Pada 3 Jun 2006, RD CLUB telah mendapat jemputan dari MBC Kajang bagi menyertai mereka dalam Ride Ikan Bakar di Hulu Langat. memandangkan kesuntukan masa, RD CLUB tidak dapat bersama-sama ride tersebut keseluruhannya. Jadi masa diperuntukkan bagi menyertai mereka ketika sessi makan ikan bakar di Kg. Jawa, hulu Langat. Dan dukacitanya ketika RD CLUB sampai, geng2 MBC Kajang terpaksa beransur pulang. Ini kerana mereka keletihan ride sepanjang petang serta mengenangkan yang geng2 RD CLUB ni pelahap, sure tak cukup ikan siakap kalau nak dihidangkan. Hehehehe. Gurau ajer.
Memandangkan bagi memberi sokongan dan semangat pada MBC Kajang, RD CLUB memesan makanan bagi pihak mereka yang tak datang. Dan macam tahu2 ajer geng RD CLUB datang nak memekakkan suasana dengan suara-uara yang sumbang dan sumbing, karaoke pada malam itu terpaksa disorok. Atau consider tutup.
Setelah selesai acara melahap, geng RD CLUB terpaksa pulang lebih2 lagi memandangkan dua motor RD CLUB iaitu sebijik YP250 dan LC125 takde lampu. Nak tunggu siang lambat sangat, tak dapek nak nunggunyer.
Jadi, kepada yang nak lihat gambar kenangan bolehlah klik kat sini yer.