Adalah dimaklumkan bahawa majlis kenduri kahwin Cikgu Musa YP akan berlangsung di Sg. Siput, Ipoh, Perak pada hari Ahad, 26 November 2006 ini. Satu ride akan diadakan ke sana. Bagi yang dapat bersama dengan ride ini, sila hubungi Prez .> 013-3501767
Cikgu Musa
-- Edited by zackbikers on Thursday 16th of November 2023 01:16:30 AM
Ahad, 26 November 2006. Pagi2 lagi jam 9 am, saya dengan Eman (yang tak berapa kisah) dah terpacak di Hentian Jejantas Sg. Buloh, tempat checkpoint pertama untuk ke rumah Musa YP.
Dekat kul 10 lebih baru le Edy Bond ngan Lan 125 sampai. Rupanya Lan test ride jentera baru, tu yang sembab. Punch kad lagi kat Bluehyppo. Aku dah naik berangin menunggu.
Sampai Hentian Tapah kul 12.30 tengahari selepas maintain 120-140kmh. Yang sampai awal saya, Edy dan Eman. Rupanya RZ Man jammed panas. Nasib baik Lan ada kat belakang sebagai sweeper. Boleh tunda. Kebetulan ada sorang hamba Allah naik TZM yang kerja askar dalam perjalanan dari JB ke Alor Star tolong tunda juga RZ tu ke Hentian Tapah. Tima kasih. Check2 tak boleh jugak jalan. Terpaksa di tunda sampai Ipoh.
Sampai kat Tol Simpang Pulai, Khairul sampai dan terus bawak gi umah dia. Check RZ tu rupanya piston sudah sumbing. Minyak @ 2T kurang agaknya. Blok calar dalam. Terpaksa direbore dan ditukar piston. Takde pilihan selain tinggalkan RZ tu kat Ipoh untuk dibaikpulih. Tapi ride ke kenduri Musa perlu diteruskan. Bonceng menbonceng membawa berkat ler.
Terus gerak ke Sg Siput dengan di ketuai oleh Khairul @ Kahzan.
On the way ke Sg Siput, hujan lebat lak. Kena la berteduh kejap. Nasib baik ada ane berteduh sekali. Boleh tanya jalan. Hujan reda sikit, redah je. Janji sampai.
Sampai kat Sg Siput memang dah lecun kena hujan ler. Tanya2 orang jumpa la Kg Simpang Temin. Cari umah lak tak jumpa. Pusing2 ada la budak2 kampung tu bgtau. Lega.
Sampai2 tengok budak2 Penang pun baru sampai. Tengah menjamu selera. Tetamu lain dah balik. Ye la..dah kul 5 petang. Hujan lak tu. Turun motor, salam2 dengan geng Penang....terus carik nasi. Lapar beb. Lauk lak sedap2. Erm..bukan lapar dah ni, ni dah gelojoh. Tengok je la Edy ngan Lan melantak. Lagi2 Lan..memang kebulor ler.
Dah kenyang, baru sedap sembang dengan sahabat lama. Lagi-lagi Pak Lan ngan Chang ada. Orang lama RD CLUB Kedah. Erm..tak abis2 la menyembang sampai lupa nak balik. Sempat la snap sikit pic suasana kat sana. Otai2 RD CLUB ngan junior beramah mesra.
Hari dah malam, masing2 mula kalut nak balik. Ikutkan rasa nak tidur kat sana jer sembang dengan kawan2 lama. Tapi kena balik jugak sebab Isnin kerojer. Ada yang ke Penang, ada yang ke Sg Petani, ada yang ke Ipoh dan ada yang ke KL.
Org tua Musa sibuk nak bagi bekal lauk pauk bawak balik. Daging rendang memang sedap. Best.
Semenatara yang lain menuju ke destinasi masing2, saya, Eman, Khairu dan Lan menuju ke Ipoh bagi menguruskan RZ Man Rawang tu. Sempat la rehat jap kat umah Khairol. Dah settle, layan char kuew teaw sambil sembang dengan Afzal Ipoh, pastu terus gerak ke KL. Kebetulan lampu YP saya boleh short lak. Dah tak berlapu layan highway tu. Sampai area Bukit Beruntung, tali minyak putus lak. Ditunda la YP tu oleh Lan sampai ke Hospital Sg Buloh untuk di parking pastu terus ke rumah saya. Penat siut. Dah kena emergency leave gua.
Kebetulan lampu YP saya boleh short lak. Dah tak berlapu layan highway tu. Sampai area Bukit Beruntung, tali minyak putus lak. Ditunda la YP tu oleh Lan sampai ke Hospital Sg Buloh untuk di parking pastu terus ke rumah saya. Penat siut. Dah kena emergency leave gua.
huhuhuhu.... mcm2 ragam ride kali nieh..... tapi ride tetap meriah diluar jangkaan..... Rz man dah dihantar ke bengkel... 2 hari siap la kot sbb abg faizul byk keje nanti dah siap dpt la rasa naik RZ man....
kazhan wrote: huhuhuhu.... mcm2 ragam ride kali nieh..... tapi ride tetap meriah diluar jangkaan..... Rz man dah dihantar ke bengkel... 2 hari siap la kot sbb abg faizul byk keje nanti dah siap dpt la rasa naik RZ man....
nak pinjam motor orang sms dulu mintak izin. kang jadi apa2 lak. bagitau abg perkembangan terkini. k.