Al-Fatihah… Datuk Dr. Fuad, Presiden Pekida telah kembali ke Rahmatullah hari ini, pagi Isnin 24/04/06 lebih kurang jam 5.30 am.
Jenazah Datuk Dr. Fuad telah selamat bersemadi di tanah perkuburan Dato Keramat. Jenazah beliau disempurnakan selepas solat jenazah dan solat zuhur di Masjid Dato Keramat (Al Akram). Ramai adik beradik yang hadir memberikan penghormatan buat kali terakhir temasuk VIP yang kelihatan di tanah perkuburan iaitu Dato Noh, Datuk Astaman, Ayahanda Malik Ranting dan ramai lagi.
Takziah kepada Datin @ ibu serta keluarga.
Semoga roh ayahanada Datuk Dr. Fuad bersemadi dengan aman dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
ps: Alllahyarham merupakan penyokong RD CLUB dan amat berbangga dengan aktiviti dan program amal yang RD CLUB lakukan. Ketika bertemu dengan beliau di Hospital Pakar Damansara, beliau berpesan pada saya agar teruskan usaha murni yang dilakukan ini. Semoga roh beliau aman. Amin.