- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


SAYA merupakan mat motor dan pernah terlibat dengan aktiviti ekstrem sehingga dikenakan tindakan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 Seksyen 49(1) pada 1990-an.


Jika apa yang saya lakukan seperti berlumba, melakukan aksi bahaya dan pelbagai gelagat di luar norma penunggang motosikal yang normal itu dikatakan lagak mat rempit, maka wajar saya digelar mat rempit. Dan saya tidak bangga pun akan gelaran tersebut.


Pengalaman lampau membuatkan saya lebih kenal dunia mat rempit yang heboh diperkatakan sekarang. Jika dibaca, dilihat dan didengar, mat rempit adalah remaja yang jahat, memberontak, seks bebas, mempertaruhkan perempuan sebagai hadiah perlumbaan haram, curi motor, bergaduh, peminum arak, salah guna dadah dan pelbagai lagi perangai liar.


Simptom mat rempit sebenarnya telah wujud sejak tahun 1970-an hingga sekarang. Perbezaannya adalah cara merempit mengikut perkembangan zaman. Malah kepesatan ekonomi dan pemodenan juga menyumbang kepada perubahan gejala rempit.


Dengan sebuah motosikal boleh dibeli dengan membayar deposit semurah RM200 dan penurunan taraf penggunaan motosikal sebagai alat pengangkutan pilihan kedua kerana lambakan kereta yang murah di pasaran juga menjadi faktor penyumbang.


Jika dulu anak-anak muda bergerak dengan berjalan kaki dan menaiki bas, sekarang mereka bebas ke mana-mana sama ada menunggang motosikal sendiri atau motosikal kepunyaan ayah dan abang.


Jika dahulu aktiviti mereka hanya dalam lingkungan satu kilometer dari rumah, kini mereka boleh bergerak melebihi 20 kilometer.


Atas pelbagai alasan termasuk kebosanan dan pengaruh rakan sebaya, pada malam minggu sahaja dianggarkan lebih 500 hingga 1,000 mat rempit berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata gejala rempit sekarang menjadi cara hidup remaja masa kini.


Lihat sahaja laman web Myspace. Rata-rata remaja bersekolah atau pun berusia awal 20-an menjadikan rempit sebagai cara hidup dan ikutan untuk menjadi lebih cool tanpa mengetahui implikasi buruk di sebaliknya.


Kumpulan-kumpulan mat rempit baru tumbuh bagaikan cendawan. Majoriti berumur 13 tahun hingga hujung 20-an.


Jika semuanya ditangkap, disabitkan kesalahan dan dihukum, mereka bakal menjadi banduan. Adakah kita mahu bekas-bekas banduan menggantikan tempat kita?


Dalam kita sibuk menuding jari dan menuntut hukuman yang lebih tegas, fikirkanlah adakah pernah kita mendidik anak-anak kita tentang gejala buruk rempit ini?


Di sekolah ada kempen keselamatan jalan raya, tapi berapa ramaikah pelajar yang benar-benar dilibatkan di seluruh negara?


Saya sebagai Presiden Kelab Motosikal RD CLUB, telah 10 tahun berkempen membanteras lumba haram dan kegiatan rempit, namun tidak terdapat satu pun risalah Majlis Keselamatan Jalan Raya mengenai gejala tersebut.


Saya terpaksa menggunakan risalah Agensi Dadah Kebangsaan bagi menasihatkan mat rempit supaya jangan menggunakan dadah berbahaya ketika menunggang.


Walau pun RD CLUB tidak mendapat bantuan daripada kerajaan, kami tetap bergerak walau dengan dana kewangan yang amat terhad.


Sesekali apabila melihat mat rempit mengangkat tayar hadapan atau berdiri di atas motosikal ketika motosikal sedang bergerak di jalan awam, pasti gelagat mereka dipandang dengan penuh rasa benci.


Tetapi tahukah kita bahawa di luar negara, aksi yang memerlukan skil yang tinggi itu juga menjadi kegilaan mat motor di sana.


Namun aksi tersebut yang dipanggil stunt dialihkan dari jalan awam ke lokasi khas sama ada kawasan parkir atau kawasan lapang jauh dari jalan awam untuk dijadikan tontonan penonton.


Aktiviti tersebut yang dipantau dan dikawal dapat dikomersialkan sebagai pertunjukan motosikal sama ada bertaraf tempatan mahupun dunia.


Kenapa kita di Malaysia tidak boleh menyediakan lokasi dan kemudahan lain bagi aktiviti seumpama itu. Mat rempit suka aksi mereka ditonton orang lain, maka jalan raya awam menjadi tumpuan mereka kerana terdapat penonton.


Wajar kita menyediakan prasarana khas untuk mereka beraksi tanpa gangguan pihak berkuasa dan tanpa mengganggu orang lain.


Tentulah tidak semua mat rempit akan menggunakan prasarana khas yang disediakan untuk mereka, tapi majoriti akan ke sana.


Hanya mat rempit tegar sahaja akan terus beraksi di jalan raya awam.


Disebabkan bilangan mereka tidak ramai, pasti lebih mudah bagi pihak berkuasa untuk membanteras mat rempit tegar ini.


Secara tidak langsung, prasarana yang disediakan dapat mengasingkan mat rempit tegar dan mat rempit tidak tegar.


Saya amat bersetuju jika mat rempit tegar itu digelar mat bodoh kerana setelah diberi pendidikan dan peluang untuk beraksi secara sihat dan selamat, mereka masih tidak menggunakan akal untuk berubah.


Apa pun, mereka hanyalah sekadar anak-anak muda yang melakukan kesalahan trafik. Jika disabitkan kesalahan dan selesai menjalani hukuman, mereka mestilah diberikan bimbingan melalui motivasi dan kaunseling.


Jika tidak, mereka akan terus terawang-awang dalam mencari hala tuju dan akhirnya kembali ke kegiatan lama.


Malah dikhuatiri mereka yang telah menjalani hukuman tapi tidak berubah, akhirnya akan menjadi lebih ekstrem dan ganas.


Kesimpulannya, kita tidak boleh hanya menghukum, tapi mestilah mendidik di sekolah dan melalui kempen serta ceramah.


Kita mestilah menyediakan prasarana dan mengatur program untuk mereka. Kita juga hendaklah menyediakan program pemulihan selepas hukuman dalam bentuk motivasi dan kaunseling.


Saya telah menyaksikan aplikasi rangkuman beberapa aspek tersebut berjaya membentuk seorang mat rempit yang telah menjalani hukuman penjara untuk menjadi seorang guru sekolah yang amat berdedikasi.


 

AZHANYZAM ZAKARIA,


Presiden RD CLUB.



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm







-- Edited by zackbikers at 12:21, 2008-07-23

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 84
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


Sayer setuju dengan pendapat Mr.Pres tu.......kadang2 tu,sayer nak naik motor pun dah segan,cuak pun ade,sakit ati pun ader.....mentang2 la sayer mampu RXZ jer...terus dapat gelaran mat rempit...sedih tulsegan sebab rase mcm budak2 plak bile naik RXZ ni.....cuak bile nampak roadblok...pasal kdg2 ade anggota yg sakit ati dgn moto lain,kiter pun terbabit....sakit ati biler ader public( termasuk nenek aku,makcik aku,pak mertua aku) yg melabel penunggang RXZ sebagai Mat Rempit...TAK SETUJU!!!TAK ADIL!!!!


nanti satu ari nanti aku beli R1,siap diorang aku bakar!!!!



__________________
*ARJUNA*


Admin RD CLUB ~ Johor

Status: Offline
Posts: 261
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


EMMM...SEKARANG NI ASAL REMAJA NAIK MOTO JE MAT REMPIT....
WAK PUNYEA PENDAPAT MCM NIE...KALU KITA TAK NAK DIGELAR SEBAGAI MAT REMPIT.... JAGALAH TATASUSILA BILA MENUNGGANG DI JALAN RAYA...JANGAN SESEKALI KITA MELAKUKAN AKSI ATAU LAGAK SEPERTI MAT REMPIT...CONTOHNYA: LANGAR LAMPU HIJAU, PANTANG DAPAT PELUANG ASIK NAK WHEELLI JE, CILOK SANA CILOK SINI...MENUNGGANG MCM ORG HILANG PEDOMAN....KALU SEMUA ORG ADA ADAP SEMASA MENUNGGANG ....TAK DALAH ORG NAK KATA" MAT REMPIT TU!"...WALAU MCM NE PUN KALU PENUNGGANG MOTOSIKAL AJE YG JAGA ADAP..PENGGUNA JALANRAYA YG LAIN MCM PELESIT..KANG PENUNGGANG MOTOSIKAL PULAK JADI MANGSA...LANGGAR BELAKANG..LANGGAR LARI..MANGSA HEMPET...MCM2 LAGI LAH...MAKA SEPATUTNYA SETIAP PENGGUNA JALAN RAYA PERLU JAGA ADAP...
ADA SESAPE NAK TAMBAH?????

__________________


waKpAeS.."alon-alon anger klakon"


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


"ko ni dah x nak makan nasi ke?"sergah mak bedah kepada leman,anak bujang tunggalnye yang baru balik merempit.

*******bersambung*********

p/s-budak2 rempit ni agaknye memang x sayang nyawa dan sayangkan keluarga mereka.penat saja ibubapa membesarkan mereka tapi mereka x pernah menghargai penat lelah ibubapa mereka.mungkin betul gak dgn slot kata di atas.mereka lebih suka makan ubat/pill hospital atau makan nasi kenduri arwah kawan mereka yang mati tika merempit.

sayangi nyawa anda pasal nyawa x de jual kat kedai sparepart

__________________


Admin RD CLUB

Status: Offline
Posts: 20
Date:
RE: Forum Utusan: Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


Caya lah bang. Ni macam balas dendam je sebab gambar tak keluar utusan pasal interview mat rempit baru nih.


hahahaha. baru power. siap berani letak nama penuh tu. tapi lepas abg keluar kenyataan nih, senyap lak citer pasal mat rempit. camtu le baru leder.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 46
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


mat rempit..mat rempit...mat rempit...skang ni mmg x dinafikan ramai mat rempit yg timbul di seluruh tanah air Malaysia ni...baik kl...jb..ipoh...mahupun rembau yg merupakan satu pekan yg aman damai masa sy darjah 3 dulu...tapi skang ia telah tercemar..dek mat rempit2 yg x abis sekolah...yg x sempat masuk sekolah mahupun yg tgh bersekolah...bile eksiden ke...kene saman ke...mak bapak x nak salahkan anak sendiri lak tu....org yg kene langgar disalahkan...polis yg xtau pape pun kene sound...ape nak jadik?ape akan jadi dalam mase 10 tahun akan dtg? adakah mat moto sejati selevel (satu level) ngan mat rempit?


penah berburak la ngan sorang brader dlm lingkungan umo 30 an....ayat yg xleh sy lupe mase burak2 ngan dia "MOTO DEN PONAH POGANG LINE PODEH NI MARIN"...tapi skang jalan pun kene pakai tongkat...dulu bleh wheelie 4 tiang..skang jalan kaki 4 tiang pun x larat....


sy mmg setuju ngan pendapat MR Cool tu...asal pakai RXZ je mat rempit...roadblok xpyh citer la...nak lalu 46 kali kene pikir..kang byk lak hal..kene urin test la..chk ni la chk tu la...buang mase tol...sy sendiri penah kene kat tol sg besi...lepas 45 minit baru la dia bg balik...ni sume mat rempit yg pakai RXZ punya pasal la...hampas tol...


pendek kate...dpt je mat rempit ni...sumbat dlm penjara...bg sebat 7 kali...kurung 22 bulan...blacklistkan name dia kat sume kedai moto,pam minyak ngan kedai sparepart...bru padan muko dia...nyusahkan org tol....


 


p/s mr prez...takde hajat ke nak buat t-shirt banteras mat rempit - SAY NO TO REMP-IT!!



__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


ayat power la abg zam. kalah penulis novel. sokong! sokong!

__________________
Study....Study....Study... =_=


RD CLUB Electrical Engineering Consultant

Status: Offline
Posts: 104
Date:
RE: Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


Asalamualaikum


Lebih kurang macam ni lah asal usulnya............


Dulu masa atok aku merempit pakai BSA, bapak atuk aku marah......sangat2 katanya BAHAYA.... atuk aku degil gak.....dia merempit gak..... lepas tu turun kat BAPAK aku....tapi bapak aku tak rempit.... sebab dia kawin awal dan dah DAPAT aku....lagipun duit tak ada.....so BApak aku tak ada pengalaman rempit. Turun plak pada aku........ ATUK aku nya marah aku beli RXZ.... dia kata asik berlumba jer..... bukak mtor hari2... tah nak buat apa tah... dan macam2 lah..... tapi aku dehil gak.....REMPIT gak..... sekarang aku dah besar....dah tak rempit lagi..... TAPI anak AKU? Aku dah start bagi WARNING jangan MEREMPIT..... tapi ada kesudahannya ker?


Pokoknya MAT rempit ni tak DA pengalaman....... Macam semua orang masa muda2 ... ada pengalaman masing2.... bila besar (MATANG). Baru ada pengalaman yang dirasakan BODOH.


Berapa ramai dulu yang kaki racing!..... sekarang dah berhenti? RAMAIKAN.


Dulu diaorang tu semua DEGIL2 gak..... tak mau ikut kata.......macam aku.....dan macam semua orang yang pernah terjebak...... rempit gak...lepas tu.....TOBAT.....sama jer jenerasi sekarang niiiiiiiiiiiiiii.


Berapa ramai manusia yang bertambah? Sebab dulu orang muda tak ramai.... sekarang ni dah berganda2...... so keadaan merempit tu akan nampak lebih ketara.... dengan Penambahan penduduk!.


Apa kita perlu BUAT? Bawak anak2 muda ni bercampur dengan orang dewasa dan yang dah menempuh pengalaman bodoh tu semua. Jangan sombong dgn mereka.... ajak bercampur walaupun mereka2 tu cuma mampu ber EX5 atau sebagainya. Moral of the story jangan DOUBLE STANDARD. Kita sama2 insan FANA.


Hehehehe........itulah pendapat aku....heheheh. Apek ! lu lulu ala lempit luga MA...... sama itu LAkus....  sekalang tala lagi....sula TUA ma......itu BLAST4L0 pn ala LEMPIT manyak kuat ooooo....sekalang KAWIN ala slow.....itu ATAM....lempit YP manyak kuat luga... sekalang...lempit KATIL maaaaa.... itu bloder BANgi ala lempit sikit2 la....sekalang. Tapi dia sula ada tangkap PINGANG....sakit.....so slo la......



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

sang_kuriang wrote:



Hehehehe........itulah pendapat aku....heheheh. Apek ! lu lulu ala lempit luga MA...... sama itu LAkus....  sekalang tala lagi....sula TUA ma......itu BLAST4L0 pn ala LEMPIT manyak kuat ooooo....sekalang KAWIN ala slow.....itu ATAM....lempit YP manyak kuat luga... sekalang...lempit KATIL maaaaa.... itu bloder BANgi ala lempit sikit2 la....sekalang. Tapi dia sula ada tangkap PINGANG....sakit.....so slo la......





Hahahah. Betul la jas. Semua dah rasa pengalaman masing2. Mana yang terkorban semasa rempit dan tak merasa peluang nak cerita "Dulu aku rempit gak.." itu dah suratan Ilahi.


Tengok senarai ramai dah angkat bendera putih, aku bila lagi lak? Hehehe.


Tengok dan lihat je la. Qada & qadar tu sentiasa menunggu.


ps: pingang sakit naik rz balik johor ka maaa?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Forum Utusan> Tangani masalah mat rempit dari kaca mata mat motor


masalah mat rempit ini bukan lah ape sangat klu kita, sebagai masyarakat dapat memimpin mereka kelaluan yang betul dalam membangunkan modal insan yang sering dilaungkan oleh segelitir masyarakat.....

semoga RD CLUB dapat membantu golongan mat rempit dalam memberikan laluan yang betul dalam dunia permotoran dalam negara..... insyallah RD CLUB mampu kerna terdapat juga bekas golongan mat rempit (dulunya di panggilpelumba haram) yang berada dalam ahli RD CLUB tp kini dah bertaybat.... hahahaha

betui tak abang zam..... kikikikik

__________________
Insan dicipta adalah untuk mentadbir dan menguruskan muka bumi ini dengan sebaik-baik mungkin bukan tanpa tujuan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

ku alam wrote:

masalah mat rempit ini bukan lah ape sangat klu kita, sebagai masyarakat dapat memimpin mereka kelaluan yang betul dalam membangunkan modal insan yang sering dilaungkan oleh segelitir masyarakat.....

semoga RD CLUB dapat membantu golongan mat rempit dalam memberikan laluan yang betul dalam dunia permotoran dalam negara..... insyallah RD CLUB mampu kerna terdapat juga bekas golongan mat rempit (dulunya di panggilpelumba haram) yang berada dalam ahli RD CLUB tp kini dah bertaybat.... hahahaha

betui tak abang zam..... kikikikik




betul.... smile




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

saye sokong...
dak2 pki rxz je da d lebel rempit...
sejak saye betukar ke 5speed...
sume sudah berubah...
hehehehesmile

__________________
Balistix JoNn!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 122
Date:

bagos joNn.....

hak3...

mat rempit mmg haprak...

__________________

MR.daytona special



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

keratan akhbar tu ada....tp lupa letak kat mana...
ada nanti den scan..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard