Admin RD CLUB cuba usahakan agar ride dan ghatering ini berjaya.
Oleh kerana kesuntukan masa, Admin RD CLUB mengadakan program secara one day basis iaitu semua geng2 dan rakan2 RD CLUB berkumpul di Teluk Kemang (lokasi akan dimaklumkan) pada tengahari Isnin 25 Disember 2006. Dijangka lokasi tahun2 lepas iaitu di Dataran Teluk Kemang ataupun hadapan Petronas (dekat2 dengan Hotel Sri Malaysia). Bagi yang tidak jauh lokasinya boleh terus bergerak ke PD pagi Isnin tu kerana paling lama dari KL ke PD pun tak sampai satu jam setengah.
Event tidak dapat diadakan secara bermalam kerana penginapan telah penuh memandangkan cuti umum tetapi Admin RD Club akan berada disana sejak petang Ahad 24 Disember 2006 lagi.
Bagi yang ingin bermalam boleh hubungi Prez (0133501767), namun penginapan terhad ler.
Apa2 pun..ride memang best. Cayalah. Sapa yang tak pergi memang rugi tahap cipan la. Dalam kul 6 pm bergerak keluar dari PD selepas geng Seremban, Adi Tip Top dan Ayus RGF sampai. So, jumpa lagi di ride akan datang. Tq geng Banting & Seremban. Adioz.